Wednesday, October 26, 2005

Tabung Haji Perlu Lantik CEO Ulama

Utusan Malaysia pada 26 Oktober 2005 melaporkan bahawa Raja Datuk Ahmad Zainuddin Raja Omar (BN-Larut) menyarankan agar Tabung Haji (TH) melantik CEO dari kalangan ulama untuk menerajui LUTH. "Paling penting CEO yang dilantik itu tidak terkeluar dari objektif penubuhan TH." Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet 2006 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2005.
Bagaimanapun, kenyataan beliau ini diperbetulkan oleh Datuk Che Min Che Ahmad (BN-Pasir Puteh) dengan menyatakan pelantikan CEO di kalangan ulama itu perlu dilakukan dengan syarat mempunyai sifat-sifat umarak iaitu mempunyai keupayaan mentadbir. Raja Ahmad Zainuddin bagaimanapun menegaskan bahawa tidak kira sama ada ulama itu mempunyai sifat umarak tetapi yang paling penting ia dapat memastikan TH sentiasa melaksanakan objektif penubuhan LUTH.
Saranan ini disokong oleh Datuk Mohd Said Yusoh (BN-Jasin) yang menyatakan pelantikan CEO di kalangan ahli-ahli korporat, tugas utama mereka ialah mengurangkan jumlah pekerja. Katanya, walaupun pekerja-pekerja itu baik, amanah dan menyumbang kepada TH tetapi kerana keputusan perniagaan diberhentikan dari TH. "CEO macam ni memang baguslah kerana dapat kurangkan kos pengurusan dan pada hujung tahun dapat pulangan kerana kos telah berkurangan. Seperkara lagi, CEO dari korporat ini hanya berminat untuk menswastakan syarikat-syarikat TH yang untung, tetapi hendak mencari perniagaan baru tidak dibuat."
Mohd Said juga memberitahu, TH amat penting kepada umat Islam kerana selama ini telah banyak memberikan perkhidmatan cemerlang seperti dapat memberikan keuntungan yang tinggi kepada pendeposit. "TH memberikan pulangan antara lapan hingga sembilan peratus dahulu dan sekarang ini antara empat hingga 4.25 peratus; itu baik dan umat Islam menyimpan di TH kerana ia dapat duit yang dibersihkan iaitu telah dibayar zakat. Malangnya sekarang ini, semuanya teruk. Oleh itu kalau menteri hendak membuat perubahan besar-besaran buatlah, Dewan Rakyat akan menyokong sebarang tindakan yang akan meletakkan TH pada kedudukan seperti dulu."
Pandangan:
Kenyataan-kenyataan umum seperti ini tidak dapat dipertahankan sama ada dengan fakta mahupun angka.
Yang dapat kita fahami dari berita di atas ialah yang dikehendaki ialah pertama, seorang CEO yang dapat memastikan TH tidak tersasar dari dan dapat melaksanakan objektif penubuhannya. Kedua, CEO yang dapat mengembangkan urusniaga baru TH. Ketiga TH dapat memberikan pulangan yang tinggi. Dan keempat, simpanan para pendeposit di TH perlu terjamin bersih.
Soalnya kini, (i) apakah pemilihan CEO itu perlu dilihat dari aspek ulama atau umarak, ataupun dinilai dari aspek kelayakannya memimpin sebuah badan pelaburan? (ii) apakah objektif penubuhan TH sudah tersasar? (iii) apakah TH tidak melaksanakan objektif penubuhannya? (iv) apakah sektor pelaburan baru yang dimaksudkan? (v) apakah bidang urusniaga baru itu ialah hanya melabur di dalam sektor pelaburan konvensional seperti sektor perbankan, unit amanah dan bon Islam sahaja? (vi) apakah pelaburan di dalam syarikat perniagaan dan kaunter-kaunter syari'ah di Bursa Saham termasuk di dalam skop pelaburan yang dimaksudkan? (vii) apakah wajar TH melabur di Bursa Saham? (viii) apakah kelainannya melabur di kaunter-kaunter syari'ah di Bursa Saham dan melabur di dalam anak syarikatnya yang turut disenaraikan di Bursa Saham? (ix) apakah dengan melabur di dalam instrumen kewangan Islam konvensional akan dapat memberi pulangan tinggi? (x) bidang pelaburan manakah yang dapat memberi pulangan tinggi? (xi) apakah penanda aras (benchmark) kepada maksud "pulangan yang tinggi"? dan (xii) apakah yang dikehendaki oleh para "legislators" kita boleh dicapai dengan kaedah lain?

1 comment:

Anonymous said...

proclaimed most of the people payment their particular lending products promptly and additionally devoid of fees
A number one debt nonprofit plans how many men and women using these folks for guidance throughout fast cash advance credit card debts to be able to increase this. consumer debt good cause says all over purchase that payday, higher awareness lending products this season. Any good cause states that four years previously the volume of purchasers using them was first minor.
kredyty bez bik olsztyn
szybka pożyczka
szybkie kredyty przez internet
kredyt na dowód zabrze
bank pocztowy

http://pozyczki-prwatne.com.pl
http://pozyczki-prwatne.net.pl
http://kredytybezbiku.biz.pl