Sunday, March 25, 2007

KES USTAZ MUKHTAR RAMLI

Former AIM MD found guilty of CBT

KUALA LUMPUR: Former Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) managing director Mukhtar Ramli was found guilty of criminal breach of trust involving RM3.8mil belonging to the poverty eradication agency.

A Sessions Court here immediately passed a five-year jail sentence on the former National Archives director-general yesterday.

He will have to spend, at least, the next few days in prison.
This is because judge Akhtar Tahir refused to grant a stay of execution until Mukhtar's lawyers formally filed a notice of appeal.

He shot down counsel Mohd Yaakob Bakanali's request for a stay, saying there was no such thing as an automatic stay of execution.
When the lawyer pressed for an interim stay of execution, the judge again shot back: “There's no s! uch thing as an interim stay.”

When Mohd Yaakob pointed out that allowing an interim stay was a practice, Akhtar replied that he was not following that practice.

Mukhtar, 54, was convicted of five counts of criminal breach of trust involving a total of RM3,874,000 at the AIM office at Jalan Ledang, off Jalan Duta, here.
Earlier, in mitigation, Mohd Yaakob urged the court to release his client on a good behaviour bond, saying he had served the Government for 18 years before joining AIM as managing director in 1995.

He said Mukhtar, who was now without a steady job, received a monthly government pension of RM1,411 and, for additional income, he conducted religious classes after AIM sacked him.



Former AIM M-D jailed 5 years for RM3.8m CBT

KUALA LUMPUR (Jan 11, 2007): Former Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) managing director Mukhtar Ramli was jailed five years by the sessions court here today on five counts of criminal breach of trust involving RM3.8 million.
Judge Akhtar Tahir ruled that the defence had failed to cast a doubt on the prosecution's case and that the offence was not due to technicalities.
He sentenced Mukhtar, 54, to five years jail on each count, and ordered that the sentences run concurrently.

Akhtar fixed Monday (Jan 15, 2007) to hear Mukhtar's application for a stay of execution of the sentence pending appeal and ordered that Mukhtar be sent to Kajang Prison.

In passing sentence, he said Mukhtar had acted arbitrarily in disregard of the set standard and had committed a grave offence which could erode public confidence in the government's efforts to help the people.
He said AIM was set up to help the poor and public officers in! the organisation should be honest and trustworthy so as not to have a negative effect on the poor.

On the first charge, Mukhtar was found guilty of committing CBT of AIM's funds amounting to RM375,000 by purchasing Malaysia Airports Bhd shares without approval from AIM's board of directors or investment committee on Nov 5 and 11, 1999.

The other charges involved the purchase of RM500,000 worth of Asnita shares on Aug 1 and 7, 2000, RM1.5 million worth of Tabung Ittikal shares and RM999,000 worth of Dali Al Ihsan shares on March 13 and 22, 2001, and RM500,000 worth of Dali Al Mizan shares on March 20 and 29, 2001.
All the offences were committed at the AIM office at Lot JKR 3179 &3185, Jalan Ledang off Jalan Duta.

In mitigation, defence counsel Mohamed Yaakob Bakanali asked the court to bind over Mukhtar.

He said Mukhtar had prostate cancer and asthma and needed medical treatment and added that he also had a good service record with the National Archives from 1977 to 1995 before joining AIM.

He said Mukhtar had been jobless since his sacking from AIM and was surviving on his monthly pension of RM1,411 besides giving religious lessons.
Yaakob said the offences occurred due to inadequate conditions and instructions and that Mukhtar had not profited from them.

DPP Nordin Hassan said there was an agreement between the government and AIM that forbade AIM to make any investment, so the offences committed by Mukhtar were not technical in nature because he had refused to get advice and instead ordered the AIM legal adviser to shut up during the board meeting.

Bekas Pengarah Urusan AIM kena 5 tahun

Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Mukhtar Ramli, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah terhadap lima tuduhan pecah amanah membabitkan RM3.8 juta milik AIM.

Hakim Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan kesalahan itu bukan disebabkan faktor teknikal.
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata, badan amal itu ditubuhkan untuk menolong rakyat miskin dan sebarang tindakan penjawat awam akan memberi kesan kepada golongan terbabit.

Oleh itu, katanya, mereka perlu menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan jujur kerana badan itu mendapat bantuan kerajaan.
“Kesalahan ini menunjukkan tertuduh bertindak sewenang-wenangnya tanpa mengikut peraturan. Ia amat serius dan bukan kesalahan teknikal saja seperti didakwa pihak pembelaan.

“Perbuatan tertuduh juga boleh menjejaskan keyakinan orang awam dan imej kerajaan di mata dunia,” katanya sambil berharap hukuman itu menjadi pengajaran bukan saja kepada tertuduh, malah penjawat awam lain.
Mukhtar, 54, yang berkemeja putih dan berseluar gelap serta bersongkok, kelihatan sugul ketika Akhtar menjatuhkan hukuman lima tahun penjara bagi setiap tuduhan itu. Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak.
Terdahulu, ketika mahkamah berhenti rehat lima minit sebelum hukuman dijatuhkan, Mukhtar sambil tersenyum, berkata “Tak apa” kepada peguamnya, Mohd Yaakob Bakanali apabila Akhtar mensabitkannya dengan kesalahan itu. Keluarganya termasuk isteri dan dua anak mereka turut hadir di mahkamah.
Mukhtar didakwa melakukan lima kesalahan itu di pejabat AIM, Lot JKR 3179 & 3185, Jalan Ledang Off Jalan Duta di sini. Setiap tuduhan membawa hukuman maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Dalam rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Mohd Yaakob memohon supaya anak guamnya hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik dengan jumlah jaminan yang munasabah.

Mohd Yaakob berkata, tertuduh yang menghidap kanser prostat dan asma, perlu mendapatkan rawatan doktor setiap tiga bulan.
Katanya, tertuduh mempunyai rekod baik sepanjang memegang jawatan sebagai Pengarah Arkib Negara dari 1977 hingga 1995 sebelum menyertai AIM.

“Selepas tertuduh dipecat dari AIM, dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan bergantung kepada bantuan pencen RM1,411 sebulan dan membuka kelas mengajar agama. “Anak guam saya juga sudah menjalani hukuman tidak langsung bermula dari tarikh dia didakwa hingga sekarang.

“Ia juga menyusahkan hidupnya dan keluarga selain tidak mendapat apa-apa keuntungan dari segi kewangan melalui kesalahan itu,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Nordin Hassan yang memohon supaya Mukhtar dikenakan hukuman setimpal, berkata ada perjanjian antara kerajaan dan AIM yang menyatakan badan itu tidak boleh membuat sebarang pelaburan.

Katanya, kesalahan yang dilakukan Mukhtar bukan kesalahan teknikal kerana beliau enggan mendapatkan nasihat, sebaliknya mengarahkan penasihat undang-undang AIM berdiam diri dalam mesyuarat lembaga AIM.
“Tertuduh patut dikenakan hukuman berat sejajar dengan usaha kerajaan menangani jenayah pecah amanah melalui langkah Parlimen meminda undang-undang bagi membolehkan hukuman lebih berat dikenakan terhadap pesalah,” katanya.

Dalam prosiding semalam juga, Akhtar menetapkan Isnin ini untuk mendengar permohonan tertuduh bagi penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan.


Bekas Pengarah AIM pecah amanah dihukum penjara lima tahun

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Bekas Pengarah Urusan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Mukhtar Ramli dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah didapati bersalah atas lima tuduhan melakukan pecah amanah RM3.8 juta wang milik institusi membasmi kemiskinan itu.
Hakim Akhtar Tahir memerintahkan Mukhtar, 54, dihukum penjara lima tahun bagi setiap tuduhan yang dihadapinya tetapi kesemua hukuman tersebut berjalan serentak mulai hari ini.

Perintah tersebut dikeluarkan selepas beliau memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah bagi kelima-lima tuduhan itu.

Hakim tersebut bagaimanapun menolak permohonan pihak pembela untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman dan sebaliknya menetapkan 15 Januari ini untuk mendengar permohonan itu.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Akhtar menyatakan bahawa sebarang tindakan oleh penjawat awam dalam AIM akan memberi kesan kepada golongan miskin dan termiskin kerana tujuan badan awam itu ditubuhkan adalah untuk membantu golongan tersebut.
‘‘Oleh itu mereka (penjawat awam) perlu jujur, amanah dan mengikut peraturan kerana AIM mendapat bantuan daripada kerajaan
.
‘‘Tindakan tertuduh menunjukkan dia bertindak sewenang-wenangnya tanpa mematuhi peraturan,’’ menurut Akhtar sambil menambah ia bukanlah satu kesalahan teknikal. Perbuatan tertuduh juga, kata hakim, boleh menjejaskan keyakinan orang awam dan imej kerajaan di mata dunia.

Mukhtar yang bersongkok, kelihatan tenang sepanjang keputusan dibacakan oleh Akhtar.

Dia hadir di mahkamah dengan ditemani isteri dan dua orang anaknya. Turut memenuhi galeri awam ialah ahli-ahli Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Mukhtar dibicarakan setelah dia mengaku tidak bersalah atas kelima-lima tuduhan ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 16 Ogos 2002.
Mengikut tuduhan pindaan pertama, dia didakwa melakukan pecah amanah dengan cara melupuskan dana AIM dengan membuat pembelian saham Malaysian Airport Berhad (MAB) berjumlah RM375,000 tanpa kelulusan Lembaga Pengarah atau Jawatankuasa Pelaburan AIM.

Bagi tuduhan pindaan berikutnya, dia didakwa melakukan kesalahan yang sama membabitkan RM500,000 saham ASNITA, RM1.5 juta saham Tabung Ittikal, RM999,000 saham DALI AL IHSAN dan RM500,000 saham DALI AL MIZAN. Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat AIM di Lot JKR 3179 & 3185, Jalan Ledang Off Jalan Duta di sini antara 5 November 1999 dan 29 Mac 2001.

Sepanjang perbicaraan yang bermula pada 31 Januari 2003, sebanyak 23 saksi pendakwa dan lima saksi pembela termasuk tertuduh sendiri telah dipanggil memberi keterangan.

Mohd. Yaacob semasa mengemukakan rayuan meringankan hukuman menyatakan, tertuduh yang merupakan Pengarah Arkib Negara sebelum berkhidmat di AIM, menghidap penyakit kanser prostat dan lelah.
Tertuduh juga, katanya, yang kini mengendalikan kelas pengajaran agama pernah menyertai ABIM untuk memberi khidmat semasa konflik perang Bosnia di negara tersebut.

Memandangkan Mukhtar tidak mendapat sebarang faedah atau keuntungan daripada pelaburan itu, Mohd. Yaacob memohon tertuduh hanya dikenakan bon jaminan berkelakuan baik.

Timbalan Pendakwa Raya, Nordin Hassan yang mengendalikan pendakwaan pula memohon hukuman yang setimpal bagi kesalahan yang melibatkan pecah amanah wang berjumlah RM3.8 juta.

Menurutnya, kesalahan itu adalah serius kerana ia dilakukan oleh pengarah urusan sebuah badan yang ditubuhkan untuk membantu golongan miskin dan termiskin di negara ini.



MAJLIS PENERANGAN KES USTAZ MUKHTAR RAMLI DAN SOLAT HAJAT


TARIKH : 12 JANUARI 2007
MASA : BERMULA DENGAN SOLAT ISYAK BERJAMAAH
TEMPAT : SURAU ANJUNG RAHMAT, BATU 6, JALAN GOMBAK,

No comments: