Monday, November 07, 2011
Saturday, November 05, 2011
Fwd: [cesmacs] KENYATAAN BERSAMA ABIM-PKPIM-WADAH MENGENAI ISU PELAKSANAAN HUKUM HUDUD
KENYATAAN BERSAMAABIM-PKPIM-WADAH
MENGENAI ISU PELAKSANAAN HUKUM HUDUD
Rangkaian gerakan Islam ABIM-PKPIM-WADAH merakamkan rasa terganggu dan terkilan dengan gejala sikap kurang bertanggungjawab dalam menyikapi isu hudud yang kembali dipolemikkan dan dipolitikkan sebagaimana tercermin dalam kenyataan-kenyataan pelbagai pihak, termasuk yang mengeksploitasikannya dengan motif semata-mata untuk kepentingan politik sempit, juga yang menanggapinya secara dangkal, nakal dan provokatif. Isu penting dan berimplikasi besar ini seharusnya ditanggapi dan disikapi dengan rasa tanggungjawab keagamaan, amanah keilmuan, dan kesedaran kewarganegaraan sesuai dengan nilai-nilai budaya bangsa yang bertamadun dan beradab.
Bagi kaum Muslimin yang menginsafi hakikat bahawa al-Islam adalah al-din yang harus diterima secara kaffah, utuh dan menyeluruh (`aqidah dan syariatnya), pelaksanaan hukum hudud adalah suatu tanggungjawab keagamaan. Justeru, ia adalah bahagian daripada undang-undang jenayah (al-`uqubat) yang menjadi salah satu komponen utama syari`at Islam. Demikianlah hakikatnya, pelaksanaan hukum hudud harus dilihat sebagai bahagian integral daripada proses pelaksanaan syari`at (tatbiq al-shari`ah) keseluruhannya, meliputi segala bidang cakupannya. Syari`at adalah cara hidup yang lengkap (the complete way of life) yang mengatur segala dimensi kehidupan manusia: hubungannya dengan Tuhan dan hubungannya dengan sesama manusia sebagaimana yang diperincikan dalam pelbagai disiplin ilmu seperti `ibadat, munakahat, mu`amalat dan jinayat. Dengan demikian konsep pelaksanaan syari`at harus difahami dalam pengertian luas, termasuk dimensi hukum-hakamnya, semangatnya, akhlaknya, dan maqasidnya iaitu objektif pemeliharaan agama, jiwa, akal, keturunan dan harta. Malang sekali andainya pelaksanaan syari`at direduksikan menjadi hanya sekadar hukum "potong tangan" dan "rejam".
Dalam menyikapi hukum Ilahi (termasuk hudud) umat Islam tidak mempunyai pilihan selain patuh (sami`na wa ata`na), menepati ikrar raditu bi 'Llahi Rabban (aku redha dengan Allah sebagai Tuhan) yang berimplikasi kerelaan menerima hukum-hakam-Nya, dan pengakuan bahawa ia adalah hukum yang terbaik dan teradil. Dalam hal ini akal manusia harus tunduk kepada wahyu, menerima hukum Tuhan seadanya, bukan memandai-mandai memperlekeh dan mempersenda hukum yang telah ditanzilkan oleh Tuhan Ahkam al-hakimin sebagai hukum yang barbaric dan zalim. Manusia mukmin sebijak mana pun seharusnya menerima hakikat bahawa Tuhanlah yang Maha Tahu apa yang membawa kebaikan dan apa yang membawa keburukan (…ya`lamu al-mufsida min al-muslih). Apa yang ditentukan oleh Tuhan, itulah keadilan. Tuhan tidak berkepentingan ketika menentukan sesuatu hukum, tidak seperti manusia yang selalu membuat peraturan-peraturan yang didasari motif memelihara kepentingan diri dan kelompok.
Ternyata penerimaan terhadap syari`at (termasuk hukum hudud) sangat terkait dengan `aqidah atau iman. Justeru, memang syari`at selamanya tegak di atas asas `aqidah. Demikianlah dua serangkai yang tidak dapat dipisahkan, dan kerananya al-Qur'an selalu menyebut kedua-duanya dalam bentuk gandingan: iman dan amal salih (`aqidah dan syari`ah). Dengan kata lain, tidak ada syari`at tanpa `aqidah. Berasaskan premis tersebut, bagi umat Islam persoalannya bukan lagi perlu atau tidak melaksanakan hudud. Yang menjadi persoalan adalah bagaimana melaksanakannya.
Syari`at Islam adalah bersifat abadi dan universal, dan kerana itu ia sesuai dan relevan sepanjang masa dan di semua tempat, termasuk dalam masyarakat majmuk. Kemajmukan masyarakat tidak boleh dijadikan alasan untuk umat Islam menolak hukum hudud. Kemajmukan adalah fenomena yang tidak asing dalam sejarah pelaksanaan hukum Islam. Sejak zaman Perlembagaan Madinah fenomena kemajmukan sudahpun wujud. Penolakan atas alasan tersebut dikhuatiri boleh menjejaskan `aqidah kerana ia menyiratkan anggapan kelemahan hukum Allah, yang bererti juga kelemahan Allah. Seolah-olah Tuhan terlepas pandang tentang adanya kaum Muslimin di tengah masyarakat majmuk. Kemajmukan adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa sebagaimana hukum syari`at juga adalah ciptaan Allah Yang Maha Esa. Faham Keesaan Allah berimplikasi bahawa segala ciptaan Allah terjalin dan terpadu dalam kesatuan tauhidik yang harmonis.
Hudud sebagai bahagian daripada syari`at adalah amanah Allah yang harus dilaksanakan dengan bijaksana (berhikmah) dan penuh tanggungjawab demi mencapai objektif keadilan Ilahi. Untuk itu proses pelaksanaan hukum hudud harus mematuhi kaedah-kaedah perubahan yang realistik dan strategik. Antara realiti yang harus diambil kira termasuklah hakikat bahawa pelaksanaan hudud dalam konteks Malaysia ketika ini diperjuangkan menerusi proses demokrasi, dan dalam kerangka perlembagaan negara. Selain itu ia juga diperjuangkan di tengah masyarakat majmuk, dan di tengah suasana wujudnya masalah al-ummiyyat al-diniyyah atau gejala "buta agama" yang cukup fenomenal.
Mengambil kira realiti tersebut, perjuangan melaksanakan syari`at harus didasarkan kepada fiqh al-awlawiyyat, perubahan yang menepati urutan keutamaan dengan mengenalpasti apa yang harus didahulukan dan apa yang perlu dikemudiankan. Perjuangan melaksanakan syari`at juga harus menepati kaedah dan pendekatan al-tadarruj, beransur-ansur, subtle dan gradual. Minda umat keseluruhannya harus dipersiapkan untuk sedia menerima perubahan (hidup dalam kawalan syari`at dan hududu 'Llah). Para penguasa perlu dipersiapkan dengan political will, tekad politik yang kental untuk melaksanakan syari`at. Rakyat massa pula harus dipersiapkan dengan ilmu, kefahaman dan kesedaran keagamaan agar siap mendukung pelaksanaan syari`at. Sesungguhnya suasana yang kondusif adalah keperluan utama menjayakan agenda perubahan. Dengan demikian pelaksanaan syari`at tidak akan berupa suatu pemaksaan ke atas masyarakat yang enggan (reluctant society) kerana jahil dan keliru. Sementara itu mekanisme dan jentera pelaksananya juga harus dipersiapkan dengan tahap profesionalisme, kompetensi dan integriti yang tinggi. Tahap kemampuan yang sedemikian adalah syarat yang tidak boleh dikompromikan demi menjamin tercapainya objektif keadilan, mendidik serta menginsafkan penjenayah, dan lebih penting daripada itu dapat melindungi mangsa dan masyarakat seluruhnya. Memang demikianlah falsafah hukum dalam Islam, tidak seperti undang-undang rekaan manusia yang terkesan bersimpati kepada penjenayah sehingga mengabaikan tanggungjawab melindungi korban. Akibatnya jenayah berleluasa, sedang masyarakat hidup dalam ketakutan.
Ternyata pelaksanaan hudud sebagai bahagian daripada pelaksanaan syari`at bukan hanya urusan para fuqaha' dan ahli undang-undang, tetapi urusan kolektif pelbagai pihak: penguasa, ahli politik, pentadbir, pendakwah, pendidik, ilmuwan, cendekiawan dan lain-lain. Para penguasa harus berusaha menggunakan kuasa mereka sejauh yang dimungkinkan oleh realiti tempat, masa dan kemampuan. Pendakwah dan pendidik harus berjihad membina generasi dan umat Muslim yang komited, berjiwa dan berfikrah Islamiah. Para ilmuwan dan cendekiawan harus berjuang membasmi kejahilan dan kekeliruan masyarakat tentang hakikat syari`at termasuk hukum hudud.
Masyarakat umumnya harus disedarkan bahawa perjuangan mendaulatkan syari`at tidak hanya sebatas melaksanakan hukum jenayah, tetapi mencakupi daerah yang lebih luas, meliputi segala usaha ke arah kehidupan berkualiti (hayatan tayyibah) yang penuh barakah, adil dan sejahtera, bermaruah dan berakhlak mulia. Segalanya diperjuangkan secara terpadu, seiring dan sehaluan. Hukuman hudud ke atas pencuri misalnya, harus dilaksanakan seiring dengan perjuangan meningkatkan taraf hidup rakyat dan menegakkan prinsip keadilan sosial, pemerataan kueh negara, dan seterusnya memerangi amalan pembolotan kekayaan negara oleh kaum kroni. Dengan demikian hukuman hudud ke atas pencuri hanya dilaksanakan setelah mengambil kira konteks sosio-ekonominya. Andainya jenayah mencuri itu berlaku dalam keadaan kecukupan dan taraf hidup yang selayaknya (reasonable), wajarlah pelakunya dihukum hudud. Memang ia tidak layak hidup dalam masyarakat manusia yang beragama dan berbudaya.
Demikianlah hakikatnya, undang-undang jenayah Islam tidak dilaksanakan secara terpisah dari syari`at keseluruhannya. Ia selamanya terkait dan terpadu dengan komponen-komponen syari`at lainnya, termasuk komponen kerohanian seperti iman, taqwa, dan nilai-nilai akhlak mulia lainnya. Dalam masyarakat pengamal syari`at secara utuh dan terpadu seperti itu tidak akan banyak kes jenayah yang berlaku. Gambaran tentang masyarakat yang penuh dengan potongan-potongan tangan yang berserakan akibat hukum hudud sebenarnya hanya imajinasi jahil dan mengada-ngada. Keadaan yang mengerikan seperti itu tidak pernah terjadi sepanjang sejarah pelaksanaan hukum hudud pada masa lalu. Dalam kaitan ini terdapat catatan bahawa sepanjang sejarah generasi Islam seratus tahun pertama (dari bi`thah hingga pertengahan era Umawi) hukuman hudud zina hanya dilaksanakan sebanyak enam kali, sementara hukuman hudud ke atas pencuri dilaksanakan hanya empat kali sepanjang tempoh yang sama (seratus tahun).
Perjuangan mendaulatkan syari`at ketika ini terpaksa berhadapan dengan kenyataan bahawa Islam, terutama undang-undang jenayahnya telah lama dimomokkan dengan pelbagai label negatif: kejam, barbaric dan menakutkan. Dalam kaitan inilah pentingnya usaha pemulihan citra Islam sebagai agama yang ramah dan pembawa rahmah. Islam tidak datang untuk mendera, tetapi untuk menyejahterakan (aslim taslam!). Tanggapan negatif terhadap syari`at di kalangan sebahagian umat Islam dan bukan Islam harus ditangani dengan usaha pencerahan, memberikan kefahaman menerusi pendekatan dialog yang meyakinkan dan penuh hikmah. Semua pihak, terutama warga bukan Islam seharusnya bersikap terbuka dan objektif dalam memahami dan mempersepsikan Islam. Untuk itu mereka perlu mewaspadai jebakan Islamophobia yang disebarkan oleh dalang-dalang konspirasi global.
Dalam masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia, semangat toleransi antara agama harus sentiasa dipupuk dengan menyuburkan sikap saling hormat, termasuk mengakui hak umat Islam mengamalkan agamanya (`aqidah dan syari`at Islam), sebagaimana umat Islam menghormati agama lain dan mengakui hak penganut-penganutnya mengamalkan agama masing-masing. Dalam hal ini warga bukan Islam perlu memahami bahawa hak mengamalkan agama dalam konteks umat Islam adalah meliputi pengamalan hukum-hakam agama (Islam) dalam segala bidang, termasuk bidang hukum jenayah. Justeru, pelaksanaan hukum hudud di kalangan umat Islam adalah sebahagian daripada hak beragama dan hak mengamalkan agama anutan mereka. Warga bukan Islam tidak perlu merasa terganggu dengan pelaksanaan hukum tersebut kerana ia tidak melibatkan mereka dan tidak menjejaskan hak mereka untuk beramal dengan ajaran agama anutan mereka sendiri.
Sesuai dengan semangat toleransi antara agama, semua pihak harus menghentikan segala bentuk perlakuan dan pernyataan yang menghina dan mempersenda agama. Kenyataan-kenyataan sinis dan provokatif yang kadang-kadang diucap atau diungkapkan oleh media atau pemimpin masyarakat jelas tidak membina dan tidak mendidik, juga bertentangan dengan nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan bangsa yang beradab dan bertamadun.
Sekretariat Bersama,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM),
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).Bangi : 05 Oktober 2011
__,_._,___
HAMKA
@malakmalakmal, 6 September 2011
Pada hari Senin malam, 5 September 2011, TVOne menyiarkan liputan ttg Buya HAMKA. HAMKA adalah singkatan dari Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Nama kecilnya Abdul Malik. Ayahandanya, Syaikh Abdul Karim Amrullah, ulama besar Minangkabau, adalah guru pertamanya. Syaikh Abdul Karim Amrullah adalah murid dr Syaikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi, imam Masjidil Haram asli Minang. Selain kpd ayahnya, HAMKA belajar serba-serbi pergerakan nasional dr HOS Cokroaminoto. Syaikh Abdul Karim Amrullah bersahabat lekat dgn Syaikh Jamil Jambek, ulama Minang besar lainnya. Bersama sahabat2nya, Syaikh Abdul Karim Amrullah mengelola majalah Al-Munir. KH Ahmad Dahlan, pendiri Muhammadiyah, adalah penikmat tulisan-tulisan di majalah Al-Munir. KH Ahmad Dahlan menerjemahkan tulisan-tulisan tersebut agar dibaca oleh masyarakat Jawa.
Pada tahun 1917, Syaikh Abdul Karim Amrullah melawat ke Jawa, menjadi tamu KH Ahmad Dahlan. Sejak saat itu, beliau menjadi pendukung Muhammadiyah. Meski tak pernah resmi menjadi anggotanya. Menantunya (kakak ipar HAMKA), yaitu AR St. Mansur, adalah tokoh besar Muhammadiyah. Kiai Haji Mas Mansur, tokoh besar Muhammadiyah, sangat segan pada beliau. Maka boleh dikatakan, Buya HAMKA sejak kecil hingga dewasa telah terbina dlm lingkungan ulama. Meski demikian, HAMKA sendiri mengaku kurang dekat dgn ayahnya di masa kecilnya.
Perubahan terjadi ketika HAMKA memasuki masa remaja. Sepulangnya dari Mesir, Sang Ayah dikejutkan dgn musibah gempa di Padang Panjang. Banyak kerugian yg diderita keluarganya, sehingga Syaikh Abdul Karim sangat bersedih. Betapa terkejutnya ia ketika menerima berita tentang HAMKA pada saat itu. Rupanya, HAMKA diam2 pergi sendiri utk menunaikan ibadah haji. Ongkos sendiri. Bukan main bangganya beliau, karena putranya mampu melakukan hal tsb tanpa merepotkan orang tua sedikitpun. Sejak saat itulah terbina hubungan yg lekat antara ayah dan anak selalu dibanggakan.
Baik HAMKA maupun ayahnya adalah ulama kebanggaan Muhammadiyah dan masyarakat Minangkabau. HAMKA pernah mengatakan bahwa tersebarnya Muhammadiyah ke seantero Sumatera adalah prestasi ayahnya. Hanya ada sedikit perbedaan yang mencolok antara HAMKA dan ayahandanya. Syaikh Abdul Karim Amrullah adalah ulama yg sangat keras hati, seringkali pemberang. Kekerasan hatinya itulah yang justru menjadi salah satu daya tarik beliau. Ketika Jepang berkuasa, para ulama dan tokoh masyarakat pernah dikumpulkan di suatu tempat. Sesuai kebiasaan Jepang, acara dimulai dengan penghormatan dengan gerakan ruku' ke arah istana Kaisar. Ketika aba-aba dikumandangkan, semua berdiri dan ruku'. Hanya 1 yang tetap di tempat duduknya. Itulah Syaikh Abdul Karim Amrullah, ulama kebanggaan Minangkabau. Maka ulama mana pun, meski berselisih pendapat dgnnya, pastilah hormat pada beliau. Buya HAMKA, sebaliknya, justru dikenal org sebagai ulama yg sangat lembut. Meski demikian, beliau pun teguh memegang prinsip. Misalnya dlm membela fatwa haram perayaan Natal bersama. Itulah sekelumit kisah ttg latar belakang pribadi Buya HAMKA, keluarga dan para ulama di sekitarnya.
Selain sbg ulama besar, HAMKA juga dikenal sbg penulis yang sangat produktif. "Tafsir Al-Azhar", tentu saja, dianggap sebagai masterpiece beliau. Beliau juga menulis buku "Sejarah Umat Islam" yang luar biasa tebal dan komprehensif . Berikut ini adalah sebagian buku karya beliau yang telah berhasil saya dapatkan. Dari keseluruhan karya sastranya, hanya empat ini yang sudah saya miliki. Sepeninggal beliau, lahir pula karya-karya yang membicarakan figur HAMKA. Kebesaran beliau diakui tdk hanya di tanah air, namun sampai ke Malaysia, Singapura dan Brunei. Hingga sekarang, buku2 HAMKA masih dicetak ulang dan didiskusikan di negeri-negeri jiran tersebut. Di Mesir, orasinya ttg Syaikh Muhammad 'Abduh membuatnya diganjar gelar doktor kehormatan.
Buya HAMKA adalah ulama berlevel internasional yg sangat jarang dimiliki oleh bangsa Indonesia. Karena itu, kita pun maklum jika kalangan liberalis berusaha keras utk mencatut nama besar HAMKA. Langkah ini mmg sangat strategis, terutama jika masyarakat mudah saja dibodohi. Masalahnya, karya2 beliau sudah sulit sekali diperoleh. Banyak yg tdk tahu persis pemikiran HAMKA. Oleh karena itu, jika ada yang bilang "HAMKA itu pluralis", maka bisa jadi akan ada saja yang percaya.
Tentu saja, yg percaya begitu saja tanpa mengecek adalah kalangan non-intelek dan non-akademisi. Setelah menyaksikan tayangan di TVOne semalam, @Adefsurya dgn 'sigap' membuat 'kultwit singkat' seputar HAMKA. Seperti biasa, yg menjadi 'sasaran tembaknya' adalah segala sesuatu yg berbau Arab. Kita dapat melihat 'kultwit' @Adefsurya di link ini
Sepertinya @Adefsurya tdk siap utk membahas masalah pemikiran, krn yg dibahas hanya pakaian. Sangat disayangkan, dari keseluruhan tayangan tsb, yg diperhatikan hanya soal baju batik dan kopiah HAMKA. Tentu saja, tidaklah tepat jika figur Buya HAMKA dijadikan referensi utk sikap anti-Arab. Sebab, Buya HAMKA juga seringkali mengenakan jubah dan sorban. Ini contohnya.
Memang benar, ketika HAMKA muda, ada perdebatan soal budaya berpakaian. Ada yang berpendapat bahwa dasi, celana panjang dan jas adalah pakaian yang menyerupai kebiasaan orang-orang kafir. Dlm hal ini, HAMKA dan ayahnya sangat keras menentang. Krn tidak ada dasar yang kuat dari pendapat itu. Akan tetapi, kesimpulannya tdk boleh dibalik. Bukan berarti jubah dan sorban itu salah. Bahkan HAMKA sendiri bercerita bahwa ketika orang mulai bisa menerima jas dan celana, ia dan ayahnya pun kembali pada jubah dan sorban. Baik celana dan jas maupun jubah dan sorban, semuanya bisa Islami, asal memenuhi syarat2nya
Anehnya lagi, @Adefsurya dgn sangat tdk akurat menyebut ayahanda HAMKA sbg org Arab tulen. Barangkali ia keliru dgn fakta bhw Syaikh Abdul Karim Amrullah lama belajar di Mekkah.
Dalam buku "Ayahku", HAMKA telah bercerita panjang lebar mengenai garis keturunan ayahnya. HAMKA merunut dari 'Abdullah 'Arif yg bergelar Tuanku Pauh atau Tuanku Nan Tuo. Tuanku Nan Tuo ini adalah salah seorang tokoh dlm Perang Paderi. Anak perempuan Tuanku Nan Tuo, yaitu Saerah, menikah dgn 'Abdullah Saleh. Pernikahan ini melahirkan 'Amrullah, yg kemudian diberi gelar Tuanku Kisai. Tuanku Kisai adalah sahabat Syaikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi. Ketika anaknya, Abdul Karim Amrullah, beranjak remaja, ia dikirim belajar ke Mekkah. Kita dapat melihat sendiri bahwa nenek moyang HAMKA adalah asli Minang, bila ditelusuri hingga Tuanku Nan Tuo. Oleh krn itu, klaim 'Arab tulen' dari @Adefsurya kedengaran begitu mengada-ada.
Utk membela Ahmadiyah, @Adefsurya menjelaskan bhw aliran ini dibawa oleh 3 org murid Sumatera Thawalib. Sumatera Thawalib adalah lembaga pendidikan yg dirintis oleh ayahanda HAMKA dkk. Selain "Tafsir Al-Azhar", ada 3 buku karya HAMKA yang menjelaskan ttg Ahmadiyah. Dlm buku "Pelajaran Agama Islam", HAMKA menjelaskan tentang sejarah masuknya Ahmadiyah. Di situ, HAMKA mengatakan bhw Ahmadiyah tidak diacuhkan oleh masyarakat Sumatera, karena aliran ini anti-jihad. Padahal, saat itu seruan jihad melawan penjajah membahana di seantero negeri. Dgn kata lain, Ahmadiyah tdk terlibat dlm jihad membebaskan negeri ini. HAMKA juga menjelaskan tentang 2 orang pengurus Muhammadiyah yang sempat terjerat ajarannya. Menurut HAMKA, kedua orang tersebut memang asalnya "Ngabangan", alias tidak mendalam pemahaman keislamannya.
Dlm buku "Pelajaran Agama Islam", HAMKA panjang lebar bercerita hingga sampai pd kesimpulan bhw Ahmadiyah itu sesat. Mereka yg mengaku nabi sesudah Rasulullah saw adalah kafir, demikian pula pengikutnya. Pd buku "Ayahku", HAMKA jg bercerita ttg interaksi Sang Ayah dgn Ahmadiyah. Di buku itu, HAMKA mencatat bhw ayahnya pernah menulis buku berjudul "Qaulun Shahih" utk membantah Ahmadiyah. Dlm buku "Hamka Membahas Soal-soal Islam", jg ada komentar HAMKA ttg Ahmadiyah. Menurutnya, Mirza Ghulam Ahmad tidak layak sebagai nabi, bahkan sebagai mujaddid pun harus ditolak. Sebab, mujaddid tdk akan mengubah2 ajaran agama. Apalagi merevisi syariat jihad.
@Adefsurya jg menyebutkan bhw di jaman HAMKA, Ahmadiyah hidup aman. Komentar ini memang benar, namun ia lupa menimbang sebabnya. Dlm buku "Pelajaran Agama Islam" dan "Hamka Membahas Soal-soal Islam", hal ini telah dijelaskan. HAMKA menyatakan dengan jelas bahwa Ahmadiyah adalah agama di luar Islam. Oleh karena itu, sikap kita terhadap Ahmadiyah sama seperti sikap kita terhadap agama-agama lainnya. Dengan kata lain, toleransi diberikan tanpa memberikan pembenaran pada ajaran-ajaran agamanya. Sikap ini jelas berbeda dengan sikap kaum liberalis yang mengusung 'toleransi' tanpa kejelasan aqidah.
@Adefsurya pun menyindir dengan melihat fakta bahwa pada jaman HAMKA, jilbab besar tidak terlihat. Sayangnya, lagi-lagi pisau analisisnya sangat tumpul. Tidak ada penelaahan yang mendalam mengenai fenomena yg diteliti. Yang jelas, dalam hal ini kaum liberalis memang menerapkan standar ganda. Jika jilbab dianggap budaya asing, maka bukankah gaya berpakaian terbuka adalah budaya asing juga? Sebagaimana jilbab besar tidak ditemukan di jaman HAMKA, bukankah tanktop pun tidak ditemukan pada jaman itu? Tapi mengapa kaum liberalis tidak bersikap keras terhadap tanktop? Adakah hawa nafsu berbicara? Kaum liberalis sering menyuarakan 'perubahan'. Jadi apa salahnya beralih ke jilbab? Inilah salah satu bentuk sikap #plinplan kaum liberalis. Tdk ada sikap yg jelas utk menyikapi relasi antara agama dan budaya. Hari ini, cucu Buya HAMKA, yaitu Yousran Rusydi, telah menyebut @Adefsurya manipulatif di wall FB.
Demikianlah kultwit 'singkat' tentang Buya HAMKA. Semoga Allah melahirkan Hamka-Hamka berikutnya di negeri ini. Semoga kita dapat menarik pelajaran sebanyak2nya dari HAMKA dan melindunginya dari fitnah keji kaum liberalis. Aamiin yaa Rabbal 'aalamiin…
Kami bersaksi bahwa Buya HAMKA adalah ulama yang lurus dan telah jalankan tugasnya.
__,_._,___
>
> Three answers most scared by men
>
> Men: What to have for dinner?
> Women: Whatever..
> Men: Why not we have steamboat?
> Women: Don't want la, eat steamboat later got pimples in my face
> Men: Alright, why not we have Si Chuan cuisine
> Women: Yesterday ate Si Chuan, today eat again?
> Men: Hmm..... I suggest we have seafood
> Women: Seafood no good la, later I got diarrhea
> Men: Then what you suggest?
> Women : Whatever..
>
> Men: So what should we do now?
> Women: Anything
> Men: How about watching movie? Long time we didn't watch movie
> Women: Watching movie no good la, waste time only
> Men: How about we play bowling, do some exercises?
> Women: Exercise in such hot day? You not feel tire meh?
> Men: Then find a cafe and have drink
> Women: Drink coffee will affect my sleep
> Men: Then what you suggest?
> Women: Anything
>
> Men: Then we just go home lo
> Women: You decide
> Men: Let take bus, I will accompany you
> Women: Bus is dirty and crowded. Don't want la
> Men: Ok we will take Taxi
> Women: Not worth it la... for such a short distance
> Men: Alright, then we walk lo. Take a slow walk
> Women: What to walk with empty stomach woh?
> Men: Then what you suggest?
> Women: You decide
>
> Men: Let's have dinner first
> Women: Whatever...
> Men: Eat what?
> Women: Anything
JANGAN CETUSKAN KERESAHAN UMAT ISLAM
POLEMIK JAIS-DUMC-HK: JANGAN CETUSKAN KERESAHAN UMAT ISLAMAbim Pusat 21 Ogos 2011
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berasa terpanggil untuk memberi penegasan pendirian terhadap polemik antara Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Harapan Komuniti (HK) dan Damansara Utama Methodist Church (DUMC).
Sejak polemik pemeriksaan JAIS ke atas majlis ‘Thanksgiving’ pada 3 Ogos 2011, pelbagai pihak telah mengeluarkan kenyataan dan pendirian yang berbeza. Dalam menanggapi kenyataan dan pendirian ini, WADAH-ABIM-PKPIM menilai ia lebih bersikap melulu dan tidak memberi keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak.
Kami merujuk kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh seperti Reverend Thomas Philips, Ketua Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) dan Pastor Daniel Ho, yang membina persepsi umum kononnya kekerasan telah digunakan oleh JAIS dalam pemeriksaan yang diadakan ke atas Harapan Komuniti (HK) serta Damansara Utama Methodist Church (DUMC).
Kami juga ingin melahirkan rasa kesal dengan sikap membisu pihak penganjur iaitu HK serta ingin mempersoalkan motif HK untuk membiarkan pihak gereja menjawab segala persoalan dari awal. Sebagai organisasi yang mendakwa dianggotai oleh ahli-ahli pelbagai agama dan lapisan masyarakat, HK seharusnya memahami konteks sosial masyarakat Malaysia di mana kita hidup saling hormat-menghormati.
Pihak kami ingin melahirkan rasa kesal apabila HK secara langsung tidak mengormati sensitiviti umat Islam dengan menyanyikan dua lagu kesyukuran dalam Bahasa Melayu iaitu - “Allahu Akhbar” dan “Allhamdulillah” dan tentang sebuah kuiz yang mencetuskan persoalan-persoalan berikut; Adakah soalan-soalan dalam kuiz tersebut ditujukan untuk semua peserta? Atau ia khusus untuk 15 atau lebih peserta Islam yang hadir?
Sepanjang polemik ini berlaku, pihak JAIS telah memberikan kerjasama serta penjelasan yang sewajarnya berhubung dengan beberapa isu yang diketengahkan. Pihak kami telah mendapat penerangan dan penjelasan daripada pihak JAIS. Meskipun begitu, usaha kami untuk mengadakan dialog dengan DUMC dan penganjur telah menemui jalan buntu sekaligus menghalang kami untuk mendapatkan pandangan mereka berhubung dengan isu ini.
Ini selari dengan pendirian kami yang menggalakkan dialog secara sihat serta tertutup tanpa perlu digembar-gemburkan menerusi saluran media. Mengambi kesempatan ini, ABIM-WADAH-PKPIM ingin menzahirkan penghargaan kami terhadap keprihatinan sesetengah kelompok gereja serta sebahagian besar masyarakat Kristian yang menghormati sensitiviti umat Islam serta kedudukan istimewa Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini.
Bahkan, pihak kami juga sering berusaha untuk menjalinkan hubungan yang baik dengan mereka di samping bekerjasama dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan dan menggalakkan dialog antara agama.
Sebagai penegasan dan teguran, kami merasa amat kesal dengan keengganan pihak DUMC dan HK untuk menggunakan saluran dialog menyelesaikan kemelut ini. Kami juga ingin mengetengahkan peringatan tegas agar sebarang aktiviti serupa yang meragukan sepertimana membabitkan HK dan DUMC tidak diulangi lagi.
Sepanjang pemerhatian kami ketika polemik ini, kami memandang berat terhadap tindakan segelintir ahli politik yang seakan menjadikan insiden ini sebagai batu loncatan mencetuskan polemik politik yang tidak menyenangkan .
Pihak kami juga ingin melahirkan kekesalan terhadap tindakan NGO-NGO tertentu yang seakan merelakan diri mereka diperkudakan untuk memenuhi agenda politik pihak tertentu, dengan memanipulasi keprihatinan serta kegusaran di kalangan umat Islam di negara ini mengenai beberapa isu yang menyentuh secara langsung sensitiviti serta kepentingan mereka.
Berkenaan polemik JAIS-DUMC-HK, kami menyokong tindakan JAIS membuat pendakwaan di mahkamah sekiranya terdapat bukti yang kukuh bahawa wujud usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak yang berkenaan. Mengambil iktibar dari kemelut ini, kami menyeru agar masyarakat tidak mudah tertipu dan sentiasa bersikap objektif dan mengambil pendekatan dialog dalam menyelesaikan isu berkaitan ini. Kami juga berharap agar pihak institusi agama di setiap negeri mempergiatkan aktviti dakwah dan mendekati golongan sasar yang memerlukan bantuan dan sokongan.
--
Posted By Outreacher to Wadah Utara at 8/20/2011 04:31:00 PM
![]()
__,_._,___
Begin forwarded message:
TIPs PENGURUSAN DARI PROPHET YUSUF A.S."": MENANGKAP MESEJ SCHOOL OFMANAGEMENT AYAT-AYAT 46-57 SURAH YUSUF
Siddiq Fadzil
Mukadimah
Pengkisahan sejarah para rasul dalam al-Qur'an bukan dengan maksud lipur lara, tetapi membawa mesej edukatif penguatan hati, pemantapan jiwa dan pengentalan semangat sebagaimana yang diungkapkan dalam al-Qur'an dengan kata "… ma nuthabbitu bihi fu`adak". Demikianlah hakikatnya, bahawa kisah-kisah tersebut adalah inspirator kesedaran dan sekaligus penyuntik kekuatan mental-spiritual yang sangat menakjubkan. Yang terasa paling mengesankan adalah surah Yusuf, pengkisahan sejarah dan liku-liku hidup Nabi Yusuf `a.s. yang disifatkan oleh al-Qur'an sendiri sebagai ahsana 'l-qasas (kisah terindah). Memang surah ini sangat istimewa: ahsana 'l-qasas dalam ahsana 'l-hadith, kisah terindah dalam kitab terindah (al-Qur'an). Surah ini memang padat dengan mesej kependidikan dan sarat dengan pesan-pesan kepengurusan. Nabi Yusuf `a.s. ditampilkan sebagai da`i dan murabbi, pemimpin dan pengurus pada era krisis ekonomi yang mengancam survival seluruh warga serantau (Mesir dan sekitarnya). Ayat-ayat 46-57 surah ini memaparkan pakej penyelamatan ekonomi, atau model pengurusan krisisNabi Yusuf `a.s. gaya
46. (setelah ia berjumpa Dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang Yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada Kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau serta tujuh tangkai lagi Yang kering; (tafsirkanlah) supaya Aku kembali kepada orang-orang Yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".47. Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan.48. kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).49. "Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun Yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".50. dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" bawalah Dia kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap raja), Yusuf berkata kepadanya: kembalilah kepada tuanmu kemudian Bertanyalah kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan Yang melukakan tangan mereka ? Sesungguhnya Tuhanku Maha mengetahui tipu daya mereka".51. setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka: "Apahal kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai dirinya?" mereka menjawab: JauhNya Allah dari Segala cacat cela, Kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap Yusuf". isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama ini tersembunyi), Akulah Yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi ia telah menolak); dan Sesungguhnya adalah ia dari orang-orang Yang benar.52. "(Pengakuanku) Yang demikian supaya ia Mengetahui, Bahawa Aku tidak mengkhianatinya semasa ia tidak hadir (bersama di sini); dan Bahawa Allah tidak menjayakan tipu daya orang-orang Yang khianat.53. "Dan tiadalah Aku berani membersihkan diriku; Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang Yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."54. dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata: "Bawalah Yusuf kepadaku, Aku hendak menjadikan Dia orang Yang khas untuk Aku bermesyuarat dengannya. setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya: "Sesungguhnya Engkau pada hari ini (Wahai Yusuf), seorang Yang berpangkat tinggi, lagi dipercayai di kalangan Kami ".55. Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya Aku sedia menjaganya Dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya".56. dan Demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang Kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja Yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja Yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang Yang berbuat kebaikan.57. dan Sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang Yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
Huraian maksud ayat:
Ayat 46 menampilkan Yusuf `a.s. dengan citra unggul al-siddiq, peribadi berintegriti tinggi, watak terpadu, manusia serba benar: pemikiran, percakapan dan perbuatannya. Peribadi sedemikian adalah jelmaan makna integriti paling tepat dan sempurna, iaitu kesepaduan dan keutuhan watak, peribadi tauhidik yang integrated. Justeru, integriti pada hakikatnya lebih merujuk persoalan siapa kita (who we are), daripada persoalan apa yang harus kita lakukan (what we should do). Dari peribadi yang baik akan lahir perilaku dan tindak- tanduk yang baik. Kekuatan integriti dalam pengertian tersebut adalah faktor kunci dalam pengurusan, khususnya untuk mendapatkan kepercayaan (trust) dari semua pihak. Tanpa kepercayaan tidak akan ada sokongan, dan tanpa sokongan tidak akan ada kejayaan. Tahap integriti adalah juga tahap kebolehpercayaan. Panggilan al-siddiq yang terangkai dengan namanya adalah indikasi jelas pengiktirafan masyarakat terhadap ketinggian tahap integritinya, yang tentunya telah teruji dan terbukti dalam rekod masa lalunya.
Kurnia ilmu (mentakbir mimpi) tidak digunakan untuk kepentingan diri, tetapi dimanfaatkan demi kepentingan umat. Kalau mahu, Nabi Yusuf `a.s. boleh menjadikan khidmat kepakarannya itu sebagai syarat pembebasan dirinya yang sudah bertahun-tahun merengkuk dalam penjara. Pada saat kehidupan rakyat terancam bahaya kemarau panjang yang bererti malapetaka kebuluran, yang difikirkan bukan kepentingan diri, tetapi survival umat. Tanpa menuntut sebarang imbalan, Nabi Yusuf `a.s. memberikan khidmatnya lebih daripada yang diminta, bukan sekadar memaknai mimpi sebagai petanda bencana yang akan berlaku, tetapi juga merumuskan sebuah pakej penyelamat ekonomi Mesir.
Pakej penyelamat tersebut mengandungi pemerincian tentang senario ekonomi negara dalam jangka masa 15 tahun, termasuk krisis (kemarau panjang) yang akan berlaku dan formula mengatasinya. Pakej sedemikian mencerminkan kualiti pemimpin-pengurus yang memiliki visi yang jelas (clear vision). Dengan wawasan dan daya renung yang futuristic seperti itu seorang pemimpin-pengurus dapat bersiap menghadapi segala kemungkinan dengan langkah dan sterategi proaktif-antisipatif. Memang, clear vision adalah keperluan asasi dalam pengurusan krisis (crisis management).
Dalam pakej penyelamat seperti yang dinyatakan dalam ayat 47, Nabi Yusuf `a.s. menyarankan kerja kuat bercucuk-tanam selama tujuh tahun. Kata da'aban dalam ayat tersebut yang diterjemahkan oleh A.Yusuf `Ali dengan kata diligently sow membawa makna penguatan etos kerja. Untuk menambah penghasilan budaya kerja kuat perlu dipertahan dan ditingkatkan. Strategi tujuh tahun pertama bukan sekadar menanam seperti biasa, tetapi memaksimumkan guna tenaga rakyat, di samping memaksimumkan pengusahaan tanah dengan objektif yang terfokus untuk memaksimumkan kadar penghasilan. Pembangunan ekonomi tidak hanya bergantung kepada sumber asli, modal dan infrastruktur; tetapi tidak kurang pentingnya adalah nilai-nilai budaya, terutama budaya kerja kuat. Tanpa dukungan the right culture atau budaya yang tepat pembangunan ekonomi tidak akan mencapai prestasi yang tinggi. Idea besar yang mendasari perancangan ekonomiNabi Yusuf `a.s. ialah prinsip keseimbangan antara penghasilan, penggunaan (konsumsi) dan penabungan. Dasar pengurusan ekonomi berhemat dan berimbang seperti itu memang menepati orientasi proaktif-antisipatif, juga selaras dengan semangat menolak pemborosan dan pembaziran. Selain itu dasar ekonomi Yusuf `a.s. juga memanfaatkan kaedah-kaedah saintifik sebagaimana yang diindikasikan lewat cara menyimpan hasil tuaian dengan mengekalkan biji-biji gandum di tangkainya. Cara tersebut menjadikannya tahan lebih lama, dan ini penting kerana simpanan itulah yang akan dimakan selama tujuh tahun kemarau panjang, di samping dijadikan benih untuk ditanam apabila kemarau berakhir dan tanah kembali subur. Memang dasar ekonomi tersebut terkesan amat menekankan kewaspadaan menghadapi bahaya (kebuluran), namun ia tetap memberikan harapan masa depan yang cerah. Tahun ke-15 adalah tahun harapan pulihnya kemakmuran ekonomi. gaya
Ketika didatangi utusan raja membawa perintah pembebasan, Nabi Yusuf `a.s. enggan meninggalkan penjara, sebaliknya meminta utusan tersebut kembali kepada rajanya untuk menyampaikan tuntutan Nabi Yusuf `a.s. agar namanya dibersihkan lebih dahulu. Baginya, tidak ada ertinya kebebasan tanpa maruah dan kehormatan diri. Justeru, Yusuf `a.s, tidak hanya ingin bebas untuk bersuka-ria pesta-pestaan, tetapi akan tampil sebagai da`i, pendidik dan pemimpin. Untuk menjayakan misi suci tersebut yang diperlukan bukan hanya kebebasan, tetapi juga wibawa dan integriti moral yang tinggi.
Yusuf `a,s. keluar dari penjara dengan kepala tegak. Maruah dan kehormatan dirinya pulih setelah tuntutan pembersihan namanya dipenuhi oleh raja. Wanita-wanita yang dahulu terpesona dengan ketampanan Yusuf `a.s. hingga terhiris tangan sendiri tanpa sedar, kini telah membuat kenyataan bersama memberikan kesaksian bahawa Nabi Allah itu tidak pernah melakukan sebarang perbuatan yang tidak bermoral (ma `alimna `alayhi min su'). Malah imra'at al-`Aziz (isteri menteri al-Aziz) sendiri yang dahulu memfitnahnya sehingga Yusuf `a.s. dilemparkan ke penjara, kini membuat pengakuan bahawa dialah yang sebenarnya telah menggodanya, lalu membuat penegasan terbuka bahawa sesungguhnya Yusuf `a.s. adalah orang yang benar dan bersih. Sekali lagi sifat sidq dihubungkan dengan Nabi Yusuf `a.s. (wa innahu lamina 's-sadiqin) yang meneguhkan reputasinya sebagai orang yang berintegriti tinggi. Memang confession isteri menteri al-aziz itu terasa begitu dramatik. Mungkin selama bertahun-tahun wanita bangsawan itu mengalami tekanan jiwa yang berat akibat merasa bersalah menganiaya seorang manusia yang tidak berdosa.
Ayat 54 mencatatkan peristiwa pertemuan Yusuf `a.s. dengan raja Mesir. Ia adalah pertemuan penting yang merubah kehidupan Nabi Allah yang selama ini terdera dengan pelbagai rupa penganiayaan. Fokus pertemuan tersebut adalah presentasi Nabi Yusuf `a.s. tentang pakej penyelamatan ekonomi Mesir: visi dan strategi menangani bahaya krisis (kemarau panjang) yang akan berlaku tujuh tahun mendatang. Kata falamma kallamahu… (maka ketika Yusuf `a.s. berbicara kepada raja…) membayangkan kemampuan Yusuf `a.s. mengartikulasikan perancangan ekonominya dengan cukup meyakinkan, sehingga raja membuat komitmen tegas untuk menempatkannya dalam posisi yang kuat sebagai orang kepercayaan. Demikianlah ciri penting pemimpin-pengurus cemerlang yang mampu mengkomunikasikan visi, misi dan perancangan strategiknya dengan berkesan. Komunikasi yang berkesan memang sangat penting untuk mendapatkan dukungan semua pihak, atasan dan bawahan, raja dan rakyat. massa
Hari pertemuan itu adalah hari bersejarah yang membuka babak baru dalam kehidupan Nabi Yusuf `a.s., babak yang cukup kontras dengan babak sebelumnya: dari penjara ke puncak kuasa. Demikianlah yang diindikasikan dengan kata innaka 'l-yawma… (sesungguhnya engkau pada hari ini…), hari ini adalah hari bermulanya kehidupan baru.
Ayat 55 mengisyaratkan kesediaan Nabi Yusuf `a.s. memikul tanggungjawab melaksanakan pelan tindakan menyelamatkan Mesir dan rakyatnya dari bahaya kebuluran, dan untuk mempastikan kebekesanan peranannya, beliau mengusulkan agar raja meletakkannya pada posisi yang strategik: …`ala khaza'in al-ard (penanggungjawab khazanah bumi Mesir). Memang, tanpa menduduki posisi yang kuat, tepat dan strategik tanggungjawab seberat itu tidak akan terlaksana dengan sempurna. Sebenarnya kedudukan sebagai pendamping raja dan orang kepercayaannya cukup untuk menjadikannya tokoh yang berglamour. Tugas melaksanakan dasar ekonomi boleh dibebankan ke atas bahu orang lain. Tetapi Yusuf `a.s. mahu memikul sendiri tanggungjawab tersebut, termasuk risiko menjadi tidak popular kerana harus menguatkuasakan dasar berjimat-cermat ketika mewah selama tujuh tahun pertama. Yusuf `a.s. ingin mempastikan dasar berhemat tersebut terlaksana dengan beliau sendiri tampil sebagai pemimpin teladan, sebagai al-`Aziz (Perdana Menteri) yang mengamalkanhidup sederhana dan berhemat. gaya
Jawatan adalah amanah, dan kerana itu pula untuk mendudukinya diperlukan justifikasi kelayakan yang sesuai. Yusuf `a.s. memberikan justifikasi dengan credentials sebagai seorang yang hafizun `alim (mampu menjaga dan berilmu). Demikianlah dua kekuatan yang menjamin kompetensinya mengurus khazanah negara. Sifat hafiz yang dapat diertikan sebagai integriti moral memungkinkannya memelihara harta negara daripada kemusnahan, sementara sifat `alimnya pula memungkinkannya mengurus ekonomi dan kehidupan rakyat dengan bijaksana. Sebagai nabi, sumber utama ilmunya adalah wahyu, tetapi selain itu mungkin juga Yusuf `a.s. telah mendapat pendedahan tentang hal-ehwal pengurusan ekonomi selama tinggal di rumah al-`Aziz. Tentu ada hikmahnya mengapa Tuhan menempatkannya di rumah menteri al-`Aziz selama masa yang agak lama, iaitu untuk mendapatkan pengalaman dan pendedahan tersebut, sebagaimana adanya hikmah penempatan Musa `a.s. di istana Fir`aun, iaitu untuk mengenalkannya dengan serba-serbi tentang Fir`aun dan pembesar-pembesar di sekelilingnya. Pendedahan tersebut penting agar Musa `a.s. tidak takut menghadapi mereka apabila nanti beliau memimpin kebangkitan Bani Isra`il. Dengan menyebut dua kriteria utama tersebut (hafiz dan `alim) Nabi Yusuf `a.s. dapat meyakinkan semua pihak tentang kredibiliti dirinya untuk melaksanakan amanah berat menyelamat dan menyejahterakan umat. Keyakinan semua pihak yang berkaitan adalah amat penting bagi seorang pemimpin-pengurus mendapatkan sokongan dan kerjasama.
Ayat 56 menyebut kurnia Ilahi kepada Yusuf `a.s. yang berupa kedudukan yang teguh, bidang kuasa yang luas, dan kebebasan yang secukupnya untuk bergerak dan bertindak mengikut pertimbangan dan budi bicaranya. Ketika di penjara segalanya serba sempit dan terbatas, tetapi dengan rahmat Allah, setelah bebas segalanya berubah menjadi serba luas. Kurnia tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjayakan misinya sebagai da`i dan pendidik umat, sebagai pemimpin dan pengurus kehidupan rakyat. Untuk menjayakan misi besar seperti itu memang diperlukan ruang gerak dan kuasa bertindak yang secukupnya. Ayat ini dihujungi dengan komitmen ketuhanan bahawa amal dan prestasi terpuji akan mendapat ganjaran istimewa dari Allah. Bagaimana Tuhan melayani para muhsinin seharusnya menginspirasikan para pengurus dan pemimpin agar memberikan penghargaan dan ganjaran yang selayaknya kepada mereka yang berprestasi.
Ayat 57 memberikan insentif kurnia ukhrawi bagi mereka yang beriman dan bertaqwa. Segala amal termasuk khidmat pengurusan hal-ehwal kehidupan umat yang dilaksanakan berasaskan prinsip iman dan nilai taqwa tidak hanya membawa keberuntungan duniawi, tetapi lebih daripada itu akan mendapat penghargaan ukhrawi, kurnia Ilahi yang nilainya jauh lebih tinggi dan lebih abadi. Kurnia ukhrawi inilah yang seharusnya menjadi motivasi utama bagi orang beriman untuk melaksanakan amal perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang. Sesungguhnya kurnia ukhrawi itulah ganjaran yang sebenar dan yang terbaik.
Catatan: Raja Mesir pada zaman Nabi Yusuf `a.s. disebut dalam al-Qur'an (padatempat dalam surah Yusuf) sebagai al-malik, bukan Fir`awn seperti yang disebut untuk raja Mesir pada zaman Nabi Musa (`a.s.). Memang kenyataannya raja Mesir pada zaman Nabi Yusuf `a.s. bukan dari dinasti Fir`aun yang berbangsa dan berbahasa Qibtiy. Sejarah mencatatkan bahawa dari tahun 1900 hingga 1525 SM, Mesir dikuasai oleh kaum badawi dari lima Kan `an yang berbahasaKan `aniy (dekat dengan bahasa Arab dan). Pemerintahan mereka berpusat di hilir Mesir, manakala pemerintahan dinasti Qibtiy (yang sedang lemah) berpusat di bahagian hulu Mesir. Dalam tradisi kaum Qibtiy di Mesir, istilah Fir`aun hanya dipakai untuk raja Mesir tulen, dan tidak dipakai untuk raja pendatang dari luar. Demikianlah terserlahnya salah satu mukjizat ilmiah al-Qur'an, iaitu pemakaian istilah yang menepati fakta sejarah. Aram ![]()
__,_._,___
Monday, October 24, 2011
Isu surat tunjuk sebab yang ditujukan kepada Profesor Abdul Aziz bin Bari atas kenyataan beliau yang dikatakan bertentangan dengan kepentingan universiti mengundang polemik yang berpanjangan dalam masyarakat. Ini ditambah pula dengan liputan media dan kenyataan oleh pelbagai kelompok yang boleh menjejaskan reputasi kedua belah pihak.
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mempunyai nama dan kredibiliti yang tinggi dalam masyarakat di Malaysia. UIAM telah berjasa melahirkan graduan yang berkualiti dan mampu memberikan sumbangan yang besar kepada agama, bangsa dan negara. UIAM juga mempunyai reputasi yang baik diperingkat antarabangsa. Sementara Professor Abdul Aziz bin Bari adalah seorang tokoh akademik dalam bidang perundangan yang begitu dihormati di Malaysia. Beliau telah banyak menyumbangkan buah fikiran menerusi ceramah dan penulisan buku dan makalah dalam bidang kepakaran beliau iaitu perlembagaan.
ABIM berpandangan bahawa sebarang isu yang melibatkan pandangan , pendirian dan buah fikiran dalam bidang kepakaran seseorang adalah persoalan akademik. Maka sewajarnya segala persoalan akademik dilayan secara akademik juga, bukan menerusi tindakan undang-undang atau seumpamanya. Seharusnya medium perbincangan dibuka seluas-luasnya menerusi forum, perbahasan dan perbincangan ilmiah. Tampilkan pandangan lain yang boleh menjadi pencabar atau alternatif kepada pandangan yang menjadi tajuk perbincangan.
Sekiranya perkara ini terjadi, ABIM percaya kredibiliti kedua-dua belah pihak dapat dipelihara dan bakal menjadi teladan kepada orang ramai dalam usaha memasyarakatkan ilmu. ABIM juga khuatir jika ada campur tangan luar yang membayangi isu ini. Jika perkara ini berlaku ia akan merugikan kedua-dua pihak dan akhirnya akan menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap dunia academia di Malaysia. ABIM menuntut isu ini diselesaikan dengan segera secara matang dan bertanggungjawab oleh semua pihak.
AMIDI BIN ABDUL MANANPresiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).![]()
__,_._,___
Thursday, March 18, 2010
"A Democratic Islam?" in Jerusalem Post
by Daniel Pipes Jerusalem Post April 17, 2008
http://www.danielpipes.org/article/5517
There's an impression that Muslims suffer disproportionately from the rule
of dictators, tyrants, unelected presidents, kings, emirs, and various
other strongmen – and it's accurate. A careful analysis by Frederic L.
Pryor of Swarthmore College in the Middle East Quarterly ("Are Muslim
Countries Less Democratic?") concludes that "In all but the poorest
countries, Islam is associated with fewer political rights."
The fact that majority-Muslim countries are less democratic makes it
tempting to conclude that the religion of Islam, their common factor, is
itself incompatible with democracy.
I disagree with that conclusion. Today's Muslim predicament, rather,
reflects historical circumstances more than innate features of Islam. Put
differently, Islam, like all pre-modern religions is undemocratic in
spirit. No less than the others, however, it has the potential to evolve
in a democratic direction.
Marsiglio of Padua
Such evolution is not easy for any religion. In the Christian case, the
battle to limit the Catholic Church's political role lasted painfully
long. If the transition began when Marsiglio of Padua published Defensor
pacis in the year 1324, it took another six centuries for the Church
fully to reconcile itself to democracy. Why should Islam's transition be
smoother or easier?
To render Islam consistent with democratic ways will require profound
changes in its interpretation. For example, the anti-democratic law of
Islam, the Shari'a, lies at the core of the problem. Developed over a
millennium ago, it presumes autocratic rulers and submissive subjects,
emphasizes God's will over popular sovereignty, and encourages violent
jihad to expand Islam's borders. Further, it anti-democratically
privileges Muslims over non-Muslims, males over females, and free persons
over slaves.
Mahmud Muhammad Taha
For Muslims to build fully functioning democracies, they basically must
reject the Shari'a's public aspects. Atatürk frontally did just that in
Turkey, but others have offered more subtle approaches. Mahmud Muhammad
Taha, a Sudanese thinker, dispatched the public Islamic laws by
fundamentally reinterpreting the Koran.
Atatürk's efforts and Taha's ideas imply that Islam is ever-evolving, and
that to see it as unchanging is a grave mistake. Or, in the lively
metaphor of Hassan Hanafi, professor of philosophy at the University of
Cairo, the Koran "is a supermarket, where one takes what one wants and
leaves what one doesn't want."
Islam's problem is less its being anti-modern than that its process of
modernization has hardly begun. Muslims can modernize their religion, but
that requires major changes: Out go waging jihad to impose Muslim rule,
second-class citizenship for non-Muslims, and death sentences for
blasphemy or apostasy. In come individual freedoms, civil rights,
political participation, popular sovereignty, equality before the law,
and representative elections.
Two obstacles stand in the way of these changes, however. In the Middle
East especially, tribal affiliations remain of paramount importance. As
explained by Philip Carl Salzman in his recent book, Culture and Conflict
in the Middle East, these ties create a complex pattern of tribal autonomy
and tyrannical centralism that obstructs the development of
constitutionalism, the rule of law, citizenship, gender equality, and the
other prerequisites of a democratic state. Not until this archaic social
system based on the family is dispatched can democracy make real headway
in the Middle East.
Globally, the compelling and powerful Islamist movement obstructs
democracy. It seeks the opposite of reform and modernization – namely,
the reassertion of the Shari'a in its entirety. A jihadist like Osama bin
Laden may spell out this goal more explicitly than an establishment
politician like Turkey's Prime Minister Recep Tayyip Erdoğan, but
both seek to create a thoroughly anti-democratic, if not totalitarian,
order.
Islamists respond two ways to democracy. First, they denounce it as
un-Islamic. Muslim Brotherhood founder Hasan al-Banna considered
democracy a betrayal of Islamic values. Brotherhood theoretician Sayyid
Qutb rejected popular sovereignty, as did Abu al-A'la al-Mawdudi, founder
of Pakistan's Jamaat-e-Islami political party. Yusuf al-Qaradawi,
Al-Jazeera television's imam, argues that elections are heretical.
Despite this scorn, Islamists are eager to use elections to attain power,
and have proven themselves to be agile vote-getters; even a terrorist
organization (Hamas) has won an election. This record does not render the
Islamists democratic but indicates their tactical flexibility and their
determination to gain power. As Erdoğan has revealingly explained,
"Democracy is like a streetcar. When you come to your stop, you get off."
Hard work can one day make Islam democratic. In the meanwhile, Islamism
represents the world's leading anti-democratic force.
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my