Saturday, July 29, 2006

Tanah Melayu tergadai, wakil rakyat Umno tidak endah

Tanah Melayu tergadai, wakil rakyat Umno tidak endah
Thu Jul 27, 06 01:23:50 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Hrkh) - Perjuangan Umno yang kononnya membela bangsa Melayu hari ini tidak boleh diharapkan lagi, segala keistimewaan Melayu yang kononnya diperjuang pertubuhan politik ini hanya 'indah khabar dari rupa'.


Banyak isu membabitkan kepentingan rakyat yang perlu diperjuangkan tidak terlaksana kerana bertindan dengan kepentingan peribadi melalui projek tertentu atas nama kemajuan dan pembangunan.


Hari ini ada sahaja laporan yang menyebut, tanah Melayu diambil untuk projek tertentu yang diberi kepada pemaju bukan Bumiputera.


Nasib yang sama menimpa penduduk Kampung Permatang Pasir, Linggi Negeri Sembilan. Atas nama kemajuan yang 'tidak rasional', satu perempat dari tanah tapak rumah kebanyakan milik penduduk Melayu di sepanjang jalan Kampung Permatang Pasir akan diambil oleh pihak berkuasa untuk projek naik taraf jalan Linggi, Pengkalan Kempas hingga ke Melaka.


Projek tersebut telah dimulakan di jajaran jalan Pekan Linggi hingga ke Pengkalan Kempas sejak sebulan lalu.Berapa penduduk yang ditemui Harakahdaily semalam merungut kerana pengambilan tanah tradisi yang diperturun dari nenek moyang mereka kini dalam bahaya untuk diserahkan kepada pemaju bukan Bumiputera.


Tiada perbincangan
Seorang penduduk, Suhaimi Zubir (mewakili pemilik tanah yang juga ibunya, Saerah Mahmod) berkata, penduduk telah menerima satu notis pemberitahuan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 (seksyen 11) dari Pentadbir Tanah Daerah Port Dickson pada 10 November 2005.


Dalam pemberitahuan tersebut pentadbir memberitahu satu sesi perbincangan mengenai urusan pengambilan akan diadakan pada 14 Disember 2005 di Bilik Gerakan Pejabat Tanah Port Dickson, katanya.


Beliau berkata demikian semalam ketika ditemui wakil Harakahdaily yang berkunjung ke Kampung tersebut bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkifli Mohammed Omar.


Zulkifli bergegas ke tempat tersebut setelah Suhaimi menelefonnya bagi meminta bantuan menyelesaikan masalah tersebut setelah aduan penduduk kepada wakil rakyat lansung tidak diendahkan.


Menurut Suhaimi beliau (mewakili ibu yang uzur) hadir dalam perbincangan tersebut, penduduk tidakpun diberi kesempatan untuk berbincang sebaliknya hanya menerima arahan dari pentadbir tanah, katanya.


"Kami cuba membawa sesi itu kepada perbincangan tetapi segala persoalan kami tidak dijawab oleh pentadbir tanah, malah dengan angkuh pentadbir tanah menyatakan segalanya adalah Akta Rahsia dan tidak boleh didedah kepada umum," katanya.


Tanah bergeran milik Melayu
Menurut Suhaimi, tanah yang mahu diambil adalah tanah bergeran yang dibayar cukainya setiap tahun, dan tanah tersebut juga adalah tanah milik Melayu di kawasan yang parlimennya dimiliki oleh kaum bukan Melayu.


"Kami ada membuat rayuan kepada wakil rakyat Permatang Pasir (Umno), Haji Ismail Taib untuk membincangkan soal pengambilan tanah, bagaimanapun wakil rakyat tidak mengendahkan permintaan untuk bertemu," katanya.


Selepas itu pada 18 Januari 2006, satu lagi notis yang disertakan dengan nilai wang pampasan atas pengambilan tanah diserah pejabat tanah daerah kepada penduduk, katanya.


Setelah meneliti Borang H, Akta Pengambilan Tanah 1960 itu, Suhaimi melihat, segala pampasan pengambilan tanah yang ditulis kononnya atas dasar persetujuan dalam perbincangan terdahulu (14 Disember 2005) adalah satu penganiayaan kepada bangsa Melayu, katanya.


Pampasan tidak setimpal
Menurut beliau, pampasan yang dijadualkan akan diberi berikutan pengambilan tanah milik ibunya hanya berjumlah RM17,415 sedangkan jika mengikut penilaian, jumlah tersebut tidak memadai.


"Ruang rumah ibu saya hampir satu perempat diambil.Jika pengambilan diteruskan secara paksa bermakna, rumah kami terpaksa dialih ke belakang bagi mengelak jarak yang terlalu dekat dengan kawasan pembinaan.Ini memberi kesan buruk kepada kami,Ini akan menambahkan kos pembinaan." katanya.


Jika projek itu diteruskan penduduk setidak-tidaknya terpaksa membina semula sebahagian besar rumah terutamanya bahagian hadapan yang terlibat dengan bahagian tepi projek tersebut, katanya.


Sementara melihat kepada kos bahagian rumah yang diambil termasuk pagar, jalan masuk, tanah dan binaan lain yang terdapat dihadapan rumah, jumlah pampasan yang diberi tidak memadai dengan kerugian yang ditanggung, katanya.


"Penilaian yang sewajarnya tidak pernah dibuat, malah pegawai yang dapat membuat 'survey' hanya membuat tinjauan dari tepi jalan dan bukannya berbincang atau masuk ke dalam kawasan yang mahu diambil," katanya.


Pada 14 Julai 2006, penduduk dikejutkan lagi dengan satu notis arahan dari pemaju, HBA Sdn Bhd yang ditandatangani oleh wakil Pengurus Pembinaan HBA, Tan Kim Meng, katanya.


Pemaju paksa pindah
Dalam notis tersebut Suhaimi berkata, pemaju mahu penduduk yang terlibat dengan kawasan projek segera mengalih, meroboh dan memusnahkan apa juga binaan yang terdapat dalam jajaran kawasan tapak projek.


"Inilah notis yang membuatkan hampir semua penduduk yang terlibat dengan pengambilan tanah marah.Adakah patut pemaju yang bukan berbangsa Melayu ini berani menyerah notis kepada penduduk tanpa terlebih dahulu berbincang dengan kami.Ini sikap kurang ajar," katanya.


Sementara itu, seorang lagi penduduk, Abdul Karim Sarip pula mendakwa, nasib beliau lebih malang dari pemilik tanah yang lain.


"Tanah yang nak diambil ikut jadual yang diberi betul-betul satu kaki dari bahagian hadapan rumah pak cik.Apa ni, ini menyusahkan pak cik.Sampai ke kiamatlah hidup pak cik merana jika tanah ini diambil.Mana pak cik nak duduk jika jalan raya betul-betul berada sekaki dari rumah pak cik.Ini membahayakan kami," katanya.


Malah lebih malang, bilik mandi yang dibinanya di bahagian hadapan rumah turut akan menjadi korban projek tersebut, katanya.


Apabila beliau meminta penjelasan dari pegawai tanah daerah yang terlibat, pegawai tersebut sebaliknya mengarahkan Abdul Karim mandi sahaja di sungai, dan mengalihkan struktur rumahnya ke belakang, katanya.


"Demi kerana projek untuk mengkayakan kroni dan bangsa lain, orang Melayu sanggup jadi 'pak turut' untuk mengusir bangsanya dari tanah milik sendiri," katanya.


Wakil rakyat tidak boleh diharap
Mengikut notis yang ditunjuk Abdul Karim kepada krew Harakahdaily, pampasan yang akan dibayar berjumlah RM19,630 sedangkan nilai kerugian dan nilai tanah jauh lebih tinggi dari nilai pampasan tersebut.


Sambil melahirkan rasa kesal kepada sikap wakil rakyat yang lansung tidak memperdulikan masalah itu beliau menyelar sikap pemimpin Umno lansung tidak dapat mempertahankan hak bangsa Melayu, katanya.


"Inilah sikap wakil rakyat kami di sini.Masa mengundi bukan main lembut lagi, turun padang jumpa kamiPelbagai janji ditabur, tetapi selepas pilihan raya semuanya hilang, malah hak kami turut tergadai kerana kepentingan peribadi," katanya.


Menurut seorang lagi penduduk Ramlah Zubir yang menetap disitu lebih 30 tahun, beliau tidak nampak rasionalnya menaiktaraf jalan tersebut sebagai jalan utama menghubungkan Linggi ke Melaka.


Malah untuk membesarkan jalan tersebut, pihak pemaju atau pihak berkuasa yang terbabit tidak perlu untuk mengambil sebahagian tanah tapak rumah kami kerana ruang di antara jalan dan bahu jalan masih besar.


"Jika nak ambil sedikit kami tak kisah, tetapi sampai satu perempat, dan ada yang dengan rumah-rumah sekali terlibat,Ini menganiaya" katanya.



Jika dilihat dari aliran kenderaan yang cukup kurang melalui jalan tersebut, tidak menampakkan rasional bahawa perlunya jalan tersebut dibesarkan lagi hingga memakan sebahagian besar tanah milik orang kampung, katanya yang juga bekas tenaga pengajar Kemas di kampung berkenaan.


Sedangkan jalan lain yang menghubungkan antara Linggi ke Melaka terlalu banyak malah Lebuh raya Utara Selatan adalah jalan yang paling cepat dan mudah menghubungkan dua kawasan berjiran itu.


Kesal dengan insiden yang menimpa penyokong Umno itu Zulkifli berjanji akan memberi bantuan termasuk menghebahkan kepada media isu tersebut.


"Saya akan cuba membantu sedaya mampu demi mempertahankan hak orang Melayu.Nak harap pemimpin Umno, mereka ada kepentingan peribadi," katanya.


Sambil meminta komitmen yang jitu dari penduduk untuk memperjuang isu itu Zulkifli berkata, beliau juga akan bertemu dengan pihak berkuasa untuk membincangkan isu tersebut. - mks.

4 comments:

Anonymous said...

[u][b]Xrumer[/b][/u]

[b]Xrumer SEO Professionals

As Xrumer experts, we secure been using [url=http://www.xrumer-seo.com]Xrumer[/url] fitted a wish time conditions and recollect how to harness the colossal power of Xrumer and turn it into a Cash machine.

We also provender the cheapest prices on the market. Many competitors desire cost 2x or temperate 3x and a destiny of the term 5x what we responsibility you. But we believe in providing prominent service at a debilitated affordable rate. The entire point of purchasing Xrumer blasts is because it is a cheaper variant to buying Xrumer. So we focusing to abide by that thought in rebuke and yield you with the cheapest standing possible.

Not just do we have the greatest prices but our turnaround in the good old days b simultaneously for the treatment of your Xrumer posting is super fast. We compel have your posting done to come you distinguish it.

We also outfit you with a ample log of loaded posts on contrary forums. So that you can get the idea for yourself the power of Xrumer and how we get harnessed it to help your site.[/b]


[b]Search Engine Optimization

Using Xrumer you can expect to realize thousands upon thousands of backlinks in behalf of your site. Scads of the forums that your Location you force be posted on bear exalted PageRank. Having your link on these sites can deep down help strengthen up some top-grade dignity endorse links and uncommonly riding-boot your Alexa Rating and Google PageRank rating via the roof.

This is making your site more and more popular. And with this increase in regard as well as PageRank you can envisage to appreciate your site absolutely downright high-pitched in those Search Engine Results.
Transport

The amount of transportation that can be obtained by harnessing the power of Xrumer is enormous. You are publishing your site to tens of thousands of forums. With our higher packages you may regular be publishing your site to HUNDREDS of THOUSANDS of forums. Ponder 1 post on a all the rage forum will inveterately cotton on to a leave 1000 or so views, with say 100 of those people visiting your site. Now assume tens of thousands of posts on popular forums all getting 1000 views each. Your freight will go through the roof.

These are all targeted visitors that are interested or singular far your site. Assume how assorted sales or leads you can achieve with this great gang of targeted visitors. You are truly stumbling upon a goldmine primed to be picked and profited from.

Keep in mind, Above is Money.
[/b]

BECOME ENTHUSIASTIC ABOUT YOUR CHEAP ERUPTION TODAY:


http://www.xrumer-seo.com

Anonymous said...

Infatuation casinos? catechize this untested [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] advisor and aside online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also look after our lately [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] announce something at http://freecasinogames2010.webs.com and burgeon the exhort pucka folding folding money !
another late-model [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] bond is www.ttittancasino.com , because german gamblers, turn freed online casino bonus.

Anonymous said...

Making money on the internet is easy in the hush-hush world of [URL=http://www.www.blackhatmoneymaker.com]blackhat code[/URL], Don’t feel silly if you don't know what blackhat is. Blackhat marketing uses alternative or misunderstood avenues to build an income online.

Anonymous said...

In Bronze Star Medal to billet at up your payday loan actors and to website and left wondering what you'd just read. [url=http://paydayloansdepr.co.uk]instant pay day loans[/url] If you ignore this rule of thumb, you will achieve to accumulate the risk of antagonistic accept borrowers. There is no and candle or accident that the accurate Adamite will adjustment down your ask for.