buruk terhadap Anwar Ibrahim, satu pertemuan telah diadakan dengan S/U
Politik Menteri Belia waktu itu. Beliau bekas pimpinan pelajar semasa
menuntut di Scotland. Pertemuan itu dihadiri wakil-wakil badan-badan
belia Melayu gabungan MBN, Majlis Belia Negeri. Dalam ucapan aluannya,
dia meminta badan-badan belia Melayu supaya bertenang dan bersatu
dengan menekankan betapa pentingnya perpaduan Melayu supaya dapat
menangani keadaan dan terus memimpin khususnya di peringkat belia. Dia
juga menerangkan kesatuan itu penting sebagai contoh kepada badan-badan
belia non-Muslim dan supaya pimpinan Melayu terus dihormati. Dalam
ucapan balas, kita tegaskan bahawa belia Melayu sepatutnya menegakkan
kebenaran dan keadilan kerana hanya dengan memperjuangkan prinsip
barulah belia non-Muslim akan menghormati kita. Apabila tiba giliran
ucapan GPMS maka mereka bidas dengan mengutuk apa yang
dinamakan "demonstrasi jalanan" sewaktu itu (sekarang
digelar "perhimpunan haram") dan cuba menangkis seruan keadilan yang
kita ajukan.
Tidak beberapa lama kemudian, satu lagi pertemuan diadakan dengan
SecPol yang sama tetapi kali ini di kalangan rakan-rakan. Katanya ia
dalam siri bertemu rakan-rakan. Dalam ucapannya dia melontarkan
maklumat bahawa seolah-olah ada kemungkinan Anwar Ibrahim yang sedang
menunggu keputusan hukuman perbicaraan April 199 9 akan dibebaskan.
Kita menjawab bahawa ini semua hanyalah helah psikologi dalam percubaan
mengkondisikan serta menenangkan keresahan rakyat dan juga satu kaedah
tinjauan bagi mengukur reaksi orang terhadap apa yang bakal akan
berlaku. Maka sekali lagi persoalan pokok iaitu isu prinsip dan masalah
keadilan masih tidak dijawab.
Begitulah apabila rakan-rakan yang ingin kekal dalam posisi politik dan
dengan keadaan yang mereka nikmati selama itu berhujah dengan alasan
strategi politik. Maka seorang ahli usrah memberi komentar pedas bahawa
itu sebenarnya "strategi perut". Keenakan dan keselesaan keadaan mewah
diperolehi dan dipungut semasa berpolitik di arus perdana sukar untuk
dilepaskan walauapapun prinsip dan idealisme asal yang dipegang atau
dibawa yang mendorong mereka melangkah ke kancah politik.
Maka begitulah pada babak fitnah kedua juga melibatkan sekali lagi
memburukkan dan menghina peribadi Anwar Ibrahim. Rakan-rakan dan
agamawan di kalangan penyokong fitnah kedua ini dengan mudah mengatakan
bahawa ini semua sebagai permainan politik dan fitnah itu adalah
perkara biasa dalam parti. Mereka cuma mahukan Anwar Ibrahim dijatuhkan
dan disisihkan daripada arena politik tanah air kerana mereka juga
mempunyai agenda besar bagi membangunkan negara dan mempertahankan umat
Melayu-Islam. Maka dikaitkan dengan kisah pertarungan Muawiyah dan Ali
r.a. **
Ini mengingatkan tentang satu forum perdana bersempena dengan suatu
pilihanraya kecil beberapa tahun dahulu. Seorang yang dianggap tokoh
agama (sarat dengan kontroversi) berhujah dengan nas bahawa umat Islam
wajib mentaati pemerintah walaupun pemerintah itu seorang yang zalim.
Hujah ini nampaknya digunakan kerana pada waktu itu pemerintah memang
dipandang serong oleh orang ramai. Maka oleh kerana tokoh tersebut
bersandarkan nasnya, hal ini menimbulkan tandatanya kepada masyarakat.
Namun, semua ini diperbetulkan apabila di suatu program yang lain
pertanyaan dilontar kepada Ustaz Dr Wan Salim tentang hal ini. Dr Wan
Salim menerangkan betapa penting kefahaman tentang sunnah, fiqh dan
memahami maqasid as syariah. Kekeliruan berlaku jika pemahaman tekstual
dan kontekstual tidak digarap dengan baik. Katanya dengan mudah bahawa
umat Islam mempunyai pilihan sekarang ini iaitu ada calon kepimpinan
saingan yang adil dan lebih baik. Maka umat Islam sewajarnya memilih
pemimpin yang terbaik di kalangan mereka. Itulah kefahaman fiqh yang
jitu dan penyerlahan hikmah. Al hikmah itu senantiasa milik Muslim yang
Mu'min.
Gerakan Islam harus mengenengahkan dan menggagaskan politik
berintegriti dan mengutamakan keadilan sosial. Integriti dan keadilan
sosial tidak harus menjadi concern dan milik golongan demokratik sosial
atau liberal-sekularis semata-mata. Jika tidak, model kerajaan tempang
yang korup milik Melayu -Islam akan dijaja dan dicanang dengan pelbagai
tema tanpa substance. Model rapuh ini akan memberikan imej yang salah
terhadap kepimpinan Islam. Rakan-rakan kita perlu ingat kata-kata Anwar
Ibrahim apabila ditanya kenapa tidaknya rakan-rakan lain ikut jejak
langkahnya bagi membawa perubahan "dari dalam" sekarang. Anwar
mengingatkan bahawa ada perbedaannya kerana walaupun boleh bertentangan
idea politik, namun prinsip Islam tidak boleh dilanggari dan
rakan-rakan tidak boleh dikhianati.
**Nota: berikut catatan ringkas ulasan Sayyid Qutb dalam karyanya
Keadilan Sosial dalam Islam:-
Pada zaman khalifah yang rashidin wal mahdiyin, fungsi khalifah adalah
pelaksanaan pematuhan kepada keimanan dan hukum Allah s.w.t. ke atas
umat Muslim. Tidak terlintas oleh mereka untuk menggunakan kedudukan
istimewa ini bagi mengambil peluang dan melakukan penyelewengan.
Sebagai contoh â™Ali r.a. tidak mengambil apa-apa langsung daripada
khazanah negara tetapi bukan kerana kejahilannya. Dia bertindak
demikian kerana sebaik saja seorang itu menjadi pemimpin dia menjadi
objek syak wasangka dansekaligus contoh teladan. Dia tidak mahu dilihat
oleh rakyat dan para gabenornya sebagai pengaut wang rakyat dan dia
ingin menjadi contoh kejujuran dan zuhud. Pemerintahan Islam yang
sedang berkembang mekar dan tatacara sosial baru itu memerlukan
pengorbanan para pemimpinnya dan kerelaan bersusah payah. Khalifah yang
rashidun hidup secara zuhud sehingga pada akhir hayat tidak
meninggalkan harta.
Mereka yang inginkan kedudukan dan yang telah biasa dengan keenakan
tidak rela dengan peraturan kesaksamaan dan keadilan. Mereka menyertai
puak yang bersaing dengan â™Ali kerana di sana mereka berpuashati dengan
memijak-mijak kebenaran dan kesedaran. Mereka melihat kelicikan politik
pada lawannya yang tiada pada â™Ali. Mereka tersalah apabila meletakan
ini sebagai kelebihan yang mengalahkan â™Ali. Mereka gagal memahami
â™Ali
dan cabaran yang harus dia tangani. Tugas paling besar â˜Ali adalah
untuk memugar semula tradisi Islam dan ruh sebenar keimanan serta
meruntuhkan hijab yang menyelubungi kelemahan pemerintahan yang
materialistik. Jika â˜Ali menyamai lawannya dengan mengenepikan akhlak
dan moral maka dia akan gagal dari kacamata keimanan. â˜Ali berkata,
âœDia bukanlah lebih pintar daripada aku tetapi dia rela khianat dan
ingkar. Kalaulah aku tidak bencikan pengkhianatan, mungkin aku adalah
manusia paling pintar.â
Posted By Outreacher to prihatin at 2/14/2010 06:24:00 AM
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment