Dalam usaha mendewasakan diri kita, salah satu langkah awal yang harus
kita pelajari adalah bagaimana menjadi seorang yang berkemampuan di
dalam menjaga dan memelihara lisan dengan baik dan benar. Sebagaimana
yang disabdakan Rasulullah saw, "Barang siapa yang beriman kepada Allah
dan hari akhir hendaklah berkata benar atau diam.", hadis yang
diriwayatkan oleh Bukhari.
1. Jenis-jenis Diam
Sesungguhnya diam itu terdapat bermacam-macam penyebab dan kesannya. Ada
yang dengan diam jadi emas, tetapi ada pula dengan diam akan menjadi
masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, situasi dan juga kondisi
pada diri & persekitarannya. Berikut ini adalah jenis-jenis diam:
a. Diam Bodoh
Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Hal ini
disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan ketidakmengertiannya, atau
kelemahan pemahaman dan alasan ketidakmampuan lainnya. Namun diam ini
jauh lebih baik dan bebas daripada memaksakan diri dari berpura-pura
tahu.
b. Diam Malas
Diam jenis ini merupakan satu keburukan, kerana diam pada saat atau
ketika orang memerlukan perkataannya, dia enggan berbicara kerana merasa
diri sedang tiada mood, tidak berselera atau malas.
c. Diam Sombong
Diam jenis ini juga termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam
berdasarkan anggapan bahawa orang yang diajak berbicara tidak sama taraf
dengannya.
d. Diam Khianat
Ini merupakan diam orang jahat kerana dia diam untuk mencelakakan atau
mrnyusahkan orang lain. Diam pada saat diperlukan kesaksian yang
menyelamatkan adalah diam yang keji.
e. Diam Marah
Diam seperti ini ada kebaikkan dan keburukannya, kebaikkannya adalah
lebih terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan lagi
suasana. Keburukkannya adalah dia berniat bukan untuk mencari
penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemarahannya, sehingga boleh
jadi diamnya ini juga menambah masalah.
f. Diam Utama (Diam Aktif)
Yang dimaksud diam utama adalah bersikap diam hasil dari pemikiran dan
penelitian yang membuahkan keyakinan bahawa enggan bersikap menahan diri
(diam) maka akan menjadi masalah lebih besar jika dibanding dengan
berbicara.
2. Keutamaan Diam Aktif
a. Bebas dari Masaalah
Dengan memilih diam aktif, kita akan bebas dari mengeluarkan kata-kata
yang berpeluang menimbulkan masaalah.
b. Bebas dari Dosa
Dengan diam aktif maka peluang tergelincir kata atau terlepas cakap yang
menyebabkan dosa akan menipis, maka terhindarlah dari kesalahan kata
yang menimbulkan kemurkaan Allah.
c. Hati Sentiasa Terjaga dan Tenang
Dengan diam aktif bererti hati akan sentiasa terjaga dari sifat riak,
ujub, takabbur atau pelbagai penyakit hati lain yang akan mengeraskan
dan mematikan hati kita.
d. Lebih Bijak
Dengan diam aktif bererti kita menjadi pendengar & pemerhati yang baik
dan boleh diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan atau
permasalahan. Kefahamannya jauh lebih mendalam dan teliti sehingga
keputusan yang dibuat jauh lebih bijak dan tepat.
e. Hikmah Akan Muncul
Yang tak tidak kurang pentingnya, orang yang mampu menahan diri dengan
diam aktif adalah bercahaya qalbunya, mampu memberikan buah fikiran dan
gagasan yang cemerlang, hikmah dari Allah swt akan menyelimuti hati,
lisan, serta sikap dan perilakunya.
f. Lebih Berwibawa
Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif akan
menimbulkan wibawa tersendiri. Orang akan menjadi lebih segan untuk
mempermainkan atau meremehkan.
Selain itu, diam aktif merupakan kemampuan menahan diri dari beberapa
perkara seperti:
Diam dari perkataan dusta
Diam dari perkataan sia-sia
Diam dari komentar spontan dan kasar
Diam dari kata yang berlebihan
Diam dari keluh kesah
Diam dari niat riak dan ujub
Diam dari kata yang menyakiti
Diam dari berpura-pura tahu dan pintar
Mudah-mudahan kita menjadi terbiasa dengan berkata benar atau diam.
Semoga juga Allah reda hingga keakhir hayat nanti, saat ajal menjemput,
lisan ini diperkenankan untuk menghantar pemergian roh kita dengan
sebaik-baik perkataan iaitu kalimat tauhid "laa ilaha illallah" puncak
perkataan yang menghantarkan ke syurga.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment