Tuesday, November 29, 2011
Sunday, November 27, 2011
Friday, November 25, 2011
Wednesday, November 23, 2011
Monday, November 21, 2011
Thursday, November 17, 2011
Wednesday, November 16, 2011
Saturday, November 12, 2011
Dr Siddiq Fadil: DEMOKRASI DAN PLURALITI bahagian 2
DEMOKRASI DAN PLURALITI: PERSPEKTIF AL-SIYASAT AL-SHAR`IYYAHSiddiq Fadzil
Ijtimak harakiy ini mengangkat tema siyasah shar`iyyah dengan semangat memugar dinamikanya sebagai disiplin penjana daya hidup pemikiran politik Islam, untuk memungkinkannya menghadapi pelbagai perkembangan dan perubahan yang terus-menerus menciptakan realiti-realiti baru. Demikianlah hakikat siyasah shar`iyyah sebagaimana yang durumuskan oleh Fathiy `Uthman:(ijtihad dalam menangani hal-hal kenegaraan Islamyang sentiasa berkembang dan berubah)Siyasah shar`iyyah dalam tradisi kesarjanaan Islam meliputi makna yang cukup luas. Kaum fuqaha' mengertikannya sebagai wewenang para penguasa Muslimin membuat dasar-dasar dan aturan-aturan berasaskan maslahah selama tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip agama meskipun tidak ada dalil khusus mengenainya. Sementara itu para ulama yang bukan ahli fiqh memakai istilahsiyasah shar`iyyah dengan pengertian yang lebih luas iaitu pengurusan segala kepentingan umat (masalih al-`ibad) berasaskan ajaran syara`. Untuk merumuskan kepelbagaian makna tersebut al-Shaykh `Abd al-Wahhab Khallaf menyarankan definisi yang inklusif bagi istilah al-siyasah al-shar`iyyah iaitu:
Ternyata siyasah shar`iyyah adalah ijtihad merealisasikan maslahah penyejahteraan kehidupan umat, yang dalam konteks ini maslahah yang dimaksudkan itu tidak lain adalah maqasid al-shari`ah. Untuk itu memang politik Islam harus selamanya terikat dengan nas-nas syara`. Justeru, objektif syara` adalah demi maslahah umat. Namun demikian sebahagian maslahah tersebut direalisasikan menerusi ijtihad, terutama dalam hal-hal yang memang diserahkan kepada umat sendiri memutuskannya berasaskan pertimbangan apa yang terbaik dalam konteks zaman dan lingkungan yang berkembang dan berubah. Kerana itu al-siyasat al-shar`iyyah pada garis besarnya adalah al-`amal bi al-masalih al-mursalah. Berasaskan bertimbangan al-masalih itulah umat harus menentukan sistem apa dan aturan bagaimana yang terbaik buat mereka.
Islam dan DemokrasiAntara perkembangan di Dunia Islam yang sedang mendapat sorotan luas ketika ini ialah kebangkitan Islam sebagai kekuatan politik, dan keghairahan terhadap demokrasi. Yang jelas, Islam dan demokrasi telah menjadi isu yang dominan dalam wacana politik pasca Thawrat al-Shabab (Revolusi Pemuda) di Asia Barat. Ramalan bahawa rantau tersebut akan menjadi lebih Islamik dan sekaligus lebih demokratik telah menciptakan suatu scenario keserasian Islam dengan demokrasi, suatu yang mungkin tidak tergambar dalam pemikiran kaum sekularis yang selama ini mempersepsikan Islam sebagai promoter pemerintahan diktator-teokratik; malah mungkin juga tidak terbayang dalam benak golongan Muslim jumud yang melihat demokrasi sebagai suatu kekufuran.
Satu lagi perkembangan penting yang sedang menjadi tumpuan perhatian dunia ialah kemunculan Recep Tayyip Erdogan dan parti pimpinannya (AKP) di Turki. Kejayaannya memenangi pilihan raya umum tiga kali berturut-turut dengan dukungan rakyat yang semakin meluas, di samping prestasi cemerlangnya dalam pelbagai bidang: ekonomi, politik dan diplomatik telah memberikan pencitraan baru terhadap Islam dan demokrasi. Adalah suatu yang sangat bererti apabila Turki disebut sebagai a working example of Muslim democracy. Segala perkembangan tersebut memberikan harapan bahawa Islam akan lebih menyemarak dalam sistem demokrasi yang sihat, dan demikian pula demokrasi akan lebih subur dan segar di bawah pimpinan Muslim-demokrat, berbanding keadaannya ketika di bawah kekuasaan nasionalis-sekularis-autokrat.
Pada hakikatnya Islam dan demokrasi tidak semestinya bertentangan, dan tidak juga semestinya bersesuaian. Sesuai atau tidaknya tergantung bagaimana kita mempersepsikan politik Islam dan bagaimana kita mendefinisikan demokrasi. Mungkin bentuk-bentuk tertentu politik Islam memang bertentangan dengan model-model demokrasi tertentu. Tetapi mengingat hakikat bahawa politik Islam tidak membeku pada sesuatu bentuk, sementara demokrasi juga tidak membeku pada suatu model, maka kemungkinan bertemunya Islam dengan demokrasi pada suatu titik keserasian adalah suatu yang sangat mungkin.Kemungkinan seperti itulah yang cuba diteroka oleh para leluhur kita dalam gerakan Islam seperti Muhammad Natsir dan Abu al-A`la al-Mawdudiy. Muhammad Natsir menerima demokrasi yang dimodifikasi menjadi theistic democracy, sementara al-Mawdudiy juga menerimanya dengan memodifikasikannya menjadi theo-democracy. Demikianlah umumnya pendirian tokoh-tokoh gerakan Islam kontemporari yang melihat adanya maslahah dalam penerimaan terhadap demokrasi setelah ia diletakkan dalam perspektif dan worldview Islam.
Penerimaan terhadap demokrasi di kalangan ilmuwan dan tokoh gerakan Islam masa kini ternyata semakin meluas. Bagaimanapun ini tidak bererti mereka telah menerima model demokrasi Barat sepenuh dan seutuhnya. Dr. Yusuf al-Qaradawiy adalah antara tokoh paling artikulatif menyuarakan dukungannya terhadap demokrasi, tetapi tetap kritis terhadap model demokrasi Barat yang terlalu liberal dan telah terlepas dari kendali agama dan moral. Yang menjadi asas pijakan pembelaan al-Qaradawiy terhahap demokrasi bukan bentuk jelmaannya di Barat, tetapi jawhar al-dimuqratiyyah atau idea dasar demokrasi itu sendiri yang dinilainya selaras dengan Islam.Al-Qaradawiy bertolak dari hakikat bahawa negara Islam bukan negara teokratik, bukan pemerintahan sekumpulan "orang agama" yang menguasai rakyat atas nama al-haqq al-Ilahiy. Tetapi ia buka juga negara sekular yang memusuhi atau menolak agama. Negara Islam adalah negara madani (civil) berasaskan Islam, berdasarkan bay`ah dan shura, yang ditadbir oleh pemerintah pilihan rakyat dari kalangan mereka yang berkelayakan: qawiyyun amin dan hafizun `alim (perkasa dan dapat dipercaya, berintegriti moral dan berkompetensi intelektual). Mereka bukan golongan maksum yang kebal kritik dan teguran. Dalam pemerintahan Islam yang sedemikian, ruang partisipasi atau peranserta rakyat memang terbuka luas, terutama para ilmuwan yang secara agama diwajibkan menasihati pemerintah atas dasar amar makruf nahi munkar.
Dengan tegas al-Qaradawiy menyimpulkan bahawa pemerintahan Islam dibangun di atas prinsip-prinsip demokratik paling unggul, tetapi dengan catatan bahawa ia bukan sebuah replika demokrasi Barat. Demokratiknya Islam adalah kerana keserasiannya dengan prinsip-prinsip dan nilai-nilai dasar demokrasi. Apa yang disebut sebagai jawhar al-dimuqratiyyah itu beliau rumuskan, bahawa rakyatlah yang harus memilih sendiri pemerintah yang mereka senangi, bahawa rakyat tidak boleh dipaksa menerima pemerintah yang mereka tidak suka, atau sistem yang mereka tidak suka; bahawa rakyat berhak menilai (muhasabah) dan mengambil tindakan ke atas pemerintah apabila bersalah; bahawa rakyat berhak memecat atau menggantikan mereka apabila menyeleweng. Demikianlah antara idea-idea teras faham demokrasi yang untuk merealisasikannya terciptalah sejumlah sistem dan mekanisme pelaksananya seperti pilihan raya, pungutan suara, pengiktirafan keputusan suara terbanyak, pelaksanaan sistem pelbagai parti politik (ta`addud al-ahzab al-siyasiyyah), hak membangkang atau beroposisi (haqq al-mu`aradah) bagi golongan minoriti, kebebasan akhbar, kebebasan kehakiman dan seterusnya. Al-Qaradawiy seterusnya bertanya, jika itulah yang namanya demokrasi, lalu di mana pertentangannya dengan Islam?
Demikianlah kenyataannya, pilihan raya sebagai mekanisme penting bagi terlaksananya demokrasi. Tetapi ini tidak bererti bahawa asal ada pilihan raya, maka adalah demokrasi. Pilihan raya asal-asalan tidak mungkin merealisasikan demokrasi yang sihat dan tulen. Justeru, demi terlaksananya demokrasi dalam erti semurninya, pilihan raya harus adil dan bersih dari sebarang kecurangan. Dan kerana itu pula perjuangan menuntut pilihan raya yang bersih adalah bahagian daripada perjuangan merealisasikan jawhar al-demuqratiyyah, sistem yang disebut oleh al-Qaradawiy sebagai min samim al-Islam. Jika demikianlah hakikatnya, maka dari fiqh rimba mana datangnya fatwa bahawa perjuangan menuntut pilihan raya yang bersih itu bertentangan dengan Islam?Seperti yang telah disebutkan, bahawa antara komponen penting jawhar al-dimuqratiyyah adalah haqq al-mu`aradah atau hak untuk membangkang dan beroposisi. Ia adalah penjelmaan hak kebebasan berfikir dan bersuara yang merupakan bahagian daripada hak asasi manusia. Kerana itu kehadiran pembangkang harus diterima dengan jiwa besar sebagai unsur penting penyuburan dan penyegaran demokrasi. Dalam konteks Islam kritik dan bangkangan yang membina adalah bahagian daripada tanggungjawab al-amr bi al-ma`ruf wa al-nahy `an al-munkar. Membangkang dalam semangat dan pengertian tersebut bukan sekadar suatu hak demokratik yang boleh dilaksanakan, dan boleh pula ditinggalkan (memang demikianlah yang namanya hak, yang boleh diambil dan boleh ditolak), tetapi lebih daripada itu ia adalah tanggungjawab keagamaan yang wajib dilaksanakan. Jika demikianlah hakikatnya, lalu dari fiqh hutan mana datangnya hukum bahawa pembangkang adalah golongan bughah (penderhaka)?
Demokrasi tidak hanya bererti pemerintahan golongan majoriti, tetapi juga oposisi golongan minoriti, dan yang menjadi minoriti hari ini, mungkin berubah manjadi majoriti apabila sampai masanya nanti. Demikian kata Dandal Jabr dalam tulisannya, al-Ta`addudiyyat al-Siyasiyyah wa Tadawul al-Sultah fi al-Siyasat al-Shar`iyyah
--
Posted By Outreacher to Wadah Utara at 8/05/2011__,_._,___
Dr Siddiq Fadil: DEMOKRASI DAN PLURALITI bahagian akhir
DEMOKRASI DAN PLURALITI:PERSPEKTIF AL-SIYASAT AL-SHAR`IYYAHSiddiq Fadzil
Dalam masyarakat demokratik tidak boleh ada pemaksaan menelan pendapat yang tidak disetujui. Memaksa rakyat menerima pendapat penguasa dan mencabul kebebasan media adalah sejenis al-irhab al-fikriy atau terorisme pemikiran. Pluraliti atau kepelbagaian, termasuk kepelbagaian pendapat seharusnya disikapi secara positif sebagai ikhtilaf yang membawa rahmah. Sebagaimana halnya perbezaan pendapat dalam fiqh yang akhirnya membentuk pelbagai mazhab, maka demikian jugalah perbezaan pendapat dalam politik yang kemudiannya menjelmakan pelbagai parti. Kepelbagaian parti politik (ta`addud al-ahzab al-siyasiyyah) adalah suatu keperluan bagi mencegah kesewenang-wenangan para penguasa. Dalam pemerintahan yang mengamalkan sistem satu parti, tidak ada kekuatan korektif yang berkesan, dan ini akan membuka ruang yang seluas-luasnya kepada segala bentuk penyelewengan, kecurangan dan kezaliman. Dahulu, ketika Amir al-Mu'minin `Umar ibn al-Khattab r.`a. meminta rakyat membetulkannya jika beliau menyeleweng, ada yang bangkit dengan ikrar akan membetulkannya dengan pedang. Sukar untuk membayangkan hal seperti itu dapat dilakukan ketika ini, kerana semua pedang sudah di tangan penguasa, dan rakyat tidak punya apa-apa lagi.
Kehadiran pelbagai parti politik yang menawarkan agenda dan program yang berbeza-beza dapat memberikan peluang kepada rakyat memilih mana yang terbaik. Dalam sistem demokrasi kekuatan idea harus disaingi dengan idea tandingan, bukan ditindas dengan kekerasan. Semua parti akhirnya harus akur dengan keputusan rakyat yang dibuat melalui pilihan raya. Mekanisme pilihan raya adalah jaminan proses peralihan kuasa dari parti ke parti secara damai, tanpa menyusahkan rakyat dalam silang sengketa pertumpahan darah. Penggiliran kuasa memerintah di kalangan parti-parti politik seharusnya dianggap suatu yang wajar dan normal. Kerana itu parti yang berkuasa tidak perlu bertindak teror hancur-hancuran demi mempertahankan kuasanya, yang seolah-olah sudah menjadi harta pusaka datuk-nenek.Bagi umat Islam pluraliti (tanawwu`, ta`addud, ikhtilaf) adalah fenomena ciptaan Tuhan yang sarat dengan hikmah. Yang mutlak Tunggal hanya Allah sendiri, sedang makhluk diciptakan beragam (mukhtalifan) dan berpasangan (azwajan). Manusia diciptakan lelaki dan perempuan, berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, berbeza-beza bahasa dan berlain-lainan warna. Kepelbagaian tersebut diciptakan bukan tanpa makna. Pluraliti adalah tanda (ayat) yang menyiratkan hikmah dan makna untuk diteroka oleh al-`alimin, mereka yang memiliki daya renung keilmuan yang tajam. Demikianlah premis yang membentuk sikap positif-apresiatif terhadap pluraliti. Kerana itu pula tidak ada masalah bagi umat Islam menghadapi pluraliti masyarakat.
Dalam konteks Malaysia, rakyat bukan Muslim selayaknya dilayani sebagai saudara setanahair. Mereka bukan lagi kaum dhimmiy, suatu pengkategorian yang sudah kehilangan justifikasi kesejarahannya. Perubahan sejarah dan realiti politik telah menjadikan istilah tersebut tidak relevan lagi. Realiti inilah yang diserlahkan oleh Fahmiy Huwaydiy, lalu diungkapkan dengan tegas lewat judul bukunya Muwatinun la Dhimmiyyun (Warganegara, bukan Zimmiy). Kesimpulan Huwaydiy tersebut mendapat dukungan penuh dari al-Qaradawiy yang menyarankan agar istilah tersebut dipadam sahaja kerana tidak lagi dapat diterima oleh kaum bukan Muslim:Ÿà ŸÑÿßÿ®Ã¿Ã˜ ŸÖŸÜ ÿ≠ÿ∞ŸÅ ŸÉŸÑŸÖÿßÿ™ Ÿà ŸÖÿµÿ∑ŸÑÿ≠ÿßÿ™ ÿ™Ã¿ÃŸÃ¿±Å¸Ã¤Ã¿Ã†Å¸Ã¤Ã¿© ŸÖŸÜ ŸÇÿߟ֟à ÿ≥ ÿߟÑÿ™Ã¿Ï€Ã¿ÃŸÅ¸Ã–ŸÑ ÿߟџÖÿπÿßÿµÿ±Ã¿Ã¥ ŸÖÿ´Å¸Ã‘ ŸÉŸÑŸÖÿ© "ÿ∞ŸÖŸëÿ©" ÿߟÑÿ™Å¸Ã¢ ŸÑŸÖŸäÿπÿØ ŸäŸÇÿ®Å¸Ã‘Ÿáÿß ÿ∫Ÿäÿ± ÿߟџÖÿ≥لمين.
Lebih jauh al-Qaradawiy menyebut warga bukan Muslim sebagai saudara ketika merujuk kaum Koptik dengan sebutan ikhwanuna al-Aqbat. Rupa-rupanya ada yang keberatan dengan sebutan saudara untuk orang bukan Muslim (Kristian). Dalam penjelasannya al-Qaradawiy menegaskan bahawa memang mereka adalah saudara kita setanahair:ÿ•Å¸Ãœ ÿߟÑÿ£Å¸Ã‡Ã¿®Ã¿ÃŸÃ¿∑ ÿ•Ã¿Ã†Å¸Ã اننا ŸÅŸâ ÿߟџà ÿ∑ŸÜÿå Ÿà ÿ•Å¸Ãœ ŸÑŸÖ يكو نو ا ÿ•Ã¿Ã†Å¸Ã اننا ŸÅŸâ الدين، Ÿäÿ¨Å¸Ã–عنا Ÿà ÿ•Å¸Ã¤Ã¿ÃŸÅ¸Ã¡Å¸Ã– Ÿà ÿ∑ŸÜ Ÿà ÿßÿ≠ÿØ.
Dalam penghujahannya al-Qaradawiy merujuk sejumlah ayat dari surah al-Shu`ara' tentang hubungan persaudaraan (ukhuwwah) di antara para rasul (Nuh, Hud, Salih dan Lut `a.s.) dengan kaum masing-masing (Qawmu Nuh, kaum `Ad, kaum Thamud dan Qawmu Lut) yang semuanya kufur dan mendustakan para rasul itu. Namun demikian al-Qur'an menyebut hubungan antara rasul-rasul tersebut dengan mereka sebagai hubungan persaudaraan:قال لهم ÿ£Ã¿Ã†Å¸Ã هم
Dari ayat-ayat tersebut al-Qaradawiy merumuskan bahawa selain persaudaraan keagamaan (ukhuwwat al-din) masih ada lagi bentuk-bentuk persaudaraan yang lain: persaudaraan setanahair (al-ukhuwwat al-wataniyyah), persaudaraan sebangsa (al-ukhuwwat al-qawmiyyah), persaudaraan seikhtisas (al-ukhuwwat al-mihaniyyah), persaudaraan seinsaniah (al-ukhuwwat al-insaniyyah) dan seterusnya.
Sebagai saudara setanahair, warga bukan Muslim dapat menjadi komponen pembentukan satu ummah bersama kaum Muslimin. Demikianlah petunjuk nabawi dalam pembentukan negara berbilang kaum sebagaimana yang didokumentasikan dalam Piagam Madani (Sahifah Madinah). Kaum Muslimin adalah satu ummah, sementara Yahudi juga adalah satu ummah. Tetapi dalam konteks kenegaraan, kedua-duanya dapat bergabung membentuk ummah Madaniyyah, tanpa melebur jati diri keumatan masing-masing. Hakikat itulah yang diisyaratkan lewat ungkapan ummatun ma`a al-mu'minin (Yahudi bersama kaum Mukminin adalah satu ummah). Kata kuncinya adalah ma`a (bersama). Teks Piagam Madani tidak memakai ungkapan min al-Muslimin (Yahudi sebahagian daripada kaum Muslimin).
Berasaskan pertimbangan al-siyasat al-shar`iyyah, tidak ada halangan bagi kaum Muslimin mengadakan pakatan politik dengan parti-parti bukan Islam. Asas pertimbangannya adalah maslahah. Tidak ada nass yang menghalang sekiranya pakatan seumpama itu mengandungi masalahah bagi umat. Atas pertimbangan yang sama, juga tidak ada halangan bagi kaum Muslimin berkongsi kuasa dengan warga bukan Muslim. Pada zaman kerajaan `Abbasiyyah, ketika warga bukan Muslim masih dikategorikan sebagai kaum dhimmiy, al-Mawardiy (yang hidup pada zaman tersebut) dalam kitabnya al-Ahkam al-Siltaniyyah membolehkan mereka menjawat wazir al-tanfidh (menteri pelaksana). Dalam konteks realiti kita hari ini tentunya ruang penyertaan warga bukan Muslim lebih luas lagi.
Keharmonian antara golongan yang beragam dan pelbagai diasaskan di atas suatu set nilai: kemanusiaan, persamaan, keadilan dan seterusnya. Tidak ada golongan yang diunggulkan semata-mata kerana darah keturunan. Keunggulan bukan hak eksklusif golongan tertentu, tetapi ditawarkan kepada semua yang sanggup memenuhi syarat. Dalam Islam tidak ada ketuanan warisan, yang ada ialah keunggulan bersyarat (khayriyyatun mashrutah). Keunggulan seperti itulah yang tersirat dalam ayat Ali `Imran:ŸÉŸÜÿ™Å¸Ã– ÿÆŸäÿ±Ã¿£Å¸Ã–Ÿëÿ© ÿ£Ã¿Ã†Ã¿±Ã¿¨Ã¿™ ŸÑŸÑŸÜŸëÿßÿ≥ ÿ™Ã¿£Å¸Ã–ÿ±Å¸Ã ŸÜ ÿ®Ã¿ÃŸÅ¸Ã‘ŸÖÿπÿ±Å¸Ã ŸÅ Ÿà ÿ™Å¸ÃœÅ¸Ã¡Å¸Ã ŸÜ عن ÿߟџ֟ܟÉÿ± Ÿà ÿ™Ã¿§Å¸Ã–ŸÜŸà ŸÜ ÿ®Ã¿ÃŸÅ¸Ã‘ŸÑŸá...
Keunggulan (khayriyyah) yang disebut dalam ayat tersebut terkait dengan tiga syarat:· Komitmen penegakan nilai-nilai kemakrufan.· Kesanggupan berjuang melawan gejala kemunkaran.· Beriman dengan Allah dalam erti yang seluas dan semurninya.
Ternyata tidak ada ketuanan yang dipusakai, kerana memang keunggulan tidak diwarisi. Keunggulan harus diraih dengan usaha gigih membina kekuatan watak berasaskan iman dan nilai-nilai murni. Demikianlah, yang ada hanya keunggulan yang bersyaratkan usaha yang serius (khayriyyatun mashrutatun muktasabah). Al-Qur'an tidak menyebut keunggulan yang berasaskan hak warisan perkauman (al-`unsuriyyat al-mawruthah). Justeru, keunggugulan bukan monopoli sesuatu kaum. Ia ditawarkan terbuka kepada semua yang sanggup memenuhi syarat, termasuk golongan ahl al-kitab:Ÿà ŸÑŸà ÿ¢Å¸Ã–ŸÜ ÿ£Å¸Ã¡Å¸Ã‘ ÿߟџÉÿ™Ã¿ÃŸÃ¿® لكان ÿÆŸäÿ±Ã¿ÃŸ لهم ...
Mudah-mudahan Tuhan Yang Maha Rahman berkenan memberkati amal perjuangan tiga serangkai gerakan Islam PKPIM-ABIM-WADAH ini meratakan rahmat sehingga seluruh warga alam dapat menikmati kurnia agung al-Islam sebagai rahmatan li al-`alamin.
Penghargaan dan Harapan
Sidang muktamirin, demikianlah yang terdaya kami ungkapkan dalam keadaan serba payah ketika ini. Maaf, atas ketidakmampuan hadir dan ikut serta sebagaimana mestinya. Hanya Tuhanlah Yang Maha Tahu betapa ingin untuk ikut hadir dalam ijtimak yang bersejarah ini. Tetapi sebagai pesakit saya tidak dapat mengingkari larangan doktor yang merawat saya (Prof. Dr. Hamidon Basri) yang pada penilaiannya kesan serangan penyakit Miller Fisher syndrome belum memungkinkan saya hadir.
Terima kasih atas do`a dan simpati sepanjang saya menjalani ujian ini. Sesungguhnya saya berasa sangat tertolong dengan barakah do`a dan munajat saudara-saudara. Mudah-mudahan derita yang menimpa ini menjadi kaffarah. Kepada seluruh warga harakah saya mohon do`a yang berterusan semoga Allah berkenan mengurniakan kesembuhan penuh secepat-cepatnya untuk meneruskan kiprah amal bakti demi agama-Nya menerusi wadah tercinta ini.
ÿ±Ã¿®Å¸Ã«Å¸ÃœÃ¿ÃŸÃ¿Ï€Å¸Ã‘يك ÿ™Å¸Ã كّلنا Ÿà ÿ•Å¸Ã‘يك ÿ£Å¸ÃœÃ¿®Å¸ÃœÃ¿ÃŸ Ÿà ÿ•Å¸Ã‘يك ÿߟџÖÿµŸäÿ±. الله ÿ£Å¸Ã‰Ã¿®Ã¿± Ÿà ŸÑŸÑŸá ÿߟÑÿ≠ŸÖÿØ.
Senarai RujukanAl-Qaradawiy, Yusuf. 2010. Al-Watan wa al-Muwatanah. Kaherah: Dar al-Shuruq.
---------------------------- 1997. Min Fiqh al-Dawlah fi al-Islam. Kaherah: Dar al-Shuruq.
Al-Sa`udiy, `Abd al-Wadud Mustafa. 2010. Al-Bayan al-Shafi fi al-Fiqh al-Islamiy: al- Siyasat al-Shar`iyyah. Bangi: Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Khallaf, `Abd al-Wahhab. 1984. Al-Siyasah al-Shar`iyyah. Beirut: Mu'assat al-Risalah.
`Uthman, Fathiy. 1979. Min Usul al-Fikr al-Siyasiy al-Islamiy. Beirut: Mu'assasat al- Risalah.
(Teks Amanat Pimpinan Wadah Ijtimak Harakiy ke-2 dan Seminar Siyasah Shar`iyyah: Demokrasi dan Pluraliti, 23 Julai 2011/21 Sha`ban 1432H., Taman EkspoPertanian Malaysia, Serdang .)
--
Posted By Outreacher to Wadah Utara at 8/05/2011 06:07:00 PM__,_._,___
Time for Change
If the problem and malaise affecting BN is merely that of public perception, then they are quite delusional and are caught up in their own self serving propaganda. BN as a government is in decline and is performing badly relative to the days in the past. They are losing economic competitiveness, their keen sense of development strategies which are losing lots of public money, revelations of rampant corruption and they have not been able to transform unlike whatever grand pronouncements made in that direction. They cannot even reconcile between national unity and Malay rights. Their media machines gun after each and everyone's racial phobia. Worse is that they have been caught time and again to be lying through their teeth. So this is beyond public relations and APCO like perception insights or piecemeal "make people fear or make people feel good" solutions. It needs a major revamp and that denial syndrome or that even if we are not performing "we are still the best for you" attitude and condescendence has to go.
Why is it supposed to a proposed reconciliation only between BN and PAS? Why be so dismissive of Anwar as if he is not significant politically whether in terms of national unity or Malay interests? If it is thought that Anwar has lost it and cannot garner public support across the races and throughout the country then let us remind ourselves of what the embattled Pak Lah, a former PM said back then. He said Anwar is someone forgotten before setting out to lead one of BN's most disastrous elections ever. It is a fact that Anwar has been in government administration and has so far been able to transcend across diverse political parties and backgrounds. It is still a fledgling political process but now we almost have a viable two party system for vibrant democratic check and balances.
The ones out to cripple Anwar are the same Malay-Muslims with an outrageous destructive agenda turning everything onto weapons to assail and destroy him. It has gone beyond mere character assassination. Some insane drive has them fanatically devoted to vanquish him. If God forbid, they somehow manage to be able to terminate him, it shall come together with demolishing and bringing down the whole nation's justice system. Does PAS really want to have anything to do with such wayward terminator like politicians?We have to ponder this Sufi anecdote of the past. One day, Mulla Nasruddin a famous Sufi was seen kneeling on his lawn outside his house looking for something. His trusted pupil saw him and went to him kneeling beside him to help. The pupil asked, "What are you looking for, Mulla?". Mulla answered, "I'm looking for my keys." The pupil then asked, "Where did you lose it, Mulla?". Mulla replied, "In the house." The pupil wondered, "Why don't you look for it in the house, Mulla?". Mulla replied nonchalantly , "It is brighter outside."
Applied to Anwar, crippling attacks and character assassination shall not stop until realpolitik objectives are not achieved no matter what even if it goes against religious, moral, legal universal or human considerations. Applied to BN-PAS reconciliation, they maybe barking up the wrong tree.
Anwar's detractors seem to be overly infatuated to the point of chronic alarm with his aspirations to be the nation's leader. If we were to ask him, Anwar says he wants to be able to conduct islah - reform the nation for the better. So, please brush aside those intolerable hearsay innuendos - just tell him and us what is so wrong with his ideas and politics so that we are free to choose democratically.
It is a mistake to simply categorise and stereotype people like Tuan Guru Nik Aziz as if PAS is similar to UMNO's "follow the leader right or wrong mentality". We have to give PAS their due credit in managing their own political transformation which out surpasses UMNO's illusions of change anytime. PAS is a party with a future and of the future. UMNO is still relishing and languishing in the past.
UMNO's foe is not Anwar, they are greatly mistaken for Anwar is part of their own history for them to judge. UMNO's bane is the party itself which desperately needs major reform and moral resuscitation even before they can think of reconciling with and partnering any other party with a better semblance of moral principles and practice.
It is actually no more about the continuance of Malay Muslim dominance and superiority (right or wrong!) - we must earn it through integrity and social justice, to build respect and deliver leadership to all Malaysians. We have to shed this presumed Malay thinking of this inherited superiority as the sole source of strength every time.
Yes, it is time for reconciliation but it is also a time for change.
( this is written in response to http://azrilmohdamin.com/2011/08/05/ramadhan-a-time-for-reconciliation/ )
--
Posted By Outreacher to prihatin at 8/06/2011 09:19:00 PM__,_._,___
Thursday, November 10, 2011
Fwd: [cesmacs] Fw: SEKSUALITI MERDEKA: HORMATI KELUHURAN UNDANG-UNDANG
> Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) merujuk kepada forum "Human Right for LBTIQ: Making it Real in Malaysia" anjuran Majlis Peguam Malaysia dan penganjuran aktiviti yang mempromosi nilai dan hak golongan LGBT oleh Kumpulan Seksualiti Merdeka sepanjang bulan November ini. ABIM memandang serius perkembangan golongan tersebut yang mutakhir ini begitu berani menuntut secara terbuka agar undang-undang Malaysia memberikan hak kepada golongan LGBT atas nama kebebasan hak asasi manusia sejagat. Kebebasan hak asasi yang dilaungkan oleh golongan LGBT ini adalah bukan sahaja bercanggah dengan ajaran agama Islam malah semua agama telah mengharamkam perhubungan sejenis sesama manusia. Ia adalah nilai songsang dalam masyarakat, dan agama mendefinisikannya sebagai di luar tabi'e. Selain itu, dalam sejarah ketamadunan manusia, golongan yang mengamalkan dan memperjuangkan kebebasan homoseks ini dianggap sebagai golongan pelampau (al-'adun) yang telah dibinasakan oleh Allah. Undang-undang negara adalah berasaskan agama. Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mengangkat Islam sebagai agama persekutuan, disamping turut memperuntukkan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan di seluruh persekutuan. Kerana itu mana-mana tindakan yang bertentangan dengan agama adalah dianggap satu kesalahan. Kanun Keseksaan, di bawah Seksyen 377 telah menjelaskan bahawa perbuatan perhubungan sesama jantina adalah termasuk di bawah perbuatan di luar tabi'e dan ianya menjadi suatu kesalahan. Malah di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri ia adalah suatu kesalahan syariah sekiranya dilakukan oleh orang Islam. Begitu juga dalam konteks perkahwinan, undang-undang negara telah mengharamkan perkahwinan sesama jenis. ABIM berpandangan sekiranya kebebasan asasi ini diangkat dan diiktiraf oleh undang-undang banyak implikasi perundangan boleh berlaku. Antaranya perhubungan sejenis ini akan diiktiraf, perkahwinan sesama jantina menjadi sah, dan pertukaran jantina boleh menjadi suatu yang halal di negara ini. ABIM ingin melahirkan kebimbangan sekiranya perkara ini berlaku, maka kehancuran sistem nilai dalam masyarakat akan menjadi parah. Sistem institusi keluarga juga bakal menuju kehancuran. Selain itu, perjuangan LGBT ini jelas bercanggah dengan nilai-nilai moral dan kesusilaan seperti mana yang terkandung dalam falsafah negara. Unsur negatif ini yang meresap dalam masyarakat akan menggagalkan sistem moral dan norma-norma ketimuran yang boleh menjerumus kita untuk menjadi seperti negara Barat yang tidak lagi berpegang kepada prinsisp agama dalam kehidupan. Justeru, ABIM menggesa pihak yang memperjuangkan hak asasi golongan LGBT ini menghormati keluhuran undang-undang negara demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat. ABIM turut menggesa agar kumpulan terbabit menghormati sensitivi masyarakat beragama di negara ini dengan tidak mempromosikannya secara terbuka kerana dikhuatiri mampu menggugat ketenteraman awam dan keamanan negara selain mencipta fenomena yan tidak sihat di kalangan masyarakat. ABIM menyeru agar semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO), parti politik, jabatan kerajaan, dan masyarakat keseluruhannya menolak perjuangan kumpulan yang mendokong LGBT ini, dan mengecam secara khusus Kumpulan Seksualiti Merdeka yang telah menjadikan bulan November sebagai bulan meraikan aktiviti songsang yang bercanggah dengan nilai moral dan agama. ABIM menyambut baik ketegasan pihak PDRM dalam menangani kumpulan terbabit. Oleh itu, ABIM berharap agar lain-lain agensi penguatkuasaan seperti JAKIM, dan Jabatan Agama Islam Negeri dapat memainkan peranan yang lebih serius dan progresif khususnya dalam soal pemantauan dan pencegahan supaya aktiviti mereka tidak terus mencemarkan institusi moral masyarakat.
> M RAIMI AB RAHIM Setiausaha Agung, Angkatan Belia Islam Malaysia
Wednesday, November 09, 2011
Tuesday, November 08, 2011
Monday, November 07, 2011
30 March - 5 April 2006 Issue No. 788 Special | |||||
Published in Cairo by AL-AHRAM established in 1875 |
|
© Copyright Al-Ahram Weekly. |