Malaysia Today, isu penolakan calon Hakim Besar Malaya oleh Mesyuarat
Majlis Raja-Raja telah diciumi lebih seminggu yang lalu.
Ia kemudian dilaporkan oleh Strait Time Singapore beberapa hari yang lalu,
juga melalui laman berita internet. Hari ini, ia semacam disahkan oleh
Ketua Hakim Negara sendiri, seperti laporan muka depan Utusan.
Siapa kata laman internet membawa berita palsu semata-mata?
Tahniah Raja Petra!
Jika diharapkan media arus perdana, kita akan kempunan.
Jika dalam isu ini, Malaysia Today terbukti mendapat scoop yang tepat,
bagaimana pula dengan pelbagai isu besar yang lain, seperti hubungan
kembar polis-penjenayah?
Jika separuh sahaja dari dakwaan ini tepat, sudah cukup untuk mengatakan
keadaan negara kita adalah tenat dan kritikal.
Perdana Menteri perlu berbuat sesuatu. Pimpinan UMNO perlu berbuat
sesuatu.
Akhirnya, rakyat perlu berbuat sesuatu.
Ini era kebangkitan internet untuk membetulkan keadaan negara kita. Patut
sekali UMNO cukup gelisah dengan fenomena kebangkitan ini.
-----------------------------
Ketua Hakim Malaya: Majlis Raja-Raja tolak calon pilihan PM
Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 10 Ogos 2007 (Hrkh) - Malaysiakini dalam laporan bertarikh 8
Ogos memetik laporan akhbar Straits Times Singapura berhubung keputusan
Majlis Raja-Raja menolak calon pilihan kerajaan untuk jawatan Ketua Hakim
Malaya.
Akhbar negara jiran itu melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja yang bersidang
bulan lalu telah meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi menimbang semula pemilihan calon bagi jawatan ketiga tertinggi
dalam badan kehakiman itu.
Jawatan tersebut kosong sejak tujuh bulan lalu selepas penyandangnya,
Datuk Siti Norma Yaakob - wanita pertama memegang jawatan tersebut,
bersara awal tahun ini.
Menurut Straits Times, kesemua lapan hakim Mahkamah Persekutuan layak
dilantik memegang jawatan tersebut. Bagaimanapun, jawatan tersebut juga
boleh diisi oleh seorang hakim sama ada dari Mahkamah Tinggi ataupun
Mahkamah Rayuan.
Akhbar tersebut memetik sumber-sumber sebagai berkata, wujud prihatinan
mengapa calon berkenaan dipilih sedangkan ada tiga lagi hakim yang lebih
kanan. Akhbar itu bagaimanapun tidak menama calon pilihan Abdullah itu.
Wujudkan kekhuatiran di kalangan pengamal perundangan mengenai hakim-hakim
yang lebih baru dalam perkhidmatan kehakiman dilantik memegang jawatan
lebih tinggi mengatasi rakan-rakan mereka yang lebih kanan.
Antara hakim kanan yang tidak mendapat kenaikan pangkat sejak
kebelakangan, menurut Malaysiakini ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk
Gopal Sri Ram.
Straits Times melaporkan, keengganan Majlis Raja-Raja untuk mengesahkan
calon pilihan Abdullah itu mungkin mencetuskan masalah antara pihak
istana dengan kerajaan.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan, pandangan Majlis Raja-Raja diminta
dalam hal-hal berhubung perlantikan jawatan penting dalam kerajaan
seperti pemilihan jawatan tinggi dalam bidang kehakiman.
Jarang sekali Majlis Raja-Raja menolak calon pilihan Perdana Menteri yang
diputuskan selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Hakim Negara.
Straits Times melaporkan, Abdullah dipercayai telah mengadakan pertemuan
dengan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, salah seorang anggota kanan
Majlis Raja-Raja, berhubung perkara tersebut.
Sultan Azlan Shah pernah menjadi Ketua Hakim Negara dalam tahun 80-an -
jawatan tertinggi dalam badan kehakiman, yang kini dikenali sebagai Ketua
Hakim Negara.
Ketika ditemui pemberita, Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh
Abdul Halim enggan mengulas mengenainya.
Katanya, semua pelantikan dalam badan kehakiman adalah sulit dan tertakluk
kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Beliau hanya berkata, kekosongan jawatan tersebut akan diisi sebelum
hujung tahun ini.
Sementara itu, jawatan Presiden Mahkamah Rayuan - jawatan kedua tertinggi
dalam badan kehakiman - juga kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk
Malek Ahmad dua bulan lalu.
Ahmad Fairuz juga dijadualkan bersara Oktober ini. /tajdid
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
No comments:
Post a Comment