Friday, January 11, 2008

"Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di
dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang
tidak beragama merasa lebih sengsara" -(Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

" Jangan engkau bersahabat dengan sahabat yang mana dia begitu
berharap kepada engkau ketika mahu menyelesaikan masalahnya sahaja
sedangkan apabila masalah atau hajatnya telah selesai maka dia
memutuskan kemanisan persahabatan. Bersahabatlah dengan mereka yang
mempunyai ketinggian dalam melakukan kebaikan, memenuhi janji dalam
perkara yang benar, memberi pertolongan kepada engkau serta memadai
dengan amanahnya atau sikap bertanggungjawabnya terhadap engkau. "
-Imam Umar bin Abdul Aziz


Adik perempuan kena rogol.

"Abang hanya melihat dengan keseronokan adik perempuan mereka dicabul
kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri."

Pada suatu hari yang nyaman, dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa,
sebuah
keluarga besar telah pergi piknik di tepi pantai. Keluarga ini merupakan
keluarga yang kaya raya. Ada tauke balak, ada tauke minyak, ada tauke
minyak sawit, ada tauke getah, ada tauke emas dan macam- macam lagi.
Namun,
tidak mungkin dalam satu bakul buah itu, semuanya elok, pasti ada jugak
yang busuk.


Sebenarnya kehidupan adik-beradik ini mula goyah selepas bapa mereka
dibunuh secara kejam di Turki. Kehidupan mereka mula bertelagah sesama
sendiri. Bagi abang-abang yang kaya, mereka melupakan adik- adik mereka
yang miskin. Bagi adik-adik yang mula belajar hidup berdikari, maka
berusahalah mereka membantu adik-adik yang miskin itu semampunya sambil
menempelak abang-abang mereka yang mula lupa diri.


Satu hari, semasa keluarga ini berpiknik, seorang adik perempuan mereka
telah diculik dan telah dicabul dengan kejam. Perlakuan ini berlaku di
depan khemah abang-abang yang kaya ini. Pencabulan si adik
itu dilakukan oleh sekumpulan pendatang haram yang suka membuat kacau
kehidupan orang lain. Adik-adik yang lemah ini hanya mampu memandang
dengan
kesayuan. Tetapi si abang-abang hanya melihat dengan keseronokan adik
perempuan mereka dicabul kehormatannya di hadapan khemah mereka sendiri.


Tidak lama selepas itu pula, salah seorang adik lelaki mereka pula telah
lemas dihanyut ombak. Salah seorang daripada mereka cuba menyelamatkan si
adik yang lemas itu tetapi dihalang oleh abang atas alasan, marilah bawak
berbincang dahulu. Jangan terburu-buru, bahaya. Akhirnya, di saat adik
perempuan mereka diratah dengan penuh nafsu oleh sekumpulan pendatang
haram
itu, dan adik lelaki pula hampir kelemasan di tengah lautan, mereka telah
duduk berbincang sambil makan makanan yang mewah-mewah dan minuman yang
lazat-lazat.


Tajuk persidangan kita hari ini adalah, "Cara-cara menyelamatkan adik
perempuan yang dirogol dan adik lelaki yang kelemasan." Itulah kata
si abang sulung selaku pengerusi majlis.


Adik-adik yang lebih muda dengan bersemangat hendak terus bergocoh>dengan
pendatang-pendatang haram tersebut, dan juga tanpa
menghiraukan keselamatan, ingin sahaja terus menyelamatkan adik
lelaki mereka yang semakin kelemasan itu. Tetapi dengan tenang si
abang-abang berkata,"Inilah orang muda, suka sangat ikut perasaan.


Cuba sikit hormat orang tua. Kita ambik jalan yang lebih berdiplomasi."
Akhirnya, si abang berjumpa dengan ketua pendatang haram tersebut.
"Ini resolusi kami. Jangan rogol adik kami lagi. Kalau nak sangat tubuh
adik kami pun, cuba hentikan rogol tu dulu. Kita buat gencatan nafsu."
Maka
mereka pun berbincang. Sambil berbincang itu, pencabulan terhadap adik
perempuan itu masih berjalan sambil ditonton oleh adik- beradik yang lain.


Tentang si adik lelaki yang kelemasan, seorang dari mereka cuba
mendapatkan
bot penyelamat, tapi dihalang oleh abang yang lain.
"Hoi monyet...senyaplah... pengkhianat!" Getus hati si adik yang tidak
puas
hati kerana bot penyelamat yang ada telah dibocorkan oleh abang-abang
mereka.


Akhirnya adik-adik berdarah muda telah diketepikan. Bagi si abang, adik
berdarah muda merosakkan keadaan sahaja. Adik-adik muda ada yang dikenakan
akta Ikut Suka Aku, dikhatankan buat kali kedua, dirosakkan
khemahnya dan pelbagai lagi. Manakala, adik-adik perempuan muda pula
ditakut-takutkan akan hilang kehormatannya.


Keadaan semakin genting. Adik-beradik tadi melakukan mesyuarat kununnya
tergempar pula. Kali ni mereka agak sepakat. "Kami mengutuk
sekeras-kerasnya tindakan pendatang haram mencabul adik perempuan kami."

"Selamatkan adik kami yang kelemasan."


Tetapi mereka hanya memasang banner di sepanjang pantai tersebut. Dengan
harapan, ada orang yang akan membantu mereka. Adik perempuan mereka
semakin
terus dicabul. Pakaian adik perempuan mereka sudah tidak ada lagi di
tubuh.
Adik-beradik tadi hanya terus menonton drama cabul mencabul itu dari dekat
selepas bermesyuarat yang kununnya tergempar itu.


Adik lelaki mereka pula sekiranya tadi tangannya kelihatan, kini
seolah-olah sudah hampir mati. Hanya menunggu malaikat maut datang
mengambil nyawa. Lalu, diangkatlah lagi banner "Selamatkanlah adik kami
yang kelemasan" setinggi-tingginya dengan harapan ada orang lain yang
membantu.


Bila melihat banner itu tidak berkesan. Mereka bermesyuarat lagi. Dan
mereka mengeluarkan banner yang baru. Yang lebih cantik dan mahal. Adik
perempuan terus dinodai. Adik lelaki sudah semakin hanyut di tengah
lautan... adik-beradik lain pula terus bermesyuarat dan mesyuarat untuk
menghasilkan banner dengan wording yang lebih menarik....


Itulah kisah keluarga besar di satu tempat yang dirahsiakan namanya.


catatan :


+ adik perempuan itu bernama Palestin.

+ adik lelaki itu bernama Iraq

+ abang-abang itu NEGARA MALAYSIA ( Pengerusi OIC) & negara-negara Arab
yang kaya raya

+ adik-adik yang senyap itu negara umat Islam yang membangun / mundur.

+ adik-adik yang berdarah muda itu gerakan-gerakan Islam

+ mesyuarat itu pula ada mesyuarat OIC


----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: