Saturday, July 28, 2007

Bacalah Yaasin

BACALAH YAASIN

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan", iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi
kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang
dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah
meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada
penyakitnya.
11. Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya setiap sesuatu
mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin.
Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya Allah menuliskan pahalanya
seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, "Apabila datang ajal orang yang
suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat
berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya
diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut
menyembahyangkan jenazahnya".
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang
suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa
minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan
dimasukkan
ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika
nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: "Sesiapa
bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat
pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap
huruf cahaya di hadapannya
pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di
tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli
rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah
orang-orang yang munafik.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: