Monday, February 22, 2010

Memperhalusi cadangan Biasiswa Nasional

WADAH PENCERDASAN UMAT
MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
3 Julai 2009

Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) meminta kerajaan memperhalusi
cadangan Biasiswa Nasional yang bakal menyaksikan pengagihan biasaswa
berdasarkan 100 peratus merit dan bukan lagi berasaskan kaum. Usaha
mengkaji dan memperhalusi cadangan
ini perlu bagi memastikan prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan terus
dipertahankan.

Wadah meminta kerajaan memberi perhatian yang serius terhadap
ketidakseimbangan yang wujud antara bandar dan luar bandar, antara
Semenanjung Malaysia dan Sabah-Sarawak dan antara kelompok berpendapatan
tinggi dan golongan miskin di bandar-bandar. Masing-masing mempunyai
perbezaan yang ketara dari segi pendapatan dan taraf
hidup, persekitaran dan kemudahan pembelajaran. Semua ini akan memberi
kesan yang berbeza ke atas prestasi pelajar-pelajar. Sekiranya pemberian
bantuan dan biasiswa berasaskan merit semata-mata, maka sebilangan besar
mereka yang berada di luar bandar, di pendalaman Sarawak dan Sabah serta
golongan miskin di bandar-bandar akan terkeluar dari senarai mereka yang
mendapat peluang biasiswa ini, kerana sering kali prestasi akademik
kelompok ini relatif lebih rendah.

Wadah percaya sekiranya aspek-aspek ini tidak diberi perhatian, akan
tercetus ketidakpuasan hati dan keresahan dalam masyarakat yang boleh
bertukar menjadi konflik baru yang mengganggu kesejahteraan dan
keharmonian hidup.

Kerajaan juga seharusnya menghormati Fasal 153 (2), Perlembagaan Malaysia
yang memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agung bagi melindungi
kepentingan orang-orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan
Sarawak termasuk soal yang berkaitan dengan biasiswa.

ABDUL HALIM ISMAIL
Setiausaha Agung
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: