Wednesday, August 08, 2007

“Bloggers will be put to sleep” - yr guide to the best blogs!

"Bloggers will be put to sleep"
Ruhanie Ahmad

Ancaman yang membimbangkan?

Saya kembali ke tanahair malam tadi dengan satu perasaan yang amat
pilu. Bukan kerana saya bersedih. Tetapi kerana saya dalam
kebimbangan. Ini kerana pada hari kedua saya berada di luar negara -
1 Ogos 2007 - saya telah menerima dua pucuk sms daripada seorang
Hamba Allah yang tidak saya kenali.

Mesej Hamba Allah itu penuh dengan ugutan dan ancaman terhadap
"bloggers." Antaranya, mesejnya itu menyatakan "bloggers will be put
to sleep."

Perkataan "will be put to sleep" seperti di atas sangat-sangat
membimbangkan saya. Ianya membawa maksud yang luas. Satu daripadanya
adalah "dilenyapkan." Lebih direct lagi, ia bermaksud "dibunuh."

Mungkin ramai lagi bloggers yang telah menerima mesej yang sama pada
hari tersebut. Tetapi. oleh kerana saya adalah salah seorang daripada
penerimanya, saya terpaksa menyifatkannya sebagai serius. Apatah lagi
bila mesej itu mengandungi perkataan "will be put to sleep" di mana
maksudnya adalah "akan dilenyapkan" atau pun "akan diubunuh."

Saya masih dalam proses mendapatkan nasihat daripada beberapa
bloggers dan peguam mengenai mesej berkenaan. Saya juga belum pasti
sama ada akan membuat laporan polis untuk melindungi keselamatan diri
saya berikutan penerimaan mesej berkenaan.

Bagaimanapun, mesej itu mengingatkan sama kepada satu pesanan seorang
sahabat kepada saya kira-kira dua minggu yang lalu. Kata sahabat
saya, seorang pegawai polis di sekitar Kuala Lumpur pernah bertanya
kepada beliau, sama ada saya mempunyai senjata api.

Sahabat saya bertanya kepada pegawai polis berkenaan, apa maksud
sebenarnya. Pegawai polis itu dikatakan sebagai berkata bahawa kalau
saya mempunyai senjata api, bawalah senjata itu bersama-sama pada
setiap kali saya keluar rumah.

Saya tersenyum mendengar kata-kata sahabat saya itu. Saya pun katakan
kepadanya, tidak mungkin ada pihak di Malaysia sanggup membunuh
semata-mata kerana saya disifatkan kononnya sebagai kritikal terhadap
kepimpinan negara dalam beberapa tulisan di dalam blog saya.

Tetapi, dengan adanya mesej seperti di atas, kenyataan sahabat saya
itu mungkin jadi relevan. Soalnya, bolehkah mesej di atas diterima
akal? Tidak mungkinkah ianya sekadar untuk menakut-nakutkan bloggers
tertentu termasuk saya?

Bila saya kemukakan pertanyaan di atas, seorang blogger menasihati
saya supaya memandang serius mesej tersebut. Katanya, nama saya
adalah di antara berpuluh bloggers sosio-politik yang sudah berada
dalam "watch-list" UMNO. Buktinya, kata beliau adalah seperti berikut:

This morning I was alerted to a 29th July posting in Malaysia Unplug.
Short of a better choice, the omnipotent son-in-law CONDEMNED the
following MONKEYS to UMNO's WATCH-LIST, probably without the Supreme
Council's nod.

NOTE: The Malaysian bloggers ie 'Monyets/Monkeys' as classified by
UMNO Youth Deputy Chief, Khairy Jamaluddin, are :

Lim Kit Siang, Jeff Ooi, Ahiruddin Attan, Anwar Ibrahim, Bakri Musa,
Azly Rahman, Ong Hock Chuan, Husam Musa, Malik Imtiaz Sawar, Zainol
Abideen ("Mahaguru58"), Ronnie Liu, Ruhanie Ahmad, Raja Petra
Kamarudin, Marina Mahathir, Nuraina Samad, Hajjah Fuziah Salleh,
Rustam Sani, Ahmad Zaki Yamani, Faisal Mustaffa, A.Kadir Jasin,
Bernad Khoo (Zorro), Syed Shahir, Dato Shahrir Abdul Samad, Shieh
("Kickdefella"), Haris Ibrahim, Kula Segaran, Imran Idris, Captain
Yusuf Ahmad, Dr. Hsu Dar Ren, Husin Lempoyang, Hizami Iskandar, Susan
Loone, Syed Imran ("Kuda Ranggi"), Nik Nazmi Nik Ahmad, Nizam Bashir,
Zaharin Mohd Yasin ("Sang Kelembai"), Annuar Mohd Nor, Ibnu Hakeem,
Hishamuddin Rais, Amir Hafizi, Mohd Adib Nor, Nathaniel Tan, Zaharah
Othman ("choc-a-blog"), Patrick Teoh ("Niamah"), Fathi Aris Omar,
Amin Yatim ("Cuit Sikit"), Khalid Jafar, Amin Iskandar, Ahmad A.
Talib ("Pahit Manis"), Pak Idrus (In Passing - Malaysian"), Saari
Sungib, etc.

So fellow-targeted Bloggers, you know who your friends and enemies
are. But fear not. Be United. - Dipetik daripada http://zorro-zorro-
unmasked.blogspot.com

Demikianlah kedudukan diri saya ketika ini. Apa pun, mesej yang saya
terima dan nombor telefon pengirimnya hanya akan saya siarkan
sepenuhnya di blog ini setelah saya mendapat nasihat undang-undang.
Saya juga hanya akan membuat laporan polis setelah menerima nasihat
berkenaan. Buat sementara waktu ini saya serahkan diri saya kepada
Allah Yang Maha Berkuasa.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: