Wednesday, August 29, 2007

*KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Hrkh) -* Rumah berbilik satu itu dibina pada tahun
1974. Kos pembinaan RM25,000. Dan bayaran sewa telah mencecah RM45,000.
Namun, rakyat ditawar untuk membelinya dengan harga RM90,000. Adilkah?

<http://www.korbanaqiqah.com.my/v2/>

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau
www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan
telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Menurut Penasihat Parti KeADILan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar
Ibrahim
kerajaan melalui Dasar Perumahannya telah membelakangi masalah perumahan
rakyat termiskin.

"Ketika lawatan saya ke Rumah Pangsa Taman Keramat pada Sabtu 11 Ogos
lepas,
penduduk flat berjumlah 799 unit tersebut ditawarkan untuk peluang untuk
membeli unit-unit yang kebanyakannya satu bilik tersebut untuk RM90,000.
Rumah Pangsa tersebut dibina pada 1974 pada kos RM25,000 dan jumlah
bayaran
sewanya telah mencapai RM45,000,"jelasnya dalam satu kenyataan kepada
Harakahdaily.

Tambahnya, tindakan mengenakan bayaran tambahan RM90,000 untuk mereka
memiliki flat tersebut membuktikan dakwaan kerajaan memandang serius
kemelut
rakyat termiskin hanyalah janji palsu semata-mata.

Katanya,pada masa yang sama, golongan Bumiputera yang kaya menikmati
diskaun
7-10 peratus yang diberikan terhadap apartmen mewah di dalam projek-projek
perumahan terbaru.

"Ini langsung tidak masuk akal apabila kita mengambil kira harga yang
dikenakan kepada orang-orang Melayu miskin yang tinggal di flat-flat kos
rendah yang sempit.

"Kerajaan bercakap mengenai projek koridor itu dan ini yang berharga
berbilion-bilion ringgit, tetapi di dalam isu menyediakan perumahan yang
mampu dimiliki kumpulan berpendapatan rendah, ternyata wujud perbezaan
kredibiliti yang ketara antara dasar yang diwarwarkan dengan pelaksanaan
di
bawah,"tambahnya lagi.

Pada pandangan Dato' Seri Anwar, kerajaan yang benar-benar prihatin dengan
masalah yang dialami rakyat berpendapatan rendah mestilah menyediakan
perumahan yang mampu dimiliki untuk semua warganegara Malaysia tanpa
mengira
kaum.

"Apakah gunanya melancarkan projek mega koridor pembangunan apabila
golongan
termiskin terus diabaikan dihimpit pembangunan yang mengakibatkan masalah
sosial yang begitu parah? Apa gunanya gemilang di dalam projek-projek
mewah
tetapi mengabaikan perkara-perkara yang lebih asas?,"soalnya. - mks.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: