Monday, February 22, 2010

Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu

Dr Siddiq Fadil:
Gerakan Islam: Menoleh Masa yang Lalu dan Menyoroti Masa Depan Bahagian 2

Adalah tidak benar dan salah persepsi yang menganggap ABIM sebagai
tempat pelarian Melayu yang merasakan kerendahan diri kerana lemah atau
gagal menguasai bahasa Inggeris (inferiority complex) â€" tanggapan yang
didakwa dalam tulisan oleh Judith Nagata, Zainah Anwar, Chandra
Muzzaffar. Padahal sebahagian yang signifikan pemimpin ABIM adalah
berpendidikan aliran Inggeris. Adalah tidak benar ABIM itu jelmaan
Melayu yang jati dirinya terhakis. Fenomena kebangkitan Islam di
Malaysia adalah fenomena global al sahwah al Islamiah.

Yang membentuk pemikiran para aktivis ABIM bukan tokoh-tokoh racist
Melayu, tetapi karya tulisan para pemikir dan pemimpin gerakan Islam
seperti Hasan al Banna, Sayyid Qutb, Muhammad Qutb, Maududiy, an Nadwi,
Fathi Yakan, Sa'id Hawwa, Muhammad Natsir, Malik Bennabi, Isma'il R. al
Faruqi dan lain-lain lagi.

Daripada kalangan ilmuwan-pemikir tempatan yang turut berperanan
membentuk pemikiran para aktivis termasuklah Prof. Sayyid Naquib al
Attas. Beliau sangat berjasa dalam pengukuhan idea Islamisasi dan
dewesternisasi. Kritiknya terhadap Barat, tamadun dan kesarjanaannya
telah meruntuhkan hegemoni pemikiraan Barat di kalangan generasi muda
terpelajar. Ini seperti membebaskan minda yang terpenjara. terhadap
peranan besar Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu memberikan
keyakinan budaya - cultural confidence - dalam perjuangan pendaulatan
Islam dan tamadunnya di Malaysia. (peranan Islam yang selama ini
diperkecilkan oleh orientalis) Prof Sayyid Hussein al Attas adalah
public intellectual yang turut memberikan sumbangan besar dalam
membangkitkan kepedulian sosial dan pemikiran kritis. Kritiknya
terhadap Dasar Ekonomi Baru dan idea kapitalistik buku Revolusi Mental
mendapat perhatian luas di kalangan pimpinan dan warga ABIM.

Inilah tradisi keilmuwan ABIM yang terbuka kepada karya-karya termasuk
contohnya penulis Brazil, Paulo Freire yang menulis Pedagogy of the
Oppressed, membela kaum tertindas melalui pendidikan. Dalam pembinaan
tradisi keilmuannya ABIM bersikap terbuka, sedia memanfaatkan ilmu dari
siapa sahaja termasuk dari kalangan bukan Islam. ABIM tidak pernah
terikat dengan sesiapa â€" bacalah dan manfaatkanlah mana-mana â€" bawa
balik ke jamaah dan bersama kita menjadikan madrasah ABIM.

Dengan demikian, kekayaan khazanah ilmu dan kepelbagaian,
keintelektualannya menjadi lebih kaya dan beragam â€" membolehkan
pencitraan ABIM kepada rakyat â€" bukan badan da’wah dalam pengertian
yang sempit tetapi suatu
kekuatan sosial dan agen perubahan sosial â€" a social and political
force to reckon with. Kekayaan dan keragaman intelektual memang sangat
perlu untuk pengentalan mesej risalah dan misi perjuangan membina
masyarakat yang beragama dan sekaligus rakyat yang cerdas dan
berfikiran kritis.

Catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 January
2010

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: