Monday, January 07, 2008

Kekurangan bekalan, catuan, petanda minyak masak akan naik harga - Dr Mariah

Jan 06, 08

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Hrkh) - Kekurangan bekalan minyak masak di pasaran
merupakan taktik dan amaran awal untuk menaikan harganya, kata
Pengerusi Lajnah dan Alam Sekitar, Dr Siti Mariah Mahmud.

Oleh sebab itu kataya, kerajaan perlu arif mengkaji faktor kekurangan
bekalan tersebut.

Katanya, ia dibimbangi berlaku seperti bekalan gula seketika dulu di mana
pembekal dan pengilang bercadang untuk menaikkan harganya.

Malah katanya, walaupun kerajaan mencatukan pembelian barangan tersebut
tetapi ia hanya bersifat sementara.

"Jika disebabkan minyak itu disorok tetapi jika kerajaan berkeras untuk
tidak menaikan harganya mereka terpaksa lepaskan juga.

Oleh itu katanya, kerajaan kena bertahan dan jangan sekali-kali melayan
permintaan untuk menaikkan harga minyak yang merupakan barangan kawalan
itu.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP), Dato' Mohd. Shafie Apdal dipetik akhbar sebagai berkata
bahawa kerajaan menghadkan pembelian minyak masak maksimum lima
kilogram seorang mulai minggu depan, bagi menangani masalah kekurangan
bekalan yang semakin meruncing.

Sementara itu hari ini, Timbalam Perdana Menteri, Dato'Seri Najib Tun
Razak dipetik berkata, pembelian panik oleh pengguna dan tindakan
segelintir peniaga menyorok bekalan menjadi punca minyak masak kurang
dan sukar diperolehi di pasaran.

Justeru keputusan kerajaan mencatu jualan minyak masak kepada hanya lima
kilogram setiap pembeli, menurut Timbalan Perdana Menteri, bertujuan
menangani masalah itu.

Dalam pada itu Dr Mariah berkata, catuan tersebut tidak menyelesaikan
masalah sebaliknya hanya bagi mengelakkan minyak tidak cepat habis di
kedai-kedai.

"Kalau dia naikkan juga harganya lama mana sangat rakyat boleh bertahan
dan kerana itu saya nasihatkan rakyat mengurangkan penggunaan minyak
dan apabila semua orang bertindak demikian dengan sendirinya harganya
akan jatuh," katanya. - mns -->

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: