Saturday, October 01, 2005

[Malaysia] Kerajaan Baik Pulih Semua SJKC

Barangkali kita perlu timbangkan cadangan untuk mengambil gambar semua madrasah, sekolah agama rakyat, sekolah agama dan sebagainya dan gantung di kawasan awam, yang dirasakan sesuai!
------------------------------------

Kerajaan sedia peruntukan baikpulih semua SJKC
Malaysiakini, Sep 16, 05 12:19pm

Kabinet membuat keputusan untuk mengeluarkan peruntukan bagi membaik pulih semua sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya, keputusan berkenaan sebagai susulan kepada tragedi yang menimpa seorang guru di sebuah sekolah jenis kebangsaan berkenaan di Kedah Isnin lalu.

"Kerajaan prihatin dengan masalah yang menimpa semua SJKC di negara ini, khususnya SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah.
"Justeru kerajaan telah membuat keputusan bahawa sedikit peruntukan adalah perlu untuk membantu sekolah-sekolah ini agar tragedi yang menimpa guru malang itu tidak berulang," katanya.
Menurut laporan Bernama, Najib berkata demikian semasa berucap merasmikan majlis makan malam dan sambutan ulang tahun ke-20 Gabungan Persatuan Cina Pahang (GPCP) di Kuantan malam tadi.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi berkenaan, Chan Boon Heng maut selepas terjatuh dari tingkat atas sekolahnya apabila terpijak lantai yang reput dimakan anai-anai.
Ketika itu, mendiang berada di pejabat sekolah berkenaan untuk membuat salinan surat pelantikannya sebagai ketua mata pelajaran Bahasa Mandarin.
Siasatan polis mendapati mangsa terjatuh ke dalam dewan sekolah tersebut selepas terpijak lantai itu dan meninggal dunia tiga jam kemudian di sebuah pusat perubatan swasta.

No comments: