Monday, January 02, 2006

Selamat Menyambut Tahun Baru

Ada beberapa perkembangan menarik yang dijangkakan pada tahun ini.

Dari aspek politik negara, ramai peneliti politik tanahair menjangkakan bahawa suhu politik negara akan meningkat dengan penglibatan Anwar Ibrahim secara langsung mulai Mei 2006 di dalam pelbagai isu khususnya isu rasuah dan penyelewengan. PAS pula akan memulakan strategi pilihanraya ke-12 (2008) mulai Mac 2006 (Countdown to General Election). Beberapa dasar dan langkah serta keputusan Kerajaan akan dihalusi dan dikritik. Yang menariknya, wakil-wakil rakyat mungkin tidak akan dilihat sebagai berkesan kerana sistem pilihanraya yang mudah dimanipulasi menyebabkan semakin kurang yang berminat di dalam politik pilihanraya. Manipulasi ini akan menyebabkan rakyat lebih mempercayai penglibatan secara langsung dengan NGOs kerana ini lebih murah kos penglibatannya dan lebih berkesan berbanding jutaan ringgit yang terpaksa dibelanjakan untuk memenangi kerusi pilihanraya.

Dari aspek ekonomi, RMK-9 akan dibentangkan di Parlimen pada April 2006 nanti. Kedudukan kewangan Kerajaan akan dinilai. Negara juga akan menentukan sama ada Dasar Ekonomi Nasional akan diperkenalkan.

Dari aspek sosial, pengalaman pluraliti di Malaysia akan terus diuji sebagaimana tahun-tahun sebelum ini. Isu murtad, pluralisme, agama dalam MyKad, isu antara agama dan seumpamanya akan terus melatari hubungan antara kaum di Malaysia.

Weblog MERDEKA akan cuba membanyakkan analisa terhadap isu-isu ini sebagai satu pentas "policy-advocacy" kepada mereka yang berminat.

"Stay Tuned"

Lentera, 2 Januari 2006

No comments: