Saturday, July 28, 2007

JEMPUTAN SEMINAR SEMPENA MUKTAMAR KE 36 ABIM

SEMINAR ISLAM DAN CABARAN SEMASA
ANALISIS KEDUDUKAN ISLAM DI MALAYSIA PASCA 50 TAHUN KEMERDEKAAN

Sempena
Muktamar Sanawi Ke-36 Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) "KETEGUHAN
ISLAM TERAS KEMAKMURAN NEGARA" Tarikh : 18 Ogos 2007
bersamaan 5 Syaaban 1428H (Sabtu)Masa : 8:00 pagi –
5:00 petang Tempat : Dewan Seri Bestari,
Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur ,
Menjalara, Kepong, Kuala LumpurAnjuran : Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) Seminar ini membariskan tajuk-tajuk semasa yang akan
dikupas oleh pakar peneliti yang terlibat langsung dengan isu-isu semasa
berkaitan Islam dan kedaulatannya di Malaysia (Sila rujuk tajuk dan
atucara seminar di bawah) Kenapa anda perlu hadir ke seminar ini?
Hakikat sejarah sememangnya mengiktiraf peranan dan sumbangan Islam
sebagai agen perubah kepada masyarakat dan tamadun Alam Melayu. Sejak
zaman kesultanan Melayu Melaka sehingga berakhirnya penjajahan Inggeris
pada tanggal 31 Ogos 1957, Islam terus kekal relevan dalam konsep dan
amalan bernegara di Malaysia. Kedaulatan Islam dalam perlembagaan
misalnya, jelas terserlah dengan permartabatan Islam sebagai agama rasmi
negara, pengukuhan kedudukan mahkamah syariah dalam sistem perundangan
negara dan pelbagai lagi peruntukan yang menjamin kedudukan Islam di
Malaysia. Proses Islamisasi yang rancak dilaksanakan sejak kemerdekaan
negara tampak lebih terjelma dengan tegak berdirinya institusi Islam
dalam sistem pendidikan, kewangan, sosio-ekonomi, politik dan
sebagainya. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini, tampak semakin
jelas usaha-usaha sesetengah individu dan kelompok tertentu untuk
merungkai kembali proses Islamisasi yang berjalan sejak sekian lama.
Kelompok ini yang muncul dalam pelbagai wadah secara agresif dan
konfrontasi dengan sewenangnya mencabar kedudukan Islam dalam
perlembagaan, pelaksanaan undang-undang syariah dan moral serta
mencampuri urusan agama umat Islam untuk menjayakan agenda
de-Islamisasi, liberalisasi dan sekularisme. Berlatarbelakangkan
cabaran-cabaran inilah "Seminar Islam dan Cabaran Semasa : Analisis
Islam Di Malaysia Pasca 50 Tahun Kemerdekaan" ini berhasrat untuk
meninjau proses Islamisasi di Malaysia pasca kemerdekaan dan mendepani
realiti serta cabaran semasa yang berkaitan kedudukan Islam di negara
ini. ý OBJEKTIF i. Membincangkan
idea-idea semasa seperti kedudukan agama Islam, bangsa, bahasa dan
kebudayaan Melayu serta perpaduan nasional dalam pembangunan Malaysia
pasca 50 tahun kemerdekaan. ii. Membantu ABIM
mendepani realiti semasa bagi melaksanakan tanggungjawab dakwah dan
memelihara kedudukan Islam di Malaysia Malaysia. iii.
Mendidik generasi muda agar menginsafi hakikat kemerdekaan negara serta
kedudukan istimewa Islam di Malaysia daripada persepektif sejarah dan
realiti semasa. Bagaimana Menyertainya? Penyertaan untuk seminar ini
ditujukan kepada pertubuhan-pertubuh an belia, mahasiswa, pertubuhan
bukan kerajaan dan masyarakat umum, pimpinan masyarakat, agensi agama
Islam, Jabatan Agama Islam Negeri, Pejabat Mufti, pegawai masjid
pegawai-pegawai kerajaan, pengamal dan penguatkuasa undang-undang
syariah ,pensyarah dan para guru serta mana-mana individu-individu yang
berminat. Maklumat lanjut berkaitan seminar serta yuran bayaran sila
rujuk kepada :- Sekretariat Seminar Islam dan Cabaran Semasa, Angkatan
Belia Islam Malaysia\Bt.6 Jalan Gombak, 53 100 Kuala Lumpur 03 61880300
(Cik Suhaida) atau 016 2068700 (En.Raimi/En. Hamim) Laman web ABIM :
www.abim.org. my <http://www.abim.org.my/> . E – mel :
seminar_1428h@ yahoo.com
<http://us.f326.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=seminar_1428h@yahoo.com> ,
atau seminar@abim. org.my
<http://us.f326.mail.yahoo.com/ym/Compose?To=seminar@abim.org.my>
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
--------- --------- --------- ------- ATUCARA SEMINAR *Senarai
pembentang tertakluk kepada sebarang perubahan akhir 07:45 – 09:00
pagi Pendaftaran Peserta Seminar 09:15-10:30 pagi Ucapan
Dasar Presiden dan Majlis Perasmian Seminar dan Muktamar Sanawi ke-36
Angkatan Belia Islam Malaysia Tn. Hj.
Yusri Mohamad Presiden
Angkatan Belia Islam Malaysia 10:30-10:50 pagi Rehat dan minum
pagi 10:50 pagi-12:00 Slot 1t.hariPenilaian Terhadap Proses
Islamisasi di Malaysia : Hakikat Sejarah dan Realiti Semasa Pembentang
: Prof. Dr. Wan Mohd.Noor Wan Daud
Profesor, Institut Antarabangsa
Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) 12:00–1:00 petang Slot 2
Satu Bangsa, Satu Agama, Dua Negara : Perbandingan dan Analisis Kritis
Kedudukan Islam di Indonesia dan Malaysia Pembentang : Sdr. Adian
Husaini Institut Kajian Pemikiran dan
Tamadun Islam (INSIST), Jakarta . 1:00-2:00 petang Makan tengahari dan
Solat Zuhur 2:00 – 4:45 petang Slot 3 Analisis Kedudukan Islam
dalam Konteks Masyarakat Majmuk di Malaysia : Sorotan Aspek Agama,
Budaya, Perundangan dan Perpaduan Pembentang : 1. Dr. Muhammad Nur
Manuty Timbalan Presiden, Wadah
Penderdasan Umat (WADAH)
2. Dr. Mohd Nor Nawawi Pengarah Bersama
Pusat Kajian Moderniti dan Masyarakat Sivil (CESMACS) 3. Tn. Hj.
Pawanchek Merican Pengamal Undang-Undang Sivil dan Syariah
4. Prof. Dr. Abdul Aziz Bari Profesor
Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia. 4:45 -5:00 petang Resolusi dan Majlis Penutup 9:00 - 11:00
malam Forum Khas Sempena Kemerdekaan : "Islam dan
Penghayatan Kemerdekaan" Tempat :
Dewan Masjid Al Jamek Al Ghazali, Menjalara,
Kepong, Kuala Lumpur Masa : 9:00
malam *Penyertaan adalah terbuka dan
percuma. Panelis :
1. Dato' Dr. Siddiq Fadzil
Presiden Kolej Dar- al Hikmah 2. Tn.
Hj. Yusri Mohamad Presiden ABIM
* Gerai jualan, pameran dan pemeriksaan kesihatan percuma akan
berlangsung sepanjang seminar diadakan.

----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my

No comments: