Saturday, July 28, 2007

Panduan Menghadapi Kemarau

Solat Isitisqa adalah solat yang khusus ketika kemarau
meminta agar Allah swt menurunkan hujan.

Disamping itu satu panduan yang amat berguna kepada
kita semua khususnya pengguna domestik ialah setiap
rumah kita perlu ditambah tangki simpanan air tambahan
terutamanya mereka yang mendiami rumah teres atau
banglo dimana lebih mudah untuk memasang tangki
tambahan.

Dengan adanya tangki tambahan ini , simpanan air
dirumah kita dapat bertahan dua, tiga ada lebih kali
ganda bergantung kepada kapasiti tangki tambahan yang
dipasang. Dengan itu jika ada catuan air ianya tidak
mengganggu tugas harian kita.

Pemasangan tangki tambahan ini perlu dilakukan oleh
tukang paip. Dan kalau perlu struktur tambahan perlu
dilakukan oleh kontraktor kejuruteraan awam. Ianya
boleh dipasang di atas siling atau di halaman rumah.
Kepada mereka yang membuat pengubahsuaian rumah
(renovation), elok difikirkan ruang penambahan tangki
air ini.

Kos pemasangan antara RM 500 – RM 5000 bergantung
kepada saiz dan jenis tangki samada fibre glass,
polycarbonate atau stainless steel, juga bergantung
kepada penambahan paip.

Oleh itu eloklah pemasangan tangki tambahan ini
dilakukan mulai sekarang kerana jika sekiranya kita
menunggu di saat kritikal dimana permintaan tinggi di
kala kemarau mungkin kos barangan akan meningkat
akibat meningkatknya permintaan.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: