Monday, February 22, 2010

KONTROVERSI PEMAKAIAN KALIMAT ALLAH:

KONTROVERSI PEMAKAIAN KALIMAT ALLAH:
SUATU PERNYATAAN KEPRIHATINAN

Dato' Dr. Siddiq Fadzil
Presiden
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH)

Selama berabad-abad negara Malaysia (dan sebelumnya Tanah Melayu) yang
terbentuk daripada gabungan Negeri-Negeri Melayu (Malay States) ini
durujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun,
harmonis dan penuh tolerasi. Kejayaan mencipta kerukunan hidup antara
agama adalah suatu prestasi ketamadunan dan kemanusiaan yang tidak
ternilai. Faktor kunci kejayaan ini tidak lain adalah sikap ramah
bangsa Melayu-Muslim yang menjadi golongan majoriti dan sekaligus "tuan
rumah". Keramahan luar biasa yang memang menjadi watak bangsa inilah
yang memungkinkan penganut pelbagai agama (Kristian, Hindu, Buddha dan
lain-lain) di negara ini menikmati kebebasan dan keselesaan mengamalkan
agama masing-masing tanpa gangguan. Selama ini kerukunan hidup
sedemikian itu dapat dipertahankan kerana adanya sikap menghargai
keramahan (Melayu-Muslim) tersebut, di samping adanya rasa hormat
terhadap kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan, juga
kerana adanya !
kesedaran terhadap realiti kesejarahan dan kebudayaan negara ini. Memang
dalam sejarahnya Negeri-Negeri Melayu adalah bahagian daripada warga
rumpun besar Dar al-Islam. Kesedaran tentang hakikat-hakikat inilah
yang melatari keharmonian hubungan antara kaum dan agama selama ini.
Justeru, kesedaran tersebutlah yang membentuk sikap saling memahami dan
menghormati batas dan sempadan daerah keagamaan masing-masing. Kaum
bukan Muslim umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat
Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang
berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusek atau
diganggu.

Ketegangan di sekitar isu pemakaian kalimat Allah ketika ini adalah akibat
kegagalan menghayati tradisi menjaga sensitiviti umat Melayu-Islam.
Mereka yang berkeras mahu menggunakan kalimat Allah dalam konteks agama
Katolik bukan tidak tahu tentang keberatan umat Islam terhadap tuntutan
mereka. Sikap tersebut tidak lain adalah gejala hilangnya kepedulian
terhadap perasaan dan pendirian orang lain. Seharusnya mereka berusaha
untuk cuba memahami keberatan umat Melayu-Muslim terhadap pemakaian nama
Allah dalam konteks agama selain Islam.

Bagi umat Islam Allah adalah di atas segala-gala. Demikianlah hakikatnya,
Allah selamanya merupakan ultimate concern bagi kaum Muslimin. Syahadat
pertama keislaman mereka adalah kesaksian tentang hakikat ketiadaan tuhan
selain Allah (Yang Maha Esa). Hanya Dia yang bernama Allah, nama yang
dipilih sendiri oleh Allah khusus untuk diri-Nya, tidak siapa pun boleh
memakainya selain Allah sendiri. Ia adalah al-Ism al-A`zam, Nama Agung
bagi Dhat yang wajib al-wujud. Ia adalah nama yang merujuk Dhat yang
meliputi seluruh sifat ketuhanan. Sebagai nama khusus-Nya, ia berbeza
daripada nama-nama-Nya yang lain seperti al-Qadir, al-`Alim, al-Rahim
yang boleh dipakai oleh yang lain-lain. Kerana kekhususannya itu
jugalah nama-nama-Nya yang lain itu dinisbahkan kepada nama Allah lalu
disebut asma'u 'Llah (nama-nama Allah). Al-Sabur, al-Shakur, al-Qadir
misalnya disebut sebagai nama-nama Allah, tetapi tidak boleh disebut
sebaliknya, Allah adalah nama al-Shakur atau al-Sa!
bur. Demikianlah hakikat kalimat Allah sebagai nama khas (`alam)
yang tidak dipakai untuk selain-Nya.

Allah bukan nama am yang siapa sahaja boleh memakainya, dan bukan juga
kata umum tanpa makna dan definisi tertentu sehingga siapa sahaja boleh
memaknainya. Andainya kalimat Allah dimaknai lain daripada makna dan
definisi hakikinya, jelas akan menimbulkan kekacauan semantik yang
serius. Bagi umat Melayu-Muslim sejak mula kalimat Allah sudah sedia
terpadu dengan definisi yang mantap dan muktamad, definisi yang
diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, "Katakanlah:
Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung
kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula
diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.".
Penurunan surah tersebut dilatari peristiwa kedatangan sekumpulan orang
Yahudi meminta Nabi s.`a.w. memberikan pemerian tentang Tuhannya.
Kerana itu surah ini bermula dengan kata Qul (Katakan) yang kemudian
diikuti dengan ayat-ayat yang mengandungi rumusan definisi tentang
Allah. Ternyata Alla!
h adalah nama yang menyebatikan makna tauhidik, nama yang menolak
syirik, dan sekaligus nama yang menafikan faham trinity (Tidak beranak
dan tidak diperanakkan). Kerana itu surah ini disebut juga dengan nama
Suratu 't-Tawhid. Memang ia adalah surah yang merumuskan faham tauhid
yang semurni dan semutlaknya. Ayat-ayat dalam surah ini juga dengan
jelas mengungkapkan makna bahawa Allah adalah "...a Personality", bukan
sekadar suatu konsep falsafi yang abstrak.

Surah al-Ikhlas adalah antara sekian banyak surah dan ayat al-Qur'an yang
membawa mesej conceptual correction terhadap pemakaian nama Allah di
kalangan masyarakat pra-Islam termasuk sebahagian suku-suku Arab jahiliah
dan kaum Nasrani. Mereka memakai nama Allah dalam konteks faham syirik,
termasuk faham al-tathlith atau trinity. Ayat-ayat korektif tersebut
rata-rata membawakan makna dan nada ketidakrelaan Allah terhadap
pemakaian nama-Nya dalam konteks yang menyimpang daripada prinsip
kemurnian dan kemutlakan tauhid. Demikianlah kalimat dan nama Allah
yang difahami oleh umat Melayu-Muslim umumnya, lalu bagaimana mungkin
mereka yang saban hari membaca dan menghayati surah al-Tawhid akan
dengan senang merelakan Nama Suci dan Agung ini dipakai dalam konteks
faham syirik.

Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan
mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda
tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa
memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan
agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para
penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa
sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu
provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu
ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung
ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami
petik di bawah ini:

What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of
racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of
religion has to be tolerated in the name of a half written constitution.
Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a
majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country
they have been treated with much reverence, dignity and respect over
centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated
for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes)
without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed
on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more
recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write
about it today it is often argued is the result of a good Catholic
education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity
in allowing the propagation of the faith, its schools and other
institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is
an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless
policy of provocation.

In a demonstration of its faith in its own credo of Good Christian Charity
and goodwill, the Catholic Church ought to withdraw the ridiculous and
provocative demand now legitimised by a flawed decision. It should
demonstrate that it ought not to be allowed the sinister use of one
Arabic word Allah which is clearly a thorn in the side of its Malay
majority hosts.

The church may do so without any embarrassment to itself. On the contrary
with one fell act of goodness and respect it would build a bridge of
understanding likely to last forever as a monument to its credo, rather
than for the blemishes in its record of insults, abuse, its betrayal to
the colonials and the undermining of the cultural and religious
sensitivities and heritage of Malaysia's majority
(http://takemon.wordpress.com/about/).

Isu ini seharusnya diselesaikan secepat dan sebijaksana mungkin. Semakin
lama dipolemikkan, akan semakin panjang rentetan persoalannya. Sikap
berkeras mahukan sesuatu yang jelas-jelas tidak dapat diberikan akan
menimbulkan dugaan adanya agenda terselubung di balik tuntutan tersebut.
Ia akan ditafsirkan sebagai strategi "lulus jarum, lulus kelindan",
selepas kalimat Allah akan banyak lagi istilah-istilah Islam yang
dikatolikkan seperti kalimat syahadat, solat, zakat, haji dan lain-lain
lagi. Isu ini akan memarakkan spekulasi bahawa ia adalah bahagian
daripada agenda besar mendistorsikan Islam dengan memakai istilah-istilah
Islam yang dirubah erti dan isinya. Masyarakat Islam akhirnya akan
mengalami kekeliruan yang serius dan tidak lagi mengenal Islam yang
murni. Lebih jauh lagi isu ini akan membangkitkan semula kenangan pedih
masa lalu, zaman awal kedatangan penjajah Barat yang membawa agenda
pengkristianan rakyat pribumi Melayu. Arkitek penjajahan Inggeris di
ran!
tau ini, S. Raffles tidak datang hanya untuk mengaut kekayaan, tetapi
juga datang dengan misi dan cita-cita pengembangan Bible Society.
Kegiatan menyebarkan agama Kristian di kalangan pribumi Melayu itu
dilakukan atas nama "...cultivating the waste and barren soil of the
native mind". Usaha mengkristiankan orang Melayu telah dilakukan
dengan bersungguh-sungguh, termasuk dengan menterjemahkan Bible ke dalam
bahasa Melayu. Untuk itu mereka telah mendapatkan khidmat Abdullah
Munsyi. Bagaimanapun orang Melayu berpegang kuat dengan Islam.
Abdullah Munsyi yang terlibat dalam penterjemahan Bible mendapat gelar
ejekan "Abdullah Paderi".

Catatan tersebut seharusnya sudah menjadi "perkara masa lalu" yang sudah
tidak relevan lagi dalam konteks semangat masa kini, era membina
kesatuan dalam kepelbagaian. Provokasi-provokasi keagamaan sehausnya
dihindari, dan tuntutan yang menjadi keberatan umat Melayu Islam ini
harus dihentikan. Apa pun yang berlaku pada pemakaian kalimat Allah di
luar Malaysia tidak semestinya relevan dengan masyarakat kita. Isu ini
harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia
memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks
keislaman. Fiqh kita mengambilkira `uruf ahl al-balad (budaya warga
setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini
ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: