Tuesday, September 06, 2005

[ABIM] Peralihan Kepimpinan di Muktamar Sanawi ke-34

MUKTAMAR SANAWI ke-34 ABIM dan
SEMINAR UMAT ISLAM DAN CABARAN KETAMADUNAN
19-21 Ogos 2005 / 4-6 Rejab 1425
Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Bangi, Selangor

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan Muktamar Sanawi ke-34 ABIM pada 19-21 Ogos 2005 di Dewan Besar , Institut Latihan Keselamatan Sosial KWSP (ESSET), Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Tema muktamar kali ini ialah "Memimpin Perjuangan: Merangsang Kejayaan Masa Depan". Bersempena dengan Muktamar ini juga, ABIM turut menganjurkan Seminar Umat Islam dan Cabaran Ketamadunan yang bertujuan antara lain mengkaji cabaran-cabaran ketamadunan dalam dunia semasa, membina strategi dan agenda tindakan sebagai pendiri tamadun dan alternatif kepada kemelut dunia semasa; serta mengemukakan din al-Islam sebagai agama yang toleran dan terbuka yang menganjurkan kedamaian kepada setiap bangsa dan semua negara.
Muktamar kali ini yang dihadiri oleh lebih kurang 600 para perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara juga menyaksikan perubahan kepimpinan ABIM dari generasi kedua kepada generasi ketiga pimpinan ABIM. Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Presiden ABIM kelima melepaskan jawatan dalam suasana yang penuh muhibbah. Muktamar Sanawi ABIM ke-34 telah memilih barisan kepimpinan baru ABIM yang diketuai oleh sdr Yusri Mohamad, sebagai Presiden ABIM keenam.
Senarai barisan kepimpinan baru ABIM boleh didapati daripada laman web ABIM Online (www.abim.org.my).
Khairul Ariffin Mohd Munir @ Zahari
Setiausaha Agung
21 Ogos 2005

No comments: