Wednesday, August 29, 2007

Sultan Abd Hamid 11... derita dalam buangan

*Abdul Shukur Harun*
Aug 27, 07

Tidak dapat dibayangkan bagaimana sedih dan kecewanya sultan terakhir
Daulah
Uthmaniyah Turki, Sultan Abd Hamid 11 menghadapi saat-saat genting ketika
diturunkan dari takhtanya oleh rejim sekular Mustafa Kemal Ataturk dan
kemudian beliau diasingkan dengan hinanya ke Salonika (Yunani).

Beberapa waktu kemudian Sultan Abd Hamid dipindahkan pula ke istana tua
Belarbe, Istanbul, bukan sebagai raja yang kembali berkuasa, tetapi
sebagai
tahanan dalam istana hingga wafat pada 10 Februari 1918 dalam keadaan sepi
dan kecewa pada ketika negaranya, Turki bertukar pemerintahan dari Daulah
Uthmaniah yang beribu negara di Istanbul kepada pemerintahan perwakilan
yang
membentuk parlimen di Ankara di mana Ataturk mengisytiharkan dirinya
sebagai
presiden republik Turki.

Maka lenyaplah kuasa Daulah Uthmaniyah pada 1924. Sultan Abd Hamid 11
adalah
pemerintah Daulah Islamiyah dari generasi yang ke-27.

Ketika merenung laut Marmara yang membiru, tidak jauh dari Dolmabance,
salah
sebuah istana lama Sultan Abd Hamid di Istanbul pada suatu pagi beberapa
waktu lalu, saya teringat catatat hariannya yang telah dibukukan di mana
menceritakan detik-detik akhir kejatuhannya dengan sangat pedih dan getir.
Iaitu kisah bagaimana ia dibuang negeri ke Salonika bersama putera
puterinya, diasingkan di istana tua, dihina dan beberapa kali percubaan
membunuhnya oleh ejen tentera Ataturk.

Catatan hariannya itu, antara lain menyebutkan bahawa penggulingan
kerajaan
Uthmaniah adalah disebabkan:

* Konspirasi jahat dari negara kafir – Inggeris, Perancis, Itali, Prusia,
Rusia dan lain-lain yang menghendaki hancurnya Daulah Uthmaniah.

* Pecah belah yang ditaja oleh negara Barat melalui nasionalisme yang
mengakibatkan negara Balkan seperti Serbia, Montenegro, Bosnia
Herzegovena,
Crosia, Kosovo, Bulgaria, Hungary, Rumania, Albania, termasuk Yunani,
membebaskan diri dari ikatan Daulah Uthmaniah. Begitu juga perbuatan
negara
Arab – Mesir, Hejaz, dan Nejd, Lebanon juga keluar dari Daulah Uthmaniah
kerana dihasut oleh Inggeris.

* Tentangan dari organisasi massa seperti Turki Muda, Persatuan dan
Kemajuan, dan orgaisasi wanita yang menuntut kebebasan dan hak sama, yang
didukung oleh negara asing, semuanya untuk menghancurkan Daulah Uthmaniah.

* Kekuatan Yahudi dan Freemason yang mahu mendirikan negara Yahudi di
Al-Quds (Palestin).

Dari catatan harian Sultan Abd Hamid II ini, kita boleh mendapat pelajaran
sejarah yag amat berharga, terutamanya detik-detik akhir kehidupan seorang
khalifah.

Semasa dalam tahanan di istana tua itu, Sultan Abd Hamid dan keluarganya
dihina denga amat sangat oleh para pengawal tentera. Mereka tidak
dibenarkan
membaca akhbar dan mendengar radio, diberi makanan sekadarnya, tidak
dibenarkan keluar istana. Bahkan berlaku suatu peristiwa jahat para
pegawai
tentera yang menjaganya. Pada suatu malam Aidiladha, askar yang mengawal
cuba melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap puteri Sultan, bernama
Sydiyah.

Tentera pegawal itu menimbulkan perkhabaran bahawa mereka merancang akan
meletakkan gas di bawah kamar puteri Sydiyah dan ketika istana itu
terbakar,
puteri sultan itu akan lari mendapatkan askar yang berkawal untuk meminta
perlindungan. Di situlah dirancangkan perbuatan tidak senonoh terhadap
puteri Sydiyah dan akan dihebahkan kepada akhbar di Istanbul untuk
memalukan
sultan dan keluarganya. Namun perancangan itu gagal.

*cubaan membunuh*

Catatan harian Sultan Abd Hamid itu menyebutkan peristiwa percubaan askar
pengawal untuk membunuhnya di istana tua tempat ia dikurung. Ini berlaku,
menurut pembantu khas Sultan, Ali Said Bek, ketika Sultan Abd Hamid pergi
bersolat Jumaat di kota Istanbul. Selepas solat beliau menaiki kenderaan
untuk pulang ke istana. Di tengah jalan beliau bertemu dengan Syeikhul
Islam
Jamaluddin Afandi dan berbincang panjang mengenai pelbagai masalah Turki.

Akhirnya Sultan terlambat pulang ke istana dan ini menyelamatkannya dari
menjadi korban ledakan bom yang dirancang diletakkan di istana untuk
membunuhnya ketika pulang dari solat Jumaat. Ledakan bom oleh orang
Armenia
itu sangat dahsyat. Bangunan tempat Sultan tinggal telah terbakar, banyak
mangsa yang hangus dan berjatuhan, serpihan kaca bertaburan.

Sultan Abd Hamid waktu itu dalam perjalaan pulang ke istana dan amat
terkejut dengan peristiwa itu.

Beliau menceritakan bahawa sama ada ketika dalam pembuangan di Salonika
atau
di istana tua di Istanbul, beliau dan keluarganya tidak dibenarkan keluar,
malah ke perkarangan istana kecuali untuk solat Jumaat di luar istana.
Makanan beliau dan putera puterinya dicatu, sementara mutu makanan juga
sangat rendah, seluruh hartanya pula dirampas oleh tentera Ataturk.

Hari-hari yang dilalui oleh Sultan Abd Hamid dalam buangan dan pengasingan
sangat menyedihkan. Ia dan keluarganya sentiasa diancam akan dibunuh,
istana
tua itu akan diletupkan. Dan sangat malang, kata catatan Sultan Abd Hamid
lagi, bahawa ada di kalangan pegawai kerajaan baru Turki yang khianat
kepada
negara, seperti Mahmud Syaukat Pasha dan beberapa orang lagi yang telah
menjadi orang suruhan Yahudi dan Freemason serta British.

Pada suatu pagi selepas solat Subuh, Sultan memanggil puteranya, Abdul
Rahman. Dialah waris terpenting selepas ketiadaan Sultan. Kepada Abd
Rahman,
Sultan memberitahu dengan nada sedih bahawa: "Kita akan memberikan semua
harta kita kepada pihak tentera kerana tentera memaksa kita
menyerahkannya."


Puteranya itu menangis teresak-esak. Dia menjadi amat takut dengan para
tentera yang ganas itu. Beberapa hari berikutnya di lobi Deutche Bank, di
Istanbul, berlaku upacara penyerahan secara paksa semua harta, termasuk
wang
Sultan Abd Hamid kepada pihak berkuasa tentera. Putera puteri Sultan tidak
dibenarkan menyaksikan upacara itu. Putera kelima Sultan, Abied cuba juga
untuk melihat upacara penyerahan harta ayahandanya itu tetapi dihalang
oleh
para pegawai tentera dan bank.

*tidak benarkan Yahudi beli tanah Arab *

Sikap tegas Sultan Abd Hamid terhadap Yahudi dan Inggeris menyebabkan dua
pihak itu memusuhinya. Sultan Abd Hamid tidak membenarkan tanah orang Arab
Palestin dijual kepada Yahudi. Menurut catatan seorang ahli sejarah Turki,
Jamal Quthaiy bahawa setelah persidangan zionisme ke tiga di Zurich pada
tahun 1896, wakil Yahudi, Immanuel Krusow, telah mencadangkan kepada
Sultan
Abd Hamid supaya menjual tanah pertaniannya di Palestin (ketika itu
Palestin
di bawah riayah Turki) kepada Yahudi. Namun permintaan Yahudi itu ditolak
oleh Sultan Abd Hamid menyebabkan Yahudi sangat marah.Ini menyebabkan
wakil
Yahudi itu berikrar untuk datang lagi dan akan berusaha menghancurkan
pemerintahan Uthmaniah.

Ada beberapa orang pegawai kerajaan Ataturk seperti Ali Mohsen Bek, yang
menunjukkan simpati dan membantu Sultan Abd Hamid menulis memoirnya di
istana. Tetapi setelah pihak atasan mengetahui hal ini lalu mereka
dipenjarakan. Lebih malang lagi usaha Sultan menulis memoirnya dianggap
sebagai perbuata jenayah oleh tentera.

Ada sesetengah pemimpin negara Arab menganggap Sultan Abd Hamid II sebagai
seorang diktator ketika memerintah Turki. Ini akibat hasutan Barat,
khususnya British dan Yahudi. Namun bagi rakyat Palestin, Sultan Abd Hamid
sangat besar jasanya kerana Khilafah Uthmaniah Turki itu melindungi
kepentingan rakyat Palestin. Sementara kebanyakan umat Islam hingga kini,
masih mengenang jasa kerajaan Uthmaniah melindungi Islam.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: