Sunday, February 01, 2009

Christopher Fernando dies Sunday, 20 January 2008 08:06am KUALA LUMPUR: Well-known criminal lawyer Christopher Fernando (pic) died at the National Heart Institute (IJN) here last night. He was admitted to the IJN on Monday after suffering a heart attack. According to his sister Shahreen Kamalludin, Fernando underwent a triple by-pass surgery but his condition worsened on Friday. Fernando, whose Muslim name is Aris Rizal Fernando Abdullah, was a former Sessions Court president before he joined a private practice in Seremban. Many ACA prosecutors and officers did not like going up against Fernando because he often caught them out especially in cases involving entrapment. He shot to national acclaim when he joined Datuk Seri Anwar Ibrahim’s defence team when the former deputy prime minister was charged with abuse of power. Fernando was married to Maria Kamaruddin who is the sister of former Umno Yourh chief Datuk Suhaimi Kamaruddin. They had two daughters Marissa and Rina. Shahreen said her brother’s body was taken to a relative’s house at Jalan Titiwangsa here and will be buried at the Muslim cemetery this afternoon.


Kuala Lumpur, 20 Jan - Jenazah peguam terkemuka, Aris Rizal Christopher Fernando selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Taman Titiwangsa! , dekat sini jam 1.30 tengah hari tadi.Fernando, 68, meninggal jam 12.30 pagi tadi akibat sakit jantung.Allahyarham diserang sakit jantung dan dikejarkan ke Institut Jantung Negara Isnin 15 Jan lepas. Beliau tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan pintasan jantung sehari selepas itu sehinggalah saat menghembuskan nafas terakhir.Jenazahnya kemudian dibawa ke rumah salah seorang keluarga beliau di Taman Titiwangsa. Kira-kira 300 orang kaum keluarga, sahabat handai dan sahabat seperjuangan hadir untukmemberi penghormatan terakhir.

Presiden KeADILan Datin Seri Wan Azizah Ismail tiba pada kira-kira pukul 11 pagi. Penasiha KeADILan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berada di Sabah dan dijangka akan pulang segera petang ini.Antara pemimpin KeADILan yang turut hadir ialah Naib Presiden Azmin Ali, Pengarah Strategik Saifuddin Nasution Ismail, Ketua Penerangan Tian Chua dan Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan Datuk Kamarul Baharin.Teman-teman peguam yang turut kelihatan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham ialah Zulkifli Nordin, Pawanchek Merican, Sankara N nair, Sulaiman Abdullah, Zainur Zakaria, Kamar Ainiah Kamaruzzaman, Gibind Singh Deo dan lain-lain.Turut kelihatan pemimpin Pas Dr Hatta Ramli serta penyokong-penyokong KeADILan dan aktivis reformasi.Nama Fernando mula terkenal apabila beliau tampil menjadi salah seorang peguam yang membela Anwar apabila mantan Timbalan Perdana Menteri itu difitnah dan didakwa dimahkamah pada tahun 1999. Fernando meninggalkan seorang balu dan dua anak perempuan.admin @ January 20, 2008Christopher FernandoKeADILan Kuala Lumpur, 20 Jan - Christopher Fernando meninggal dunia akibat serangan jantung pagi ini pada pukul 12.30am. Beliau merupakan salah seorang peguam utama dalam pasukan yang membela Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.“Kita kehilangan sahabat malah selaku ahli keluarga, pendukung setia agenda Reformasi, peguambela handal - dan buat saya rakan karib setia bersama terutama tatkala menanggung derita di penjara Sungai Buloh."“Beliau bersama dengan barisan peguam secara sukarela, pro bono membela saya, bekerja bertungkus lumus dengan gaya dan kepetahan istimewa. Saya amat terharu di atas pemergiannya, seolah-olah abang kandung saya sendiri. Didoakan semoga Allah swt mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Rizal Chris Fernando dan menempatkannya bersama salihin.” kata Anwar.*****.*.*****Amwar IbrahimAllahyarham Aris Chris FernandoJam 1 pagi di Kota Kinabalu, Sabah, saya menerima berita yang amat menyedihkan dari dinda Rusli. Kita kehilangan sahabat malah selaku ahli keluarga, pendukung setia agenda Reformasi, peguambela handal - dan buat saya rakan karib setia bersama terutama tatkala menanggung derita di penj! ara Sungai Buloh.Chris mulanya bersahabat dengan kanda Allahyarham Rani dan mula akrab dengan saya Azizah, anak-anak dan keluarga sebaik saya dipecat. Beliau bersama dengan barisan peguam secara sukarela, pro bono membela saya, bekerja bertungkus lumus dengan gaya dan kepetahan istimewa. Chris diiringi anakandanya yang dikasehi Marisa. Sepanjang berulang alik ke penjara, beliau amat mengharapkan saya bebas awal agar dapat menghadiri upacara perkahwinan anaknya.Saya amat terharu di atas pemergiannya, seolah-olah abang kandung saya sendiri. Chris adalah teman karib, memahami isi hati saya, membantu mendorong memperkuat semangat dan keyakinan saya tatkala di Sungai Buloh.Saya mendapat berita keuzuran tenat Chris akibat serangan jantung pagi tadi sebelum menaiki pesawat ke Kota Kinabalu. Azizah sempat menziarahnya di IJN tengahari tadi dan melaporkan bahawa keadaan beliau membimbangkan. Dan saudara Zulkifli Nordin menyampaikan berita perkembangan melalui SMS.Maria dan keluarga diharap bersabar menempuh dugaan, yang mengejutkan kami semua. Saya akan cuba membatalkan sebahagian program pagi nanti untuk berlepas pulang awal mengiringi jenazah Allahyarham Chris.Didoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Rizal Chris Fernando dan menempatkannya bersama salihin.
ANWAR IBRAHIM

No comments: