Sunday, March 12, 2006

Selamatkan Tulisan Jawi

8 MAC 2006 / 7 SAFAR 1427H

PERLU SEGERAKAN USAHA MENYELAMATKAN
TULISAN JAWI DARIPADA TERKUBUR

Angkatan Belia Islam Malaysia menyambut baik saranan pelbagai pihak menghidupkan kembali Utusan Melayu. Usaha ini perlu disegerakan agar tulisan jawi tidak terus terkubur yang dikuburkan oleh orang Melayu sendiri. Majoriti daripada generasi muda kini tak dapat menguasai tulisan jawi malah ada yang tak ambil peduli langsung tulisan tersebut.

Kemahiran 3M "Membaca, Menulis dan Memahami" dalam tulisan jawi terus terhakis dari generasi ke generasi. Lambat laun tulisan ini mungkin terkubur dan hanya dikenali dalam lipatan sejarah. Tulisan jawi mengalami proses "dikuburkan" kerana massa menganggap ia kurang nilai-nilai komersial walaupun dahulu ianya adalah tulisan rasmi dalam sebarang urusan. Senario yang sama juga bakal terjadi kepada Bahasa Melayu jika tiada tindakan konkrit menanganinya.

Tanggungjawab memelihara tulisan Jawi dan Bahasa Melayu tidak semata-mata suatu tanggungjawab kepada orang Melayu tetapi sbemua bangsa yang bernaung sebagai rakyat Malaysia wajib untuk bertindak proaktif memelihara tulisan jawi dan bahasa Melayu sebagai suatu warisan milik semua. Akhbar Utusan Melayu wajar dimanfaatkan sepenuhnya di sekolah-sekolah sebagai medium pembelajaran. Pendekatan lebih kreatif perlu digunakan bagi menimbulkan minat dikalangan generasi muda. Teknologi terkini boleh dimanfaatkan seperti mewujudkan CD Interaktif dan laman web dalam tulisan jawi.

Tulisan jawi perlu diperluaskan kepada matapelajaran khusus tidak semata-mata hanya dimasukkan dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Pertandingan-pertandingan mengasah bakat serta kemahiran yang ada hubung kait dengan tulisan jawi perlu diperluaskan dan diangkat sebagai pertandingan berprestij di peringkat negara dan nusantara.

Kita harus menghapuskan "mental block" bahawa tulisan jawi adalah semata-mata tulisan untuk unsur-unsur keagamaan sedangkan pada ketika dahulu ia digunakan dengan meluas oleh semua kaum.

Tanggungjawab memelihara tulisan Jawi dan Bahasa Melayu tidak semata-mata suatu tanggungjawab kepada orang Melayu tetapi semua bangsa yang bernaung sebagai rakyat Malaysia wajib untuk bertindak pro aktif memelihara tulisan jawi dan bahasa Melayu sebagai suatu warisan milik semua.

Akhbar Utusan Melayu wajar dimanfaatkan sepenuhnya di sekolah-sekolah sebagai medium pembelajaran. Pendekatan lebih kreatif perlu digunakan bagi menimbulkan minat dikalangan generasi muda. Teknologi terkini boleh dimanfaatkan seperti mewujudkan CD Interaktif dan laman web dalam tulisan jawi.

Tulisan jawi perlu diperluaskan kepada matapelajaran khusus tidak semata-mata hanya dimasukkan dalam matapelajaran Pendidikan Islam. Pertandingan-pertandingan mengasah bakat serta kemahiran yang ada hubung kait dengan tulisan jawi perlu diperluaskan dan diangkat sebagai pertandingan berprestij di peringkat negara dan nusantara.

Kita harus menghapuskan "mental block" bahawa tulisan jawi adalah semata-mata tulisan untuk unsur-unsur keagamaan sedangkan pada ketika dahulu ia digunakan dengan meluas oleh semua kaum. Selain itu, media cetak seperti suratkhabar utama/perdana negara dalam Bahasa Melayu (Contoh: Berita Harian dan Utusan Malaysia) mewujudkan satu muka penuh berita-berita yang ditulis dalam tulisan jawi. Pendekatan yang sama boleh diselitkan dalam akhbar bahasa Inggeris dari segi memperkenalkan kepada masyarakat tulisan tersebut. Â Justeru, ABIM berpandangan kerajaan perlu menubuhkan Majlis Tindakan Mengukuhkan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi yang diselanggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bertindak sebagai Sekretariat. Majlis berkenaan penting bagi mengumpulkan pandangan pelbagai pihak penyusun satu pelan tindakan jangka panjang mengukuhkan bahasa Melayu khususnya untuk semua kaum sebelum ianya mempunyai nisan dan kuburnya sendiri.

Selain itu, media cetak seperti suratkhabar utama/perdana negara dalam Bahasa Melayu (Contoh: Berita Harian dan Utusan Malaysia) mewujudkan satu muka penuh berita-berita yang ditulis dalam tulisan jawi. Pendekatan yang sama boleh diselitkan dalam akhbar bahasa Inggeris dari segi memperkenalkan kepada masyarakat tulisan tersebut.

Justeru, ABIM berpandangan kerajaan perlu menubuhkan Majlis Tindakan Mengukuhkan Bahasa Melayu dan Tulisan Jawi yang diselanggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, bertindak sebagai Sekretariat. Majlis berkenaan penting bagi mengumpulkan pandangan pelbagai pihak penyusun satu pelan tindakan jangka panjang mengukuhkan bahasa Melayu khususnya untuk semua kaum sebelum ianya mempunyai nisan dan kuburnya sendiri.


KHAIRUL ARIFIN MOHD MUNIR

Setiausaha Agung
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

No comments: