Dr Siddiq Fadil
Catatan Kuliah Bahagian 1
Wajar kita menyoroti masa lalu sebelum menyoroti masa depan. Maklumat
sejarah masa lalu amat penting seperti kata-kata â˜siapa tak sedar
sejarah berkemungkinan besar mengulangi sejarahâ™. Kesedaran sejarah
amat penting dalam konteks daâ™wah dan dinamika gerakan Islam kita
semasa dan bagi eksperimen kita.
1961 Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia PKPIM lahir dengan
matlamat yang sederhana â" â˜perjuangan kepentingan pelajar-pelajar
Islamâ™. Itulah ungkapan pemimpin-pemimpin masa yang lalu â" seperti
Datoâ™ Hanafiah dan Dato' Ishak Tadim.
Menjelang tahun-tahun 70â™an â" dengan kematangannya â" PKPIM
menegakkan
idealismenya â˜memperjuangkan cita-cita Islamiahâ™. Ungkapan pusaka â"
cita-cita Islamiah. Komitmen terhadap cita-cita Islamiah dan aspirasi
nasional â" menjadi dua serangkai â" lambang kesedaran mahasiswa telah
berubah daripada perjuangan sederhana kebajikan pelajar.
Pada tahun-tahun 70â™an â" aktivis PKPIM bertindak sebagai elemen yang
sedar daripada masyarakat â" conscience of the majority â" a catchy
phrase, sarat dengan makna dan nilai dan kita adalah pewaris kata dan
makna itu. Di antara aksi-aksinya sewaktu yang selalu dinukilkan itu
adalah advocacy, penampilan isu semasa dan demonstrasi. Tetapi lebih
penting lagi adalah dimensi ilmu dan kebudayaannya yang diperlihatkan
melalui program seperti:-
⢠Kongres Kemajuan Islam Malaysia
⢠Seminar Peradaban Islam
⢠Seminar Pendidikan Islam Malaysia 1968 anjuran badan gabungan PKPIM
â"
disitulah diumumkan persetujuan kerajaan tentang penubuhan UKM oleh
Menteri Pelajaran, Khir Johari (Khir Johari, Anwar Ibrahim dan Siddiq
Fadil berada di atas pentas yang sama)
⢠Universiti Islam Antarabangsa UIA mempunyai akar sejarah dalam
perjuangan PKPIM
Angkatan Belia Islam Malaysia ABIM adalah pelanjut perjuangan mahasiswa
â" merupakan jatidiri harakah Islamiah. Badan yang pertama beridentiti
gerakan Islam Malaysia ialah ABIM. ABIM bergerak dengan keanggotaan
yang merakyat dan nasional â" anggota melebar dan meratai seluruh
Malaysia dan tidak bersifat lokal. ABIM adalah peloporan fenomena
â˜rising tide of Islamâ™ â" kebangkitan Islam â" istilah yang memaknai
kerana waktu itu belum lagi muncul istilah sahwah. Pertama kali,
kata-kata ini lahir daripada perbualan Pak Natsir dan Anwar Ibrahim di
Jakarta . ABIM berjaya mempelopori â˜the rising tide of Islamâ™ di
Malaysia.
Faktor-faktor yang membantu kejayaan ABIM menempa namanya:-
1. Kekuatan wadah persediaannya PKPIM
⢠bukan lahir daripada kekosongan tetapi adalah lonjakan daripada suatu
kekuatan dengan pengkaderan dan jaringan (IIFSO, PEMIAT)
⢠dengan titik tolak yang sangat kuat, ABIM meneruskan apa yang sudah
diletakkan dasar oleh PKPIM
2. Ketepatan waktu kemunculan
Faktor timing sangat penting kerana andainya ia lahir pada waktu yang
salah barangkali tidak akan menjadi. Ditakdirkan kelahirannya pada saat
yang tepat maka tiada badan lain yang menyambut fenomena kebangkitan
Islam. Kemunculan ini membuatkan ABIM sangat terkait dengan fenomena
kebangkitan Islam.
3. Karisma pemimpin utamanya
Contohnya Anwar Ibrahim disebut-sebut di mana-mana sebagai a
charismatic leader. Sewaktu Ustaz Razali Nawawi mengundur diri daripada
jawatan Presiden untuk melanjutkan pengajian, berlaku dialog di antara
Ust Fadhil Noor dan Anwar Ibrahim. Anwar dan Ustaz Fadhil saling
menolak jawatan tersebut sehingga Ustaz Fadhil mengatakan â˜bukan orang
nak dengan aku, depa nak kat hangâ™. Mereka berkompromi dan Anwar
bersetuju dilantik Presiden dan Ustaz Fadhil sebagai Timbalan. Beberapa
bulan selepas itu, Anwar ditahan di bawah ISA selama 21 bulan dan Ustaz
Fadhil menjadi pemangku Presiden.
4. Kepimpinan Jamaâ™iyy
⢠Collective leadership
⢠kepimpinan yang berlatar pelbagai pendidikan samada berunsur English,
Melayu dan Arab
⢠gabungan kesepaduan komplimentari
5. Memanfaatkan kepemudaan dan dinamika keIslaman
Keanggotaannya menjadi aktivis komited dan rela berkorban
6. Kekuatan fikrah/ idea/ gagasan
⢠daripada gabungan ilmu yang kuat
⢠bukan lawak jenaka sahaja tetapi seloroh pun berdimensikan idea-idea
bernas
7. Keberkesanan tarbiyyah ilmiah, rohaniah, harakiyyah
⢠kita gubal skima latihan kita sendiri berasaskan rujukan-rujukan dan
pelbagai sumber
⢠membina kekuatan ilmu, rohani dan harakah
8. Keberkesanan mekanisme/ jentera organisasi
⢠well organised, skilled organisers compared to others and well
trained since the days of PKPIM
⢠Setiausaha-setiausaha agong mahir, berkemampuan, kompeten, berencana
. Keterbukaan dan toleransi
⢠kepelbagaian mazhab dan pemikiran
⢠akomodatif, inclusive of all, bersifat jamahiriyya
⢠toleransi di antara mazhab â" Hanafi tiada masalah, aliran Perlis pun
tiada masalah
⢠kita pertahankan keterbukaan dan kepelbagaian â" asalkan ada alasan
saja, dipersilakan tetapi kalau tiada alasan, tidak boleh diterima
Sebagai contoh, seorang tokoh, Pak Imad yang terkenal tegas dengan
pandangan fiqhnya tetapi selesa dengan ABIM â" Pak Imad pernah menjadi
makmum solat subuh tidak membaca qunut tetapi masih mengikuti dan
menunggu Imam sebelum sujud.
10. Komitmen yang tinggi terhadap misi amar maâ™ruf nahy mungkar
⢠kepedulian sosial yang sangat tinggi
⢠pembinaan diri â" melalui usrah, tamrin, qiamulayl â" maka terbina
sikap dan semangat kepedulian sosial
Catatan Kuliah pada Muzakarah Qiyadah 2 WADAH-ABIM-PKPIM 30-31 January
2010
--
Posted By Outreacher to Wadah Utara at 1/31/2010
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment