Monday, January 07, 2008

Semua bengong dalam hal kenaikan harga minyak!

Hishamuddin Rais

Sejak hampir lima tahun yang lalu saya telah menulis secara konsisten
tentang masalah bahan bakar minyak petroleum. Secara jujur saya telah
cuba menyedarkan seramai mungkin warga untuk memahami satu hakikat:
minyak dalam dunia ini telah susut. Banyak telaga minyak telah kering.
Minyak yang telah dibakar tidak akan ada penggantiannya.

Saya juga telah mendedahkan dan cuba menerangkan apa yang dipanggil PEAK
OIL THEORY/TEORI PUNCAK MINYAK. Teori ini mengajukan pandangan bahawa
pada satu jangka masa pengeluaran hasil bahan bakar petroleum berkembang
tinggi hingga sampai ke satu puncak. Sesudah sampai ke puncak ini maka
pengeluaran bahan bakar ini akan terus menurun berkurangan.


Teori ini diasaskan oleh M.King Hubbert pada tahun 1956. Berdasarkan teori
ini, M. Hubbert telah meramalkan di antara tahun 1965 ke 1970 pengeluaran
bahan bakar petroleum di Amerika Syarikat akan sampai ke puncak. Apabila
mencecah puncak ini maka pengeluaran galian petrol di Amerika akan terus
berkurangan. Ramalan Hubbert ini cukup tepat. Pada tahun 1970, Amerika
wajib menjadi negara pengimport minyak.

Teori Puncak Minyak ini juga telah meramalkan banyak negara-negara
pengeluaran minyak dalam dunia ini telah melintas puncaknya. Mesir: 1987,
Perancis: 1988, Jerman: 1966 Iran: 1974, India: 1997, Indonesia: 1991,
Jepun: 1932 , Libya: 1970, Mexico: 2003,New Zealand: 1997, Nigeria: 1979,
Norway: 2000, Oman: 2000, Russia: 1987,Syria: 1996 ,Tobago:
1981,Venezuela: 1970, UK: 1999 dan Amerika Syarikat: 1970. Ada di antara
negara ini masih lagi mengeluarkan minyak tetapi dari tahun ke tahun
jumlah tong yang di hasilkan semakin kurang.

Hubbert Peak Theory tidak pernah dipertikaikan. Apa yang selalu
ditimbulkan hanya perbezaan tarikh. Ada geologis yang telah menyatakan
bahawa dunia telah melintasi zaman puncak minyak pada tahun 2005 yang
lalu. Ada pula yang meramalkan bahawa puncak minyak akan sampai di antara
tahun 2020 ke tahun 2030. Tetapi pada hakikatnya semua pakar geologis ini
menerima pakai bahawa bahan bakar ini semakin susut, berkurangan
pengeluaran dan akhir akan habis. Ini bermakna akan berakhirlah Tamadun
Petroleum.

Habis di sini bukan bermakna tidak ada lagi minyak dalam perut bumi. Zaman
Batu berakhir bukan bermakna batu telah habis. Minyak masih ada dalam bumi
tetapi tidak lagi ekonomik untuk mengambilnya keluar. Minyak ialah tenaga.
Akan sampai masanya nanti untuk mengeluarkan satu tong minyak dari perut
bumi kita memerlukan membakar lima atau sepuluh tong minyak. Ini tidak
berbaloi dan tidak ekonomik.

Pada pagi 2hb Januari 2008 harga satu tong bahan bakar petroleum telah
mencecah 100 dolar di pasaran dunia. Pada petangnya harga telah menurun
sedikit. Ketika saya menulis ini harga satu tong ialah 99.68 dolar. Saya
tidak terperanjat apabila melihat harga minyak naik menjadi 100 dolar
untuk satu tong. Dalam tulisan tulisan saya yang lalu saya juga telah
beberapa kali meramalkan harga bahan bakar ini akan terus naik.

Apa yang memeranjatkan saya ialah kenyataan yang keluar dari Parti
Keadilan Rakyat yang menyatakan jika parti ini memerintah maka harga
minyak akan diturunkan. Untuk saya ini hanyalah kenyataan orang yang
tidak tahu tentang Teori Puncak Minyak dan tidak sedar bahawa tamadun
dunia hari ini adalah Tamadun Petroleum.

Harga minyak

Sama juga dengan susulan jawapan dari Najib Razak seorang pemimpin dari
parti United Malay National Organisation. Najib mengatakan negara ini
akan bankrap jika harga minyak diturunkan. Orang yang bernama Najib ini
tidak sedar semenjak bila pula negara kita ini tidak bankrap.

Susuk-susuk yang mengeluarkan kenyataan ini tidak memahami tanda dan makna
perang di Iraq, perang di Darfur atau perang di Sudan. Mereka juga tidak
membaca dan memahami makna Â'war on terrorismÂ' sebagai dasar luar negara
Amerika Syarikat. Mereka juga tidak memahami kenapa Hamid Karzai menjadi
penghulu di Kabul. Atau kenapa ada sebuah kapal minyak yang bernama
Condoleezza Rice.

Kedua-dua kumpulan parti politik ini tidak memahami bahan bakar petroleum.
Mereka ini adalah sesat lagi menyesatkan. Kedua-dua kumpulan ini TIDAK
jujur. Mereka adalah politikus yang hanya bercita-cita untuk berkuasa
tetapi tidak memiliki apa-apa di antara dua telinga mereka. Cakap mereka
itu bertujuan memancing undi dan mencari untung politik jangka pendek.

Dalam agenda bahan bakar minyak saya menolak kedua-dua kenyataan tersebut.
Mengikut pandangan parti Keadilan jika United Malay National Organisation
telus dalam memberikan perincian perbelanjaan dan pendapatan dari
syarikat Petronas maka harga minyak akan dapat ditampung. Jika tidak ada
pembaziran dari duit jualan minyak maka harga minyak akan terus dapat
disubsidi.

Parti Keadilan tidak sedar dalam masa tidak lebih dari 10 tahun bahan
bakar minyak di persisiran laut kita akan habis. Untuk berhujah, kita
anggaplah mereka dapat mengambilalih kerajaan. Dalam penggal ke-3
pentadbiran Barisan Rakyat minyak habis. Barisan Rakyat adalah satu
pentadbiran yang telus, tidak rasuah dan jujur. Bila minyak habis, mereka
juga tidak dapat tidak akan menaikkan harga minyak. Ini hukum yang
saintifik. Jadi cakap-cakap harga minyak hendak diturunkan itu, tidak
mungkin dapat dilakukan.

Kenaikan harga bahan bakar minyak ini tidak ada sangkut paut dengan
ketelusan kerajaan atau terpaparnya secara terperinci pendapatan dari
Petronas. Harga minyak naik kerana minyak dalam dunia ini telah habis.
Kenapa sukar sangat untuk memahami hakikat ini.

Kerajaan dalam bentuk apa sahaja – komunis, sosialis, kapitalis, Marxis,
Anarkis, Geuvarist, Stalinist, Sosial Demokrat, Islamik, Syiah, Demokrat,
Katholikus, Sembahyangist, Hindu, Buddha - kerajaan ada agama, tak ada
agama, kerajaan rasuah, kerajaan telus lagi jujur, kerajaan alim lagi
warak – semuanya akan menaikkan harga minyak. Inilah yang wajib
diterangkan kepada orang ramai secara telus dan jujur.

Maklum pada orang ramai

Juga wajib diterangkan kepada orang ramai:

Hari minyak habis dalam dunia ini akan sampai. Apabila minyak habis ia
akan membawa bencana besar dan huru-hara terutama negara yang banyak
bergantung pada minyak. Kehabisan minyak akan sampai seperti kereta kita
kehabisan minyak. Masanya datang serta merta dengan tiba-iba. Yang paling
teruk kena bantai apabila minyak habis ialah semua hal ehwal pengangkutan.

Untuk meredakan keadaan minyak habis yang datang secara mendadak kita
memerlukan dan mengambil masa untuk membuat persediaan. Kerana itu
pemimpin kerajaan dan politikus dari semua kumpulan wajib membaca Peak
Oil Theory. Kesedaran minyak akan habis wajib diberitahu kepada orang
ramai sekarang.

Sekurang kurangnya 20 tahun diperlukan oleh kerajaan untuk membuat
persediaan berhadapan dengan hari minyak habis. Kerajaan, industri dan
para pengguna wajib sama-sama memahami hakikat ini. Tidak dapat tidak
akan berlaku kacau bilau, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia
apabila minyak habis.

Saya tidak nampak satu dasar penggunaan bahan bakar petroleum yang tepat
dan betul yang sedang diajukan baik dari parti kerajaan ataupun dari
Barisan Rakyat. Semua dasar yang mereka ajukan adalah dasar jangka pendek
yang digunapakai untuk menipu rakyat. Subsidi atau menaikkan harga bukan
jawapan untuk berhadapan dengan zaman kehabisan minyak.

Saya mengajukan satu perubahan struktur budaya hidup yang baru. Mengubah
secara struktural dan meninggalkan gaya hidup yang kita guna pakai hari
ini. Budaya konsumer dalam tamadun petroleum ini telah nazak dan wajib
ditinggalkan.

Orang ramai wajib digalakkan dari hari ini untuk tidak menggunakan kereta
persendirian dan beralih kepada sistem pengangkutan awam. Basikal perlu
digunakan kembali seperti di zaman ayah dan datuk kita membesar. Hentikan
kilang-kilang yang pengeluaran produk-produk yang tidak berguna dan bukan
asas untuk hidup.

Kota dan bandar kita wajib dapat menampung dan mengeluarkan bahan makanan
sendiri. Makanan tidak perlu diambil dari kawasan yang jauh atau
diimport. Setiap warga wajib tahu hal pertanian. Tanaman yang diusahakan
untuk makanan dan bukan untuk spekulasi mengumpul modal. Siapa bertanam
maka mereka dapat makan.

Tempat kita bekerja pula tidak harus jauh dari tempat kita tinggal.
Rumah-rumah yang kita dirikan bukan gua-gua batu yang memerlukan alat
hawa dingin. Rumah adalah tempat kita berteduh dari hujan dan panas –
kembali kepada asas. Penggunaan kuasa leterik dalam bangunan dan dalam
rumah kita seharusnya pada asas yang paling minimum. Kota-kota kita tidak
perlu disaluti dengan lampu neon yang mengiklankan hampeh-hampeh dan
membazirkan tenaga leterik. Minyak, gas dan arang batu yang tidak miliki
wajib dijaga dan di pergunakan dengan cermat.

Ekonomi yang berasaskan dolar wajib kita tinggalkan sekarang. Dolar adalah
simbol tamadun petroleum. Semenjak tahun 1970-an bilamana Amerika dan
Saudi Arabia menjadi sahabat karib maka dunia telah dipaksa menggunakan
dolar dalam hal jual beli minyak. Kita semua dan rakyat dunia telah
ditipu dengan kertas hijau yang dicetak oleh Amerika. Kertas hijau ini
tidak memiliki apa apa nilai dan zat untuk dimakan. Malah kertas jamban
lebih bernilai dan boleh digunakan berbanding dengan dolar Amerika.

Sekali pandangan apa yang saya ajukan ini sebagai cakap yang TIDAK masuk
akal. Ianya tidak masuk akal kerana apa yang saya nyatakan ini dibaca
dalam tahun 2008. Bayangkan pada tahun 2020 atau tahun 2025 , berapa
dolar agaknya harga satu tong petroleum? Bayangkan juga sepuluh tahun
dari hari ini apabila telaga minyak kita kering. Dari mana hendak dicari
dana subsidi untuk menampung pengurangan harga minyak?

Kepada semua politikus dari semua parti politik sila kaji dan fahami
tentang Tamadun Petroleum dan kajian teori M. King Hubbert. Jangan
menjadi pemalas. Jika tidak tahu apa yang saya tulis ini sila tanya Pak
Cik saya Lebai Google.

*****.*.*****

Malaysia says $100 oil positive for economy - paper
Saturday January 5, 09:40 AM

KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia's economy benefits from $100-a-barrel
oil although the high cost of crude could hurt the global economy and hit
demand for the country's exports, a government minister was reported on
Saturday as saying.


"Luckily for us, we are an oil exporting country," Second Finance
Minister Nor Mohamed Yakcop was quoted as saying in a report published in
The Star newspaper.


"So, at $100 per barrel, it's positive," he said, when asked how high oil
prices would affect Malaysia's economy.


Net oil exporter Malaysia has said it gains 250 million ringgit ($76.17
million) a year in revenue for every $1 rise in the price of crude.


But some analysts warn that expensive oil will weigh on global economy
and dampen demand for Malaysia's non-oil exports, threatening to slow the
country's economic growth.


Oil prices have eased since hitting the $100 per barrel mark earlier this
week. On Friday, February crude settled down $1.27 or 1.28 percent at
$97.91 a barrel.


Nor Mohamed also said a government review of fuel subsidies did not
necessarily mean subsidies would be cut, adding that the poor would not
suffer as a result of any change.


The government has said it needs to restructure its fuel subsidies to
benefit needy citizens and free up funds for development. However, it has
not given any details on its plan.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: