Monday, February 22, 2010

ISTIDRAJ

ISTIDRAJ

Minggu lepas, kawan seofis Fendi tanya "Kenapa kadang kala kita lihat
seseorg insan tu sentiasa dapat kegembiraan spt dapat naik pangkat, murah
rezeki dll sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran?". So, Fendi pun
jawablah yang kdg kala sesuatu anugerah Allah swt kpd seseorg
individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana
Allah
nak tengok sejauh mana keikhlasan orang itu. Allah nak tengok adakah
hambanya itu akan menyedari bahawa Allah amat bermurah hati dengannya jadi
sepatutnya dia bersyukur dan berubah menjadi baik. Tapi jika individu itu
masih tidak reti bersyukur maka sesungguhnya dia telah menimbulkan
kemurkaan Ar-Rahman.

Teringat juga Fendi pd satu penjelasan ustazah sekolah rendah dulu. Ada
member tanya kenapa kdg2 kita dah banyak kali berdoa tapi belum dapat apa
yang diimpikan. Ustazah kata itu tandanya Allah sayang pada kita.
Sebabnya
Allah tahu kalau kita lambat atau belum dpt yg diimpikan, kita akan terus
berdoa dan mengingati Ilahi. Sebenarnya Allah amat rindukan suara
hamba-hambaNya merayu dan memujiNya. Kalau sekali berdoa terus dapat,
kemungkinan besar lepas tu kita kita taksub dan lupa utk bersyukur pd yg
Esa.

Tup-tup dpt pula artikel ni drp seorg rakan. A very relevant and
interesting article. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita drp
timbangan dosa di Pdg Mahsyar nanti. InsyaAllah..

Apakah dia istidraj itu?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu
tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w.
bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat
kepada
hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah baha wa orang
itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Diriwayatkan oleh At-Tabrani,
Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat
maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang
telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan
perbuatan maksiat mereka.

Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian
di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan
berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang
sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa
bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang
lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Ke napa? Dan
bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak
pernah, rumahnya tersergam indah,
kereta mewah menjalar, duit banyak,dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila
kita tanya, apa kamu tak t akut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati
juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka,
takburnya mereka. Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak
sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk
di muka bumi
tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof
dan
semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan
ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat,
dia
merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang
beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,
sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat
pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh
kaya macam aku, katanya sombong."

Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan
tujuan
untuk menghancurkannya. Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah
menghendaki untuk membinasakan
semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul
æIbad)

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu
atau
merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya,
Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi
kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api.

Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun
tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu
sakit, tapi Firaun tidak, orang la in mati,namun dia masih belum mati-mati
juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar
Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan
Allah,
akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam
lubang hidungnya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja
kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama
hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka
Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga. Jadi,jika kita kaji
dan
fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran
kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup
senang
/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang
diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya.
Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta
mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang
besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan
untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak
mahu
kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya
yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah
mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang
diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya
tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.
Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan
ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang
diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah.

Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah
kita di dunia dan akhirat.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: