Sunday, January 01, 2006

Elakkan kes Moorthy jadi punca ketegangan antara agama

Elakkan kes Moorthy jadi punca ketegangan antara agama
Friday, December 30 2005
EKMAL YUSOF
SEMANGGOL, 30 Dis (Hrkh) - Kerajaan Malaysia diminta bersikap tegas mempertahankan keputusan Mahkamah Syariah negara ini bagi mengelakkan ia terus dipetikaikan.Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Awang merujuk kepada kes Mohamad Abdullah @ M Moorthy yang dijadikan isu apabila mayatnya menjadi rebutan antara Majlis Agama Islam dengan keluarganya yang mempertikaikan Moorthy telah masuk Islam.
"Isu ini kecil sahaja tetapi ia akan merebak dan akan menjadi besar jika kerajaan tidak bertegas mempertahankan perlembagaan yang memberikan hak keputusan Mahkamah Syariah tidak boleh dipertikaikan," kata Ahmad Awang.
Menurutnya, pada tahun 1985 telah diputus! kan, sebarang keputusan di Mahkamah Syariah tidak bolih dipertikaikan oleh mana-mana pihak lagi," kata beliau.
Bantah
Sementara itu, hampir 100 penganut agama bukan Islam berhimpun di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi membantah keputusan mahkamah itu terhadap kes Moorthy.
Majlis menyalakan lilin itu dianjurkan oleh Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism.
Bagi mereka keputusan Mahkamah Tinggi itu seolah-olah tidak memberi peluang kepada penganut bukan Islam menyuarakan pendapat dalam isu yang melibatkan orang Islam dan bukan Islam.
Sedangkan, di Mahkamah Syariah pula mereka tidak ada hak untuk bersuara.
Mahkamah Tinggi (Rayuan Khas) membuat keputusan mereka tidak mempunyai kuasa untuk menilai kembali keputusan samada sesaorang itu Islam atau tidak kerana ia adalah kuasa Mahkamah Syariah.
Mahkamah Tinggi Syariah sebelum ini telah membuat keputusan Mohamad Abdullah @ M Moorthy telah menganut Islam dan hendaklah dikebumikan secara Islam.
Bagaimanapun, isterinya yang masih belum Islam mempertikaikannya dan meminta Mahkamah Tinggi menilai kembali keputusan Mahkamah Syariah itu.
Mohamad @ M Moorthy meninggal minggu lalu selepas koma akibat jatuh dari kerusi rodanya. Bagaimanapun jenazahnya tersadai di Hospital Kuala Lumpur dan tidak dapat dikebumikan kerana perebutan hak itu.
Beliau sebelum itu lumpuh selepas tercedera semasa latihan tenteranya. Moorthy adalah salah seorang pendaki Everest yang pertama dari Malaysia.

No comments: