Islam seluruh negara supaya terus melakukan solat hajat dan berdoa kepada
Allah s.w.t. supaya anaknya itu kembali semula ke pangkuan Islam.
Berucap dalam keadaan sedu sedan dan suara tertahan-tahan ibu Azlina yang
uzur itu dengan menitiskan air mata berharap sangat supaya anaknya itu
kembali kepangkuan Islam.
"Sebagai ibu, saya merasa sangat sedih dengan keadaan yang berlaku kepada
anak saya itu," katanya di Forum Islam dan Cabaran Masa Kini di Malaysia'
anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) yang dihadiri oleh
beribu-ribu umat Islam di Majlis Al-Falah USJ 19 Subang Jaya, Selangor,
baru-baru ini.
Kata ibu Azlina, dia sendiri tidak tahu di mana anaknya itu berada
sekarang
kerana beliau hanya berjumpa anaknya lebih setahun lalu.
Forum tersebut disertai oleh Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz, Azmi Abd Hamid
(Teras) sebagai pengerusi, Yusri Mohd (Abim), Zainur Zakaria (Peguam
Pembela
Islam), Prof. Dr. Abd Aziz Bari (pensyarah undang-undang), Dato' Mustafa
Ma
(Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia). Turut berucap peguam Pawanchik
Marican.
Bapa saudara Azalina yang turut berucap di majlis tersebut memberitahu
bahawa sudah banyak usaha dilakukan oleh keluarga dan pelbagai pihak untuk
mengembalikan Azalina kepangkuan Islam, tetapi setakat ini belum berjaya.
Bagaimanapun usaha ini perlulah diteruskan.
Katanya, Azalina, dibaptiskan di ebuah gereja di Kuala Lumpur sejak
beberapa
tahun lalu.
Bagi pihak keluarga Azlina, katanya, beliau mengucapkan terima kasih
terhadap umat Islam yang selama ini berdoa dan menyatakan simpati kepada
keluarganya.
Yusri dalam ucapannya berkata, keputusan mahkamah baru-baru ini yang tidak
membenarkan nama Islam dipotong dalam kad pengenalan Azlina memang
disambut
baik. Namun katanya, cabaran belum berakhir dan kita akan terus menerus
berusaha supaya Azlina akan kembali kepada Islam.
Zainur Zakaria yang berucap dengan suara tegas berkata, kini umat Islam
dicabar sedemikian rupa, justeru itu umat Islam mestilah waspada dan
berusaha keras memelihara akidah dan mempertahankan kemuliaan agama Islam
dari dicabar.
Dato' Mustafa Ma pula mengingatkan umat Islam supaya mengertikan
benar-benar
tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah dan mematuhi semua hukum-hakam
Islam.
"Kita semua adalah Abdul Allah, iatu hamba Allah dan mestilah mematuhi
perintah Allah. Memang tidak ada paksaan seseorang memeluk Islam, tetapi
apabila menganut Islam, mereka mestilah mematuhi sepenuhnya hukum Islam
dan
tidak semudah itu boleh keluar masuk Islam," katanya,
Prof Dr Abdul Aziz Bari mengingatkan umat Islam supaya mengkaji
sedalam-dalamnya segala tafsiran mengenai Islam dalam Perlembagaan
Malaysia
supaya mereka benar-benam mengetahui kedudukan agama Islam di tanah air
kita.
"Umat Islam kini sedang menghadapi cabaran berat, dari itu kita mestilah
sentiasa waspada dan berusaha mempertahankan Islam," katanya.
Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz pula mengingatkan umat Islam, khususnya para
ibu bapa supaya mengawasi benar-benar anak-anak remaja mereka, mengawasi
kawan-kawan mereka, pergaulan mereka, kenalan mereka dan memberikan
didikan
agama yang sempurna kepada mereka supaya remaja mereka tidak terjebak
dengan
perangkap musuh Islam.
Ibu Azlina yang datang bersama keluarganya sentiasa dikerumuni para
jamaah,
menyatakan sipmati terhadap apa yang dialaminya dan keluarganya.
Selepas majlis forum tersebut, para hadirin menunaikan solat hajat
berimamkan Dato' Abu Hasan Din Al-Hafiz.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment