Sunday, January 01, 2006

Anwar terus dibimbangi, risalah burukkannya diedarkan kepada orang tertentu

Anwar terus dibimbangi, risalah burukkannya diedarkan kepada orang tertentu
Friday, December 30 2005
Risalah ini mula dikesan ketika pilihan raya kecil Pengkalan Pasir di Kelantan baru-baru ini dan kini mula disebarkan ke seluruh negara.
Oleh BASIRON ABDUL WAHAB
TEMERLOH, 30 Dis (Hrkh)-Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesan pengedaran risalah mempertikai pembebaskan Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat oleh Mahkamah Pesekutuan 2 September 2004.Risalah bertajuk 'Anwar bebas namun beliau tetap bersalah meliwat' itu didapati diedar melalui pos dan dihantar kepada individu tertentu dalam naskhah yang banyak dipercayai untuk diedarkan kepada orang ramai.

Penasihat Undang-undang PKR Pahang, Ahmad Nizam Abdul Hamid berkata beliau telah menerima salinan risalah tersebut daripada salah seorang pemimpin Umno Bahagian Temerloh semalam.
Risalah ini mula dikesan ketika pilihan raya kecil Pengkalan Pasir di Kelantan baru-baru ini dan kini mula disebarkan ke seluruh negara.
Antara lain risalah itu menyebut bahawa keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang membebasan dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bukan dengan keputusan sebulat suara.

Dua orang hakim Mahkamah Persekutuan yang membenarkan rayuan Anwar ialah Dato' Abdul Hamid Mohamad dan Tengku Dato' Baharuddin Shah Tengku Hamid.
Risalah itu turut menyelitkan sedutan keputusan hakim Abdul Hamid Mohamad dan hakim Tengku Baharuddin Mahmud yang mengatakan.
Turut diselit ialah sedutan keputusan Hakim Datin Paduka Rahmah Hussain yan! g menolak rayuan Anwar.
Menurut Nizam, pengedaran risalah tersebut membuktikan ada pihak yang tidak senang duduk dengan pembebasan Anwar apa tah lagi Anwar telah mengarahkan peguamnya menyaman bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menuduhnya meliwat.
Kata beliau, pengedaran risalah itu juga menunjukkan pengaruh Anwar masih berbisa sehingga beliau perlu diburuk-burukkan semula.
"Pihak tersebut pastinya risau dan bimbang kalau-kalau rakyat memberi sokongan kepada Anwar sehingga beliau berjaya menerajui Malaysia.
"Kita yakin mereka yang terlibat dalam menyebarkan risalah tersebut adalah mereka yang mempunyai hubungan dengan bekas perdana menteri berdasarkan hujah-hujah yang digunakan mempunyai persamaan dengan apa yang selalu disebut oleh bekas PM itu dan dilapor oleh media," kata Ahmad Nizam.

No comments: