Monday, July 30, 2007

FW: teka-teki imam ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau
bertanya:

Imam Ghazali = "Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1 = "Orang tua"
Murid 2 = "Guru"
Murid 3 = "Teman"
Murid 4 = "Kaum kerabat"
Imam Ghazali = "Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan
kita ialah *MATI*. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa
pasti
akan mati (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = "Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?"
Murid 1 = "Negeri Cina"
Murid 2 = "Bulan"
Murid 3 = "Matahari"
Murid 4 = "Bintang-bintang"
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah
*MASA LALU*. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak
akan
Dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari
ini,
hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai
dengan
ajaran Agama".

Imam Ghazali = "Apa yang paling besar didunia ini?"
Murid 1 = "Gunung"
Murid 2 = "Matahari"
Murid 3 = "Bumi"
Imam Ghazali = "Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah
*HAWA NAFSU* (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan
nafsu
kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI: "Apa yang paling berat di dunia?"
Murid 1 = "Baja"
Murid 2 = "Besi"
Murid 3 = "Gajah"
Imam Ghazali = "Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah *MEMEGANG
AMANAH* (Surah Al-Azab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan
malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi
khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya
berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia
masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = "Apa yang paling ringan di dunia ini?"
Murid 1 = "Kapas"
Murid 2 = "Angin"
Murid 3 = "Debu"
Murid 4 = "Daun-daun"
Imam Ghazali = "Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan
sekali di dunia ini adalah *MENINGGALKAN SOLAT*. Gara-gara pekerjaan
kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat"

Imam Ghazali = "Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?"
Murid- Murid dengan serentak menjawab = "Pedang".
Imam Ghazali = "Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini
adalah *LIDAH MANUSIA*. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya
menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri"

"Sampaikanlah walau satu ayat".


DISCLAIMER : This e-mail and any files transmitted with it ("Message") is intended only for the use of the recipient(s) named above and may contain confidential information. You are hereby notified that the taking of any action in reliance upon, or any review, retransmission, dissemination, distribution, printing or copying of this Message or any part thereof by anyone other than the intended recipient(s) is strictly prohibited. If you have received this Message in error, you should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate to the official business of PETRONAS or its Group of Companies shall be understood as neither given nor endorsed by PETRONAS or any of the companies within the Group.

No comments: