Sunday, September 17, 2006

Apa Kata Mufti Brunei Isu Murtad

Apa Kata Mufti Brunei Isu Murtad
MURTAD DAN RISIKONYA
http://www.brunet.bn/gov/mufti/ic45_1999.htm
(Bilangan 87 Bahagian Akhir). Bismillah,

Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman
Walaah

RISIKO RIDDAH MENGIKUT HUKUM FIQH
Persoalan riddah telah disentuh oleh para ulama,
bahkan ia telah mengambil salah satu tempat yang
terpenting di dalam senarai kes-kes hukum jenayah yang
mereka bicarakan. Persoalan ini mereka letakkan di
dalam bab atau bahagian khas yang sebahagiannya mereka
namakan dengan Kitab Al-Riddah, Bab Al-Riddah, Ahkam
Al-Riddah (hukum-hakam orang murtad).

Dengan merujuk kepada analisis hukum yang dikeluarkan
oleh ulama tentang orang-orang murtad berdasarkan
nash-nash syarak, hukum pertama yang mereka sepakati
ialah tentang wajib membunuh orang-orang yang
benar-benar didapati murtad. Ilmuan fiqh abad ini, Dr.
Wahbah Al-Zuhaihi berkata : "Para ulama telah sepakat
tentang wajib hukum bunuh ke atas orang murtad."
Katanya lagi : "Dan telah ijmak para ahli ilmu tentang
wajib hukum bunuh ke atas lelaki yang murtad dan hukum
bunuh ke atas wanita yang murtad dan hukum bunuh ke
atas wanita yang murtad mengikut pendapat jumhur
ulama." (Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh : 6:186)

Mengikut analisis para ulama lagi, tindakan murtad
merupakan salah satu jenis kekufuran yang amat keji
dan sangat keterlaluan dan ianya menyebabkan terhapus
dan hilangnya segala balasan pahala kebajikan yang
pernah dilakukan sebelum murtad sekiranya mati di
dalam kemurtadan (wal ‘iyazu billah). (Al-Sayyid
Al-Bakri, I’anah Al- Thalibin : 4:132-134)

Perlaksanaan hukum bunuh di atas hanya akan berlaku
apabila orang murtad berkenaan enggan bertaubat dan
enggan kembali kepada Islam setelah dinasihati dan
diarahkan bertaubat. Hukum memberi nasihat dan
menyuruh bertaubat ini adalah wajib ke atas
pemerintah. Taubat di sini mestilah dilaksanakan
dengan mengucap dua kalimah syahadat. (I’anah
Al-Thalibin : 4:139)

Selain daripada hukum di atas, banyak lagi hukum yang
timbul kesan daripada tindakan keluar daripada Islam,
antara lain ialah : Hilang hak penjagaan anak, baki
hartanya diserahkan ke baitulmal, tidak sah menjadi
wali nikah, hilang taraf kehormatan diri, putus
perkahwinan setelah habis idah, tidak dibenarkan
berkahwin sama ada dengan orang Islam atau kafir,
tidak berhak harta waris dan lain-lain lagi.

DASAR HUKUM WAJIB MEMBUNUH ORANG MURTAD
Di antara dasar hukum wajib pihak berkuasa membunuh
orang murtad ialah hadis-hadis berikut yang maksudnya
: "Sesiapa yang menukar keislamannya hendaklah kamu
bunuh dia." (Hadis para Perawi kecuali Muslim).

Maksudnya: "Tidak halal darah seseorang muslim kecuali
dengan salah satu daripada tiga perkara : Tayyib
(duda/janda) yang berzina, qishash nyawa dengan nyawa
dan orang yang menukar agamanya yang terpisah daripada
jemaah (kaum muslimin)." (Hadis riwayat Bukhari dan
Muslim daripada Ibnu Mas’ud).

Maksudnya: "Mana-mana lelaki yang murtad daripada
Islam, hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada
Islam jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah
tengkuknya. Dan mana-mana perempuan yang murtad,
hendaklah kamu menyerunya supaya kembali kepada Islam
jika dia mahu. Jika tidak, pancunglah tengkuknya."
(Hadis riwayat Thabarani daripada Mu’az bin Jabal).

Itulah di antara dalil-dalil yang menunjukkan betapa
berat dan besarnya risiko murtad ( keluar daripada
agama Islam).

Berdasarkan hasil analisis para ulama yang muktabar
dan berkaliber daripada hadis-hadis ini dan
dalil-dalil lain, adalah wajib dihukum bunuh orang
murtad sebagai risiko terhadap kemurtadannya.

Orang yang tidak mengakui kedudukan dan fungsi
dalil-dalil tersebut sebagai dalil wajib bunuh ke atas
orang murtad setelah cukup persyaratan hukumnya, serta
menafikan hukum berkenaan, mereka adalah golongan yang
terpesong, tersilap dan terkeluar daripada konsep ahli
sunnah bahkan terkeluar daripada Islam (kafir).

Termasuk golongan murtad itu, mereka yang antihadis
yang hanya mengutamakan atau hanya berpegang kepada
Al-Quran. Golongan ini menyampaikan diayah jahat
mereka menerusi pelbagai media massa sama ada media
cetak atau elektronik. Mereka cuba mempengaruhi
orang-orang yang cetek pengetahuannya mengenai Islam
dengan memaparkan berbagai teori yang mengelirukan
tanpa bersumberkan kepada asas-asas hukum yang
muktabar. Mereka mengutamakan andaian akal mereka
daripada nas-nas syarak. Mereka ini adalah golongan
yang sesat dan menyesatkan.

Termasuk juga yang terkeluar daripada agama Islam itu
mereka yang menghina dan menolak hadis yang telah
disepakati dan diijmahkan oleh ahli hadis tentang
kesahihannya. Ini kerana mengikut para ulama yang
muktabar, di antara sebab yang boleh membawa seseorang
terkeluar daripada Islam (murtad atau menjadi kafir)
termasuklah menghina atau menolak hukum yang telah
diijmakkan umat Islam.

No comments: