DIS 26 2009 — Masa mula meninggalkan kita. Kita, orang Melayu. Jadi untuk
tidak ketinggalan, kita perlu berusaha berlipat kali ganda. Kita perlu
memberi tumpuan kepada bidang yang kita ada . Lagipun kita bukan ada
kekuatan dalam semua bidang.
Contohnya bidang pembinaan. Dengan lebih kurang 40,000 kontraktor kelas F,
apa yang boleh kita katakan? Kalau ada beberapa kerat dalam kelas A, di
mana mereka mendapat bekalan bahan?
Kita tidak menguasai rantaian bekalan bahan binaan. Harga bahan tidak
dapat dikawal selain yang sedia dalam senarai kawalan.
Kalau ada kenaikan, kos projek juga berubah. Permohonan untuk mengubah kos
(variation cost) perlu dibuat dan akhirnya boleh mengurangkan keuntungan.
Amalan menyerahkan kerja kepada sub kontraktor juga berleluasa, tak
tahulah berapa peringkat. Sub kontraktor terakhir mungkin dapat untung
sikit sangat jadi dia pula akan "potong sana potong sini".
Itu yang membuatkan bumbung roboh, dinding berkulat dan runtuh.
Kalau kita amati, kita ada kekuatan dalam bidang perkapalan dengan adanya
syarikat seperti MISC. Penerbangan — Airod. Minyak dan gas, kewangan,
perundingan, motivasi dan jualan langsung.
Ada syarikat jualan langsung menghebahkan berjaya membentuk beratus
jutawan. Dalam bidang kreatif seperti animasi kita juga mula mempunyai
kekuatan dengan adanya syarikat Les Copaque dan Lensa. Bidang fesyen pula
ramai lulusan Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya sebagai pereka
terkenal. Begitu juga di bidang pertanian moden.
Dalam bidang penerbangan kita mempunyai anak-anak muda yang memiliki asas
teknikal seperti kejuruteraan. Mereka boleh dilatih untuk menjadi
pembantu yang lebih cekap dan mahir. Ramai yang berpengalaman ini diambil
bekerja oleh syarikat-syarikat antarabangsa.
Industri penyenggaraan di Asia Barat juga lebih gemar menggajikan orang
kita daripada Barat kerana pekerja Barat mahu bayaran berlipat ganda.
Dengan adanya asas yang kukuh, bidang-bidang ini boleh dijadikan nukleus
untuk melipatgandakan penguasaan kita. Mungkin ada bidang yang memerlukan
sedikit bimbingan lanjutan dan ia boleh didapati dengan membawa masuk
teknologi luar.
Sekian lama kita memberikan tumpuan kepada penguasaan ekuiti dan ia bukan
sesuatu yang kita boleh menang.
Sebabnya kita banyak bergantung kepada agensi kerajaan untuk menyumbang ke
arah penguasaan angka yang lebih besar. Sedangkan bangsa lain
perkembangannya semakin meningkat. Daripada penguasaan individu ke tahap
lebih tinggi dan daripada suatu bidang ke bidang lain.
Kalau kita perhatikan, dalam apa jua bidang yang memperlihatkan kekuatan,
mereka mempunyai sistem. Sistem beginilah yang diperlukan oleh petani dan
nelayan mereka. Tanpa sebarang sistem, sesuatu keadaan tidak dapat dikawal
dan nelayan atau petani tadi akan terus duduk dalam kitaran yang
mengancam.
Tahun baru azam baru. 2010 menjanjikan jutaan harapan kepada rakyat
Malaysia. Kerangka Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) adalah contoh
keterbukaan kerajaan.
Tahun depan juga menjanjikan permulaan kepada Model Ekonomi Baru (MEB)
bertujuan menyusun semula struktur ekonomi supaya tidak ketinggalan dalam
persaingan. Kedudukan kita yang ke-24 untuk tahun lalu bukan boleh
dibanggakan.
Selaku negara yang ingin mencapai taraf perindustrian sepenuhnya, kita
ingin lari daripada terjerat dengan pendapatan pertengahan. Salah satu
ciri MEB ialah peningkatan kepada pendapatan tinggi iaitu dalam
lingkungan AS$17,000 (RM57,800) seorang. Ia dua kali ganda daripada
sekarang.
Banyak perkara perlu dilakukan untuk mencapai tahap tersebut. Misalnya
kita menuntut pelbagai hab di negara ini. Hab halal, pelancongan
perubatan, pendidikan dan pelbagai lagi.
Hab-hab ini adalah pusat utama gerakan kemajuan. Namun sesuatu bidang
perlu dimajukan lagi kerana banyak yang ada kaitan dengan sektor
perkhidmatan yang telah diliberalisasikan Julai dahulu.
Kemelesetan di pasaran saham kita juga memerlukan suntikan fizikal dan
semangat. Tidak cukup dengan bertambahnya jumlah syarikat dari China
sahaja.
Langkah kerajaan melepaskan pegangan dalam syarikat GLC supaya meningkat
kecairan dalam pasaran dan lebih banyak peluang untuk pelabur sahaja
tidak mencukupi. Kita juga perlu menambah tawaran selain daripada ekuiti
dalam pasaran. Di sini opsyen stok boleh dipertimbangkan dan juga Dana
Dagangan Bursa dalam emas.
Penjaga jamin yang boleh diminta untuk mempastikan instrumen ini boleh
diniagakan mungkin boleh terdiri daripada Lembaga Tabung Haji, Tabung
Angkatan Tentera atau PNB sendiri .ETF Emas ini penting kerana 30 peratus
daripada dagangan emas dunia berlaku di ETF di bursa dunia.
Akhir sekali apa jua langkah yang bakal diambil untuk meletakkan kita di
persada utama dunia ialah penyelesaian ke atas masalah-masalah yang
membelenggu kita seperti jenayah, rasuah serta kerenah birokrasi.
Kita melihat ke arah KPI yang betul-betul menyediakan "kayu dan carrot"
untuk mereka yang betul-betul berjaya diiktiraf dan mereka yang tidak
mencapai matlamat mesti dikenakan tindakan sewajarnya.
Negara kita kaya dengan sumber alam dan ia perlu digembleng supaya
mendapat faedah optimum. Tidak guna kalau ada uranium sekali pun jika ia
kekal di dalam tanah. Tidak guna bercakap pasal bioteknologi jika tidak
memanfaatkannya.
Kita harap percaturan politik negara tahun depan akan berkurangan dan
tumpuan sama-sama diberi untuk meningkatkan kemajuan negara. Ramai ahli
politik kita membuktikan kemahiran berpolitik tetapi apakah kos kemahiran
mereka itu?
Bagi orang Islam ingatlah akhirat tetap datang. Hari pembalasan tetap ada.
Pemimpin akan diadili dahulu. Lainlah kalau ada yang sudah tidak
percayakan Tuhan. — Utusan Malaysia
----------------------------------------------------------------
This e-mail has been sent via JARING webmail at http://www.jaring.my
3 comments:
Hi!
You may probably be very interested to know how one can manage to receive high yields on investments.
There is no need to invest much at first.
You may begin earning with a money that usually is spent
for daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one project for several years,
and I'm ready to let you know my secrets at my blog.
Please visit blog and send me private message to get the info.
P.S. I earn 1000-2000 per daily now.
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
Good day, sun shines!
There have were times of troubles when I felt unhappy missing knowledge about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright stupid person.
I have never thought that there weren't any need in large starting capital.
Now, I feel good, I started to get real money.
It gets down to select a proper companion who utilizes your money in a right way - that is incorporate it in real deals, parts and divides the profit with me.
You can get interested, if there are such firms? I have to answer the truth, YES, there are. Please be informed of one of them:
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
Hello!
You may probably be very interested to know how one can manage to receive high yields on investments.
There is no need to invest much at first.
You may begin earning with a money that usually is spent
on daily food, that's 20-100 dollars.
I have been participating in one company's work for several years,
and I'm ready to share my secrets at my blog.
Please visit blog and send me private message to get the info.
P.S. I make 1000-2000 per day now.
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
Post a Comment