Monday, February 22, 2010

Ekuiti bumiputera: MCA jangan ambil kesempatan

Ekuiti bumiputera: MCA jangan ambil kesempatan
Salahuddin Ayub
Oct 29, 08

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPP Pusat) memandang serius cadangan Naib
Presiden MCA, Dato' Liow Tiong Lai yang mahu kerajaan menghapuskan
ekuiti 30 peratus Bumiputera untuk meningkatkan daya saing Bumiputera di
negara ini.

DPP Pusat melihat cadangan ini sebagai satu bentuk tekanan politik yang
dilakukan MCA ke atas Umno ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan pada
masa ini.

Tindakan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan kestabilan kerajaan
selain mencetuskan api perkauman.

Semenjak selepas pilihan raya pada Mac 2008, Umno berada dalam keadaan
terdesak kerana BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga.

Dengan jumlah kerusi yang ada, Umno tidak berupaya berdiri sendiri
sebagai kerajaan dan ini membuka ruang kepada parti-parti perkauman
dalam komponen BN untuk menggunakan kuasa tawar menawar mereka bagi
menuntut hak-hak yang telah diperakui sebagai hak orang Melayu untuk
kaum mereka.

Setelah SAPP menarik diri dari BN, parti-parti seperti MCA, MIC, Gerakan
dan UPKO telah memberi tekanan kepada Umno.

Sebelum ini MIC menuntut pelbagai hak untuk kaum India, UPKO pula
mendesak supaya hak bebas keluar daripada agama Islam, manakala Gerakan
mendakwa orang Melayu bukan bangsa asal di negara ini.

Dan kini, MCA sebagai parti utama orang Cina, iaitu bangsa yang
menguasai perniagaan di negara ini mahu ekuiti ekonomi Bumiputera
dihapuskan.

DPP Pusat sedar bahawa MCA sedang mencari �political mileage�
setelah bertukar kepemimpinan.

Mereka mahu mendapatkan semula sokongan orang Cina yang telah beralih
kepada PR dalam pilihan raya yang lalu. Senjata yang paling baik ialah
membangkit hak orang Cina dalam bidang ekonomi.

MCA lupa bahawa orang Cina telah menguasai ekonomi negara ini semenjak
merdeka, dan kerana tidak adanya kawalan itu, maka tercetus tragedi 13
Mei 1969. Dasar 30 peratus ekuiti Bumiputera melalui DEB merupakan
kontrak sosial yang patut dihormati kerana ia bukan sekadar isu ekonomi,
tetapi untuk kestabilan politik dan sosial juga.

MCA jangan mengulangi kesilapan 1987 dengan membangkitkan isu-isu
perkauman yang akhirnya menyebabkan pemimpin pembangkang ditahan dalam
Operasi Lalang.

DPP Pusat tetap bertegas bahawa hak 30 peratus ekuiti ini mesti terus
dipertahankan walaupun ia telah mencukupi 30 peratus.

DPP Pusat melihat bahawa hak 30 peratus mesti menjadi penanda aras di
negara kerana jika tidak ekuiti tersebut boleh merosot.

Kita harus sedar bahawa sebelum 1969, ekuiti orang Melayu hampir tiada,
dan setelah 40 tahun ia hanya berjumlah 19 peratus. Jika keadaan yang
sama terus berlaku, kita masih memerlukan 20 tahun lagi untuk mencapai
30 peratus.

Sedangkan nilai 19 peratus hari ini pun, termasuk dana-dana awam
sebahagiannya. Sekiranya ekuiti orang Melayu meningkat, bermakna ekuiti
bangsa lain merosot, dan jika nilai 30 perartus ini tidak diikat, tidak
mustahil ekuiti orang Melayu akan merosot semula.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat _


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: